Pembangunan Kampung Baru Mungkin Ikut Model Perniagaan Mekah

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pembangunan di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur di kawasan seluas 90 hektar, berkemungkinan dibangunkan mengikut model perniagaan di Mekah, Arab Saudi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Lambaga Tabung Haji (LTH) – antara dua Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) yang akan membangunkan Kampung Baru, telah mengemukakan cadangan itu.

Sebuah lagi GLC yang menyatakan persetujuan ialah Permodalan Hartanah Berhad (PHB) manakala Permodalan Nasional Berhad, yang turut dipelawa sebagai pemaju, telah menyatakan persetujuan secara dasar.

“Pembangunan di Kampung Baru kelak, yang ibaratkan sebagai “permata” bagi penduduk Melayu di sebuah kawasan di tengah-tengah Kuala Lumpur, diharapkan menandingi pembangunan di kawasan sekitarnya, termasuk kawasan “segi tiga emas” yang menempatkan Menara Berkembar Petronas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lab Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru, di sini malam tadi.

Lab bagi merangka draf undang-undang yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menunjangi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, dijangka berfungsi pada tahun depan.

Raja Nong Chik berkata selain Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang berfungsi sebagai penyediaan dana dan melaksanakan pembangunan fizikal Kampung Baru, juga akan diwujudkan.

Kerajaan juga akan membantu pembangunan infrastruktur di kampung itu.

Mengenai penilaian tanah di Kampung Baru, beliau berkata ia akan dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan dan sebuah syarikat swasta, Rahim & Co.

“Kita jangkakan penilaian tanah di Kampung Baru akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga bulan, yang akan bermula dalam masa terdekat,” katanya.

Berdasarkan penilaian pada Mac 2007 yang dibuat oleh JPPH, kadarnya ialah RM270 hingga RM300 kaki persegi (0.09 meter persegi) bagi kawasan kediaman dan RM500 ke RM600 kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Beliau berkata pemilik bagi keluasan tanah yang kecil dan tidak berkemampuan untuk memajukannya, akan ditawarkan amanah saham harta yang boleh dibincangkan antara pemaju dan pemilik.

Raja Nong Chik juga berkata penyewaan bagi kaum lain atau pihak asing di Kampung Baru, bergantung kepada terma GLC serta pemilik atau pewaris tanah.

Pada 29 Mei lepas, beliau dilaporkan berkata masyarakat bukan Melayu bakal dikenakan kuota 40 peratus untuk menyewa hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan dilaksanakan.

– BERNAMA

Popularity: 2%


Dikirim Oleh on Ogo 2nd, 2010 dan difailkan dibawah Berita Harta, Projek Hartanah Terbaru. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



1 Ulasan Dari “Pembangunan Kampung Baru Mungkin Ikut Model Perniagaan Mekah”

  1. MySuperKids berkata:

    “Pada 29 Mei lepas, beliau dilaporkan berkata masyarakat bukan Melayu bakal dikenakan kuota 40 peratus untuk menyewa hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan dilaksanakan.”

    kenapa nak dikenakan sekatan menyewa? biar jela. apa yang kita hilang kat sini? pemilik tu sendiri dah bumi. Kg Baru is SO BIG. jika dibangunkan sehebat KLCC, peluang untuk pemaju bumi (TH, PNB, PHB) buat duit from other races (they got more money) lebih cerah. ini juga membantu penyimpan TH, wic is olso bumi, dapat true potential of the projek/ aset. seriously, apa yang Nong Chik expect dengan sekatan 40% ni? more bumi in biz issit? bagi latihan, modal & sokongan pembekal is the way, but not limiting limiting rental space. come on. kalau tak cukup catalyst, new kg baru will be the same like old kg baru. cuma ganti dgn bangunan batu from kayu. is that all we want?


Tinggalkan ulasan anda