Pasaran Hartanah M’sia Tunjuk Tanda-tanda Pemulihan

CCtv Tower China

CCtv Tower China

Pasaran hartanah Malaysia dijangka terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif menjelang akhir tahun, dipacu minat berterusan terhadap hartanah kediaman, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Isnin.

Beliau berkata sektor hartanah memperlihatkan pemulihan kukuh pada suku ketiga tahun ini, dengan minat belian baharu dalam hartanah kediaman berikutan jangkaan ekonomi akan pulih.

Keadaan ini ketara meskipun pasaran hartanah komersil, termasuk ruang pejabat dan runcit, terus lemah dengan permintaan yang berkurangan menyebabkan kadar penyewaan dan pendudukan yang rendah, katanya.

Harga rumah dijangka terus meningkat, dipacu oleh mudah tunai yang banyak dalam ekonomi, selain pemulihan dalam sewaan kediaman, kata Kong dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2009, di sini.

Beliau berkata penganalisis menjangkakan pemulihan besar dalam pasaran hartanah di rantau ini menjelang akhir tahun, selari dengan peningkatan ekonomi global.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Kong berkata pasaran, terutama di Lembah Klang sudah menunjukkan pertumbuhan yang sihat sejak beberapa bulan lepas.

“Sejak beberapa bulan lepas, banyak projek berkos tinggi sudah dirancang, dan jualannya menggalakkan. Ia merupakan petanda baik untuk ekonomi,” katanya.

Mengenai rumah terbengkalai, Kong berkata kerajaan berjaya memulihkan 12 daripada 148 projek.

Kerajaan sedang mengkaji memulihkan 48 projek lain, kata Kong.

BERNAMA

Dikirim Oleh D' rumah on Okt 20th, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Reaksi atau komen ditutup, tetapi anda boleh menjejak balik dari web anda.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Komen ditutup