Peguam Diminta Ambil Dokumen Hak Milik Untuk Pelanggan Di Pejabat Tanah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Firma guaman digesa membuat semakan di pejabat tanah sama ada dokumen geran hak milik tanah klien masing-masing sudah siap untuk diambil, kata Pengerusi Kumpulan Fokus PEMUDAH mengenai Pendaftaran Hartanah Datuk Dr Ir Andy Seo Kian Haw.

Kini, dokumen hak milik tanah dan hartanah bertimbun di pejabat tanah dan keadaan ini lebih serius di Kuala Lumpur dan Selangor di mana sebahagian besar urusan jual-beli tanah dan hartanah dilakukan di negara ini, katanya kepada pemberita pada hari Isnin.

Beliau berkata keadaan itu berlaku berikutan pelbagai inisiatif yang diambil Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan berhubung pentadbiran tanah di semua pejabat tanah negeri dan daerah untuk mempercepatkan urusan jual-beli tanah.

Ketua Pengarah Tanah dan Galian Datuk Abdul Halim Ain hampir kesemua empat juta permohonan hak milik yang tertangguh sejak 2004 kini sudah selesai diproses.

Dr Seo berkata ini kerana urusan pendaftaran pertukaran hak milik tanaha dan hartanah boleh diselesaikan dalam masa sehari, berbaning 41 hari sebelum ini.

“Tetapi, setelah pejabat tanah berjaya melakukan banyak penambahbaikan, kini ia menghadapi satu masalah besar iaitu kelewatan peguam mengambil geran yang telah didaftarkan dari pejabat tanah,” katanya.

Timbalan Pengarah (Pendaftaran) Jabatan Tanah dan Galian Selangor Kamarulzaman Jamil memberithu pemberita bahawa hingga 2008, 15,620 geran tanah belum diambil dari pejabat berkenaan.

Ada geran yang tidak diambil sejak 2001, katanya.

Beliau berkata jabatan itu mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mengenakan caj penyimpanan bagi kelewatan mengambil geran tanah di pejabat tanah di Selangor iaitu sebanyak RM100 selepas tujuh hari.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Chang Kim Loong berharap pejabat tanah dapat mengeluarkan surat kepada para peguam berkenaan tentang hak milik tanah berdaftar yang telah siap diproses dan menghantar salinannya kepada bank pembiaya untuk mempercepatkan urusan pengambilan geran.

PEMUDAH, adalah pasukan petugas khas yang dianggotai wakil daripada sektor awam dan swasta, yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menyelaraskan urusan penggubalan dan pelaksanaan langkah bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dan menambah baik suasana perniagaan di Malaysia.

Tugas Kumpulan Fokus PEMUDAH mengenai Pendaftaran Hartanah pula ialah menangani pelbagai isu berhubung pendaftaran hartanah seperti pendaftaran sewa pajak, hak milik strata, kes penipuan dan aduan orang ramai.

– BERNAMA

Popularity: 2%


Dikirim Oleh on Ogo 23rd, 2010 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



3 Ulasan Dari “Peguam Diminta Ambil Dokumen Hak Milik Untuk Pelanggan Di Pejabat Tanah”

  1. Pawang berkata:

    ……….Daftar tukar hak milik boleh diselesaikan dalam masa 1 hari , hanya mimpi jela.

  2. Rizal Manaf berkata:

    Apakah maksud dalam Kanun Tanah Negara Borang 11Ak yang mencatitkan HAKMILIK SEMENTARA BERSAMAAN DENGAN HAKMILIK PEJABAT PENDAFTARAN tetapi juga mencatitkan Geran untuk selama-lamanya? Perlukah saya memohon menjadi Hakmilik Tetap?


Tinggalkan ulasan anda