Dari perbincangan dua siri artikel lepas kita telah mengolah beberapa ciri penting dan keadaan semasa hartanah. Anda sebagai peserta harus mengambil inisiatif ini sebagai suatu yang positif.
Apakah prospek hartanah pada tahun 2010?
1. Apa yang telah diketahui, faktor keterbukaan pasaran memang tidak dapat dielakkan lagi. Walaupun ada makanisma seperti kuota “Bumiputra” ianya masih belum cukup untuk meletakkan keseluruhan warga Malaysia untuk memiliki hartanah di bandar- bandar. Akibatnya kuota ini akan menyukarkan pemaju yang berusaha menjual saki baki kuota mereka dengan harga yang rendah. Terlalu banyak unit – unit bumiputra di Kuala Lumpur yang masih belum dijual, alasannya mungkin “Bumiputra” tidak mampu atau mereka tidak berminat dengan hartanah di tengah Kuala Lumpur.
2. Secara keseluruhan situasi ini akan sentiasa berlaku jika “Bumiputra” sendiri tidak berusaha untuk menjadikan pendapatan mereka separa dengan pelabur dari luar negara. Jalan penyelesaian bagi pemaju, mereka hanya boleh menyewakan hartanah yang tidak dapat dijual tadi pada pelanggan asing mereka. Dengan nilai sewaan bagi setiap unit yang mencecah RM4000 /Bln sehingga RM15,000 /bln pada pengubah suaian penuh, ianya belum tentu semewah apabila mereka menjualnya.
3. Malaysia harus mencari arah untuk menjadikan populasi penduduknya 99% berpelajaran tinggi dan seharusnya lebih banyak bidang- bidang dan kursus kejuruteraan , sains dan kewangan yang lebih luas di universiti di tambah. Para pelajar dan pekerja harus diterapkan dengan nilai “multi-task” untk mempertingkatkan kecekapan organisasi.
4. Bersediakah kita untuk menyahut cabaran pasaran pada tahun 2010? Mungkin ada diantara kita yang senang bekerja dengan selesa dengan pendapatan yang lumayan. Tetapi ada dari rakan kita yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan kerja. Dari statistik yang diperolehi Kadar pengangguran di Malaysia adalah pada kedudukan ke 38 dengan 3.30% berbeza pada tahun 2005 yang mana kita berada di tangga ke 23 dengan kadar yang lebih rendah sebanyak 3.00% sahaja.
5. Kadar peningkatan ini adalah biasa jika kita membandingkan peratus pengangguran sekitar pada 2%-3% boleh dikatakan normal pada mana-mana negara. Tetapi jika angkanya telah melepasi 3% sesuatu harus dilakukan. Yang membingungkan kebanyakkan mereka yang tidak mempunyai kerja ini adalah “Bumiputra” yang memiliki ijazah. Sebagai menyahut cabaran 2010 kita harus berusaha untuk menjadikan setiap siswazah kita memiliki perniagan kecil.
6. Sebenarnya pelbagai tabung dan geran dari kerajaan yang boleh didapati kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Jika anda ingin mendapatkan senarai pembiaya pada projek anda sila download melalui link ini senarai pembiaya.
7. Salah satu jalan keluar dari kemelut dan mengelak dari keciciran ini, kita harus menjadikan rakyat dinegara kita berpendapatan tinggi. Kerajaan sedar akan keperluan ini dan mula merancana beberapa strategi bagi membina satu masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Apa gunanya jika ditakdirkan pada tahun 2020 nanti negara diistiharkan sebagai sebuah negara maju. Tetapi anda mengemis dinegara sendiri? Itukah yang anda mahukan?
8. Mengikut garis panduan Bank Dunia mereka mengklasifikasikan rantau geografi dunia hari ini dengan mengklaskan manusia yang berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi sahaja. Negara berpendapatan rendah dan berpendapatan menengah adalah mereka yang datang dari negara membangun seperti Malaysia. Golongan berpendapatan tinggi dan rendah di pecahkan mengikut pendapatan kasar negara per-kapita mengikut kiraan cara Atlas. Kumpulan berpendapatan rendah adalah mereka yang bergaji $975 atau kurang; berpendapatan sedarhana dan menengah $976-$3,855; menengah atas $3,856 – $11,905; berpendapatan tinggi $11,906 atau lebih. Diamanakah anda? Mari kita fikir dan usahakan.
9. Untuk berjaya kita harus menerapkan diri dengan satu cara hidup yang bersepadu. “Kepuasan hidup dan kegembiraan bergantung pada matlamat, sikap dan tindakan. Mereka yang yang menunggu untuk hidup ini memberi sesuatu makna pada mereka kebiasaannya akan tamat dengan kebosanan dan kesedihan pada hidupnya. ” Dennis Gaskill
10. Kebanyakkan artikel dari drumah.com adalah himpunan persoalan dari rakan – rakan melalui email atau semasa perbincangan. Dan segala permasaalahan dijawab dan dibincangkan tanpa prejudis. Jadi hari ini saya ingin memberi anda beberapa soalan dan anda yang akan menjawabnya sendiri.
1. Adakah anda percaya untuk mencapai kesejahteraan hidup anda harus bekerja keras?
2. Adakah anda percaya anda tidak boleh menjadi majikan anda sendiri?
3. Adakah anda percaya orang lain yang harus dipersalahkan diatas kegagalan anda?
Dari hari kehari kita semakin matang didalam membuat sebarang tindakan. Dari hari kehari kita semakin mahir mengawal keadaan. Seharunya kita sebagai rakyat Malaysia cukup bertuah, dengan kenikmatan dan kemakmuran yang kita rasai. Kita sudah mencapai separuh dari gengaman itu, berusahalah bak kata pepatah “gengam bara api biar sampai jadi abu”.
Selamat tahun baru 2010!
artikel di atas membakar semangat untuk berjaya,,, tambahan kepada soalan di atas,, Adakah apabila umur kita meningkat,, contohnya 10 tahun akan datang, pendapatan kita juga akan bertambah kepada 10 kali ganda? Fikir-fikirkanlah,,,,
saya sgt teruja dgn artikel ini. Kupasan yg mantap. Saya sahut cabaran ini!