Order baru dunia hartanah 2010 di Malaysia

Order Baru Dunia hartanah

Order Baru Dunia hartanah

Beberapa minggu lepas mungkin ada diantara kita yang berdebat tentang ketidak cekapan kerajaan Malaysia yang sama sekali seperti tidak memahami hasrat pembeli, pelabur mahu pun pemaju hartanah melainkan beberapa kontraktor terpilih dengan “award” magik dari kerajaan pusat.

Dari dalam dan luar dewan ramai yang tidak berpuas hati kerana tiada insentif untuk industri ini, malah ia juga membebankan lebih ramai pemilik hartanah yang baru sahaja bercadang untuk melupuskan hartanah mereka. Adakah kita benar-benar faham akan kebaikan dan keburukan pengenaan cukai keuntungan 5% untuk penjual hartanah?

Mari kita berfikir sejenak… apakah implikasi pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada belanjawan (bajet) 2010 baru – baru ini?. Mungkin pada tahun ini, buat kali pertama kita tidak mendengar cakap-cakap merapu dari televisyen, radio dan media cetak yang mengampu bahawa bajet kali ini adalah bajet mesra rakyat… Buat sekian lama juga tiada pada tahun ini pujian – pujian melambung mengatakan bajet kali ini bajet mesra pengguna atau mesra peniaga. Setiap tahun kita disuapkan dengan pelbagai insentif sehinggakan kita kadang-kadang terlupa yang mana insentif – insentif yang melampau ini sedang merosakkan kita.

Mari kita turuti beberapa tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan penurunan kadar semalaman (OPR) pada awal tahun 2009. Dengan penurunan ini ramai yang tidak berkelayakkan kini mampu untuk memiliki hartanah dengan gaji asas sebanyak RM1500 sebulan. Oleh kerana kadar OPR yang diturunkan lebih ramai individu kini mula berminat untuk membeli hartanah.

Tempias penurunan Kadar Asas Pinjaman (BLR) telah mendorong ramai prospek untuk membeli hartanah. Dengan cara ini kita dapat lihat pasaran hartanah yang semakin menyusut itu seperti telah diberikan satu alat pelancar (booster) pada saat -saat akhir 2009. Pernahkah anda terfikir, kenapa industri hartanah semakin rancak? Bagaimana dengan industri lain adakah mereka mempunyai rekod yang sama?. Mengapa industri hartanah sangat – sangat penting?

Mengapa Industri hartanah

Pengagihan kekayaan negara kepada Industri hartanah adalah satu cara yang mudah bagi meningkatkan kepenggunaan dan satu sebab kenapa rakyat malaysia dapat berbelanja. Hartanah juga boleh dikatakan satu bentuk pusingan ekonomi bagi memudahkan pengagihan harta di Malaysia. Pengagihan harta disini bukan bermaksud semua orang boleh memiliki rumah atau memiliki sebanyak mungkin hartanah ia sebenarnya satu kaedah pengagihan ekonomi yang menyeluruh.

Dengan pembinaan hartanah ia akan menggalakkan pasaran untuk terus bergerak, industri hartanah akan menyalurkan wang – wang mereka pada hampir 400 bidang kerja. Ini termasuk pekerja-pekerja dari syarikat pemaju, kontraktor, bank, insuran, arkitek, kedai kayu, kedai perabot dan tidak lupa pada kedai batu dan lain – lain. Dengan adanya banggunan yang telah siap dibina merangsang populasi manusia untuk kediaman dan secara automatik pada sektor ekonomi lain seperti kedai baju, kedai kasut dan pusat hiburan.

Selain itu apabila mereka mempunyai wang, mulalah mereka mencari hiburan atau gajet terkini… kini kedai – kedai elektronik menjadi sasaran ramai untuk membeli alatan – alatan elektronik. Dengan cara ini secara menyeluruh ia merangsang ekonomi secara domestik untuk industri pembuatan. Dengan aktifnya sektor-sektor ekonomi ramailah yang mempunyai kerja. Denga adanya kerja, pendapatan bulanan itu akan disalurkan pada sektor – sektor yang lain. Pendek kata segalanya bermula dengan hartanah… setiap perniagaan perlukan ruang kedai, setiap manusia perlukan barangan untuk menyara hidup. Dan manusia perlukan pekerjaan untuk membeli barang. Kesimpulannya ia berlegar – legar dan inilah kitaran ekonomi yang kita sedang nikmati.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana order baru dunia hartanah ini mempengaruhi kita sebagai penjual dan kita juga sebagai pengguna. Hidup kita sebenarnya berada didalam satu ruang pusingan. Seperti orbit yang berlegar dan bergerak didalam lingkungannya. Jika kita bergerak tanpa melalui saluran atau jalan yang betul, sudah pasti kita seperti orbit-orbit diangkasa yang melanggar sesama sendiri. Apa akan jadi dengan kita sebagai manusia didalam planet bumi jika planet-planet lain menghentam kita? Fikirkan.

Jangan terlalu memikirkan tentang planet-pelanet tersebut. Kerana apa yang saya inigin kongsikan ini adalah satu fenomena yang berlaku hari ini. Apakah fenomena yang berlaku pada pasaran? Sebenarnya secara tidak sedar kita berhadapan dengan satu bentuk penaklukan. Dari sudut positif saya berpendapat lebih baik kerajaan membendung aktiviti jualan murah hartanah ini kerana ia merugikan dan dimenangi oleh satu pihak. Mungkin dari pendapat anda saya bersikap negatif. Tetapi mari kita telusuri kisah ini dengan pandangan yang terbuka. Apa yang berlaku kini adalah dari order baru dunia hartanah.

Siapa order baru dunia hartanah

Mungkin anda tahu semakin hari semakin ramai warga kota yang berhijrah ke kawasan penempatan lain. Seperti golongan nomad yang berpindah randah, manusia moden sentiasa memikirkan kaedah terbaik yang mereka cuba selesaikan. Jalan keluar dari pemilikan hartanah dibandar – bandar berubah dengan pencarian hartanah di sekitar atau pinggiran kota. Kini timbul satu teori untuk pembuangan beramai – ramai manusia bandar yang tidak diingini keluar dari kawasan bandar. Anda tahu siapakah mangsanya?

Mangsa pecahan populasi ini semakin rumit dan kritikal. Teknik halus dengan pelbagai agenda dirancang untuk mencampakkan mangsa sasaran ini keluar dari arus pemodenan. Jika mereka berada disana, pasti mereka tidak akan bertahan lama. Akhirnya mangsa kerakusan ekonomi ini dimonopoli oleh satu pihak. Siapakah pihak tersebut? Anda fikirkan.

Mungkin ada yang berpendapat dengan penarikan segala kenikmatan didalam tempoh tiga tahun ini akan merugikan kita, sebenarnya banyak hikmah disebalik ketidak puasan hati ini. Ikuti sambungan artikel ini pada bahagian kedua dengan penjelasan mengapa dan siapa order baru dunia hartanah di Malaysia.

Bahagian ke 2

Dikirim Oleh D' rumah on Dis 3rd, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

2 Ulasan Dari “Order baru dunia hartanah 2010 di Malaysia”

  1. mat.g berkata:

    adakah cukai jualan hartanah ni akan menyerikan industri hartanah atau merosakkannya?

    agak kompleks penerangan kali ini.. tunggu sambungan :D

  2. citra berkata:

    mcm bhaya je. aku tunggu sambungak gak

Tinggalkan ulasan anda