Pasaran Sewa Semakin Pulih, Kata Axis REIT Managers

Pasaran sewa, terutamanya dalam penyewaan industri, kini berada dalam aliran pemulihan dengan permintaan semakin meningkat, demikian menurut Axis REIT Managers Bhd.

Pasaran Sewa Malaysia

Pasaran Sewa Malaysia

Ketua pegawai eksekutifnya, Stewart LaBrooy, berkata pasaran berada pada landasan menuju ke arah pemulihan setelah terjejas oleh krisis ekonomi global tahun lepas yang menyebabkan banyak syarikat multinasional (MNC) menangguhkan rancangan peluasan masing-masing.

“Sekarang kita nampak semula kegiatan penyewaan. Orang mula membuat keputusan untuk menyewa ruang,” katanya pada taklimat media bagi mengumumkan keputusan suku kedua syarikat itu di sini Selasa.

LaBrooy berkata banyak MNC yakin terhadap pertumbuhan Asia dan membuat keputusan untuk melabur semula di rantau ini.

“Kita nampak banyak syarikat datang ke Cyberjaya, dan kegiatan penyewaan yang rancak di Kuala Lumpur, khususnya bagi pusat data dan perniagaan pusat panggilan,” katanya.

LaBrooy berkata syarikat itu, yang menguruskan Amanah Pelaburan Hartanah Axis (Axis-REIT), menjangka dapat mengekalkan prestasi semasanya dalam suku kedua tahun ini dengan pemulihan pasaran penyewaan dan kadar penyewaan yang memberangsangkan.

Axis-REIT mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM12.537 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2009, berbanding RM9.587 juta dalam suku yang sama tahun lepas. Pendapatannya meningkat kepada RM17.362 juta daripada RM15.674 juta sebelunya.

Menurut LaBrooy, prestasi yang memuaskan itu dipacu oleh pengurusan modal proaktif, penambahbaikan aset dan pendapatan sewa berulang yang kukuh.

Syarikat itu, katanya, menyasarkan 10 harta dan merancang untuk mengumpul lebih banyak modal untuk membeli aset.

Dalam satu pekeliling kepada Bursa Malaysia semalam Axis REIT Managers berkata ia merancang untuk membeli sebuah kompleks perindustrian di Klang, Selangor, dengan harga RM65 juta.

BERNAMA

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Jul 22nd, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda