Your search results

Pembelian Rumah PPR Dipermudah Sehingga Disember Ini

Dikirim Oleh D' rumah on 16/10/2010
| 86 Komen
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pembelian rumah bagi penghuni yang menyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kini dipermudah menerusi karnival bersama bank, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berlangsung sehingga Disember ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Bakaruddin Othman berkata ia diadakan di sembilan zon termasuk PPR Seri Pantai (24 Okt), PPR Muhibbah (30 Okt), PPR Beringin (6 Nov), PPR Hiliran Ampang (13 Nov), PPR Kerinchi (14 Nov) PPR Batu Muda (20 Nov), PPR Air Panas (27 Nov) dan Dataran Seri Kota (4 Dis).

“Pada karnival ini, kita sediakan kemudahan seperti permohonan pinjaman bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta DBKL, dan kepada mana-mana pihak yang berkelayakan, bolehlah berbuat demikian di tapak karnival berhampiran kediaman mereka.

“Justeru, dengan adanya agensi-agensi berkenaan, diharap ia dapat memudahkan proses permohonan pembelian rumah oleh para penghuni,” katanya kepada pemberita selepas meninjau karnival itu yang berlangsung di PPR Raya Permai.

Beliau berkata karnival yang bermula April lepas itu merupakan sebahagian usaha kerajaan bagi memastikan sasaran 71 peratus daripada 44,146 unit rumah PPR MTEN dan PA DBKL dijual kepada penyewa.

“Setakat 30 Sept tahun ini, 35,095 borang pembelian telah diedarkan. Sebanyak 23,431 penyewa telah menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran membeli rumah-rumah tersebut, manakala seramai 18,828 bakal pembeli yang layak, telah menerima surat tawaran pembelian rumah daripada pihak DBKL,” katanya.

Bakaruddin berkata rumah PPR MTEN dijual pada harga RM35,000 seunit manakala PA DBKL dijual serendah RM21,500 seunit, bergantung kepada saiznya.

“Mereka boleh membiayai permohonan pembelian rumah menerusi tiga kaedah iaitu bayaran secara tunai, pinjaman perumahan kerajaan (bagi penjawat awam) dan pinjaman bank dengan pilihan tawaran sama ada skim pinjaman biasa, skim pinjaman bersama dan skim pinjaman dua generasi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penghuni yang belum berkemampuan diberi jaminan boleh terus menyewa PPR yang didiami sehingga mereka berupaya membeli rumah itu pada suatu masa nanti.

Program penjualan rumah PPR MTEN dan PA DBKL telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Okt 2009 sebagai hadiah kepada rakyat dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya penyewa, untuk memiliki rumah sendiri di bawah konsep “Satu Keluarga Satu Rumah.”

– BERNAMA

86 pendapat dalam “Pembelian Rumah PPR Dipermudah Sehingga Disember Ini

  • suzana
    pada 26/10/2010

    saya nk jugak bli umah ppr nie…..tp mcm mane?saya berusia 28thn n blom berkahwin………tolong g taw cara2nyer

    • pada 01/10/2012

      Saudari hendaklah bernikah dengan saya supaya lebih mudah membuat permohonan.Kebarangkalian lulus adalah 80%.Setuju?

  • amurtham
    pada 25/11/2010

    saya ingin beli rumah ini……umur 29 dan belum khawin…apakah saya boleh beli rumah ni

  • IDA
    pada 01/12/2010

    saya mempunyai 3 org ank. gaji kasar dh lbh 2000. suami dah tglkn sy. tp x bercerai. bolehkah saya mohon utk bli rmh dbkl ni.

  • pada 12/12/2010

    saya masih lagi berkerja berusia 53 tahun, suami telah bersara dengan syt swasta dan kurang sehat, boleh kah saya membeli rumah PPR ni.

    • azizah ismail
      pada 12/07/2011

      di mana kah boleh mendapatkan borang tersebut

      terima kasih

  • nizam
    pada 11/04/2011

    bagaimana cara nak memohon rumah ppr ni yer ?

  • nurhidayah binti johari
    pada 23/04/2011

    saya bekerja di anak syarikat telekom, saya sudah berkahwin mempunyai seorang anak suani saya bekerja di syarikat printing jer. saya ingin mohon pembelian rumah kos rendah. sementara ni saya tinggal bersama dengan dua orang adik dengan mak saya. ayah saya sudah meninggal dunia layak kerr

  • nizam
    pada 25/04/2011

    macam mana cara nak membeli rumah pprt ni ?

  • mohf fauzi
    pada 29/05/2011

    mcm mn nk uat pinjaman loan ppr 100% sbb sy perlukan segera xlama lg sy akan berkeluarga. jadi sblm kawin saya nak ada umah sndri dlu untk pemudahkan sy dan bakal isteri saya.

  • malina
    pada 30/05/2011

    saya ismel ingin thu macam mna nk bli rumah ppr
    yang nma malina tu ank sya
    dan sya ingin thu mcam mna cara2nya
    saya dah tu
    nama ismael bin baginda enek
    umur 57

  • MAMOO
    pada 16/06/2011

    sayer dah apply pun untuk membeli rumah PPR ini dan dah submit pun 3 tahun lepas…ttp sehingga ke hari ini sayer belum dpt aper2 jawapan dari pihak DBKL..
    biler slalu kol jer mesti jawapan yg samer…dlm proses…sampai biler sayer nak tunggu nie…anak pun dah nak masuk 2 org…isteri tak bekerja…SAMPAI BILA…???!!!!!

  • suguna
    pada 20/06/2011

    saya ingin membeli rumah dbkl.tapi saya ada 1anak dan suami dah tglkan.so macam mana nak apply

  • rina
    pada 12/07/2011

    cara untuk beli rumah dbkl macam mana ye?? saya berumur 24 tahun berkerja di KPM, tinggal di rumah sewa, ingin nak bawa ibu dan adik ke kl, ayah saya meninggal dunia, tak mampu beli rumah di kl sebab mahal sangat.

  • azreen
    pada 09/08/2011

    macam mane saya nk pohon rumah ppr…

    tolong saya…

  • chandransegar a/l subramaniam
    pada 24/08/2011

    saya dah lama memegang kad ppr,dah 2 thn tp sampai skrg takada jawapan?
    apakah perlu saya kena buat ? saya ada 2 org anak , isteri xkerja.saya seorg yg tanggung >blh kah pihak pengurusan tolong kami?

    terima kasih..([phone blocked]—chandran)

  • chandransegar a/l subramaniam
    pada 24/08/2011

    sekarang boleh tak saya dapatkan rumah ppr kat kawasan kepong.?

  • carmen tam
    pada 06/09/2011

    macam mana saya boleh mohon ni rumah ppr ah..saya ada kerja 2 anak 7 bulan dengan 3 tahun suami tak berapa kerja sebulan ada RM 1200 saja tak cukup sewa rumah ?

    • wan
      pada 07/09/2011

      call dbkl bahagian perumahan ppr

  • azizul
    pada 15/09/2011

    sy dah berkawain dan mempunyai 1 anak, nk tau proses permohonan cmana

  • me
    pada 20/09/2011

    da dekat setahun lebih apply.. sampai skrg tak dapat lagi.. ermm:(

  • andi
    pada 21/09/2011

    mcm mane nk memohon rmh PPR??
    Atau pn nk sewa rmh PPR? Sya brkerja dh shah alam..tpi rmh kt kajang sewa rm330 sebln..dan tak lma lgi sya akn mndrikan rmh tgga..nk bli rmh skrg pn mhal tak mampu dgn gji sya rm1300 sebln…sya m0h0n krajaan selang0r supaya dpt mmbntu sya dpt kn rumah PPR..sem0ga negeri selangor trus maju dn makmur…

  • pada 06/10/2011

    Saya bergaji tetap rm1500.00 sebulan dan blm berkahwin.Apakah syarat2 lain bagi mendapatkan pembelian rmh ppr DBKL?TK

  • Siti Ramlah Mohd Razali
    pada 10/10/2011

    Saya seorang ibu kepada empat orang cahaya mata Dan saya dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Umur saya 39 tahun dan suami 40 tahun. Saya bekerja di syarikat swasta dan suami hanya bekerja sebagai pemandu teksi. Saya nak bertanya samada saya boleh apply rumah dbkl ni dan bagaimana caranya?

  • azraqazhar
    pada 26/11/2011

    macam mane nak apply rumah ni.?please anyone

  • pada 10/01/2012

    sy penyewa rmh dbkl dkat bndar baru sentul dh 4thun,sy ingin memiliki rmh yg dbkl tawarkn,mcm mne sy blh apply rmh tersebut,,,

    hrap prmintaan sy nie di pertimbangkan,,,

  • rozita binti abu aziz
    pada 12/01/2012

    saya seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang ank.ckg sy myewa bilik kt area bukit angkasa,pantai dalam.berpndapatn kasar lebih krg rm900.layak x saya memohon rmh dbkl n bagaimana cara utk sy memohon

  • pada 17/01/2012

    Saya dan suami menumpang dgn rumah pak cik say kat PPR Intan Baiduri, dan dia mempunyai lima orang anak, termasuk kita berdua adalah sembilan orang.
    Saya ingin dapatkan rumah di pekan kepong supaya saya dan suami saya selesa dgn situasi yang aman dan juga tak keberatan tinggal dengan pak cik, mak cik dan juga anak – anaknya sekali.Terima Kasih dengan dukacita saya ingin dapatkan rumah PPR di pekan kepong secepat mungkin.

  • pada 17/01/2012

    2) Gaji suami saya adalah Rm1250.00 saya suri rumah.

  • anuar kamarudin
    pada 03/02/2012

    assalamualaikum dan selamat sejahtera salam 1 malaysia…saya ingin memiliki rumah sendiri..pendapatan kurang RM3.000..mcm mana ingin memohon rumah PPR.Saya ingin memohon rumah tersebut area Selangor atau Kuala Lumpur..tq

  • SAMSIA BINTI DARWIS
    pada 04/02/2012

    Sy mempunyai 3 org anak , suami sy buruh kasar yg berkerja tdk mempunyai slip gaji. gaji dia dlm sebulan rm1000 ja. boleh kah kami memohon beli rumah pprt ? dan bagaimana caranya ? sbb skrg sy sewa rumah rm450 sebulan… baki nya tak cukup buat sara keluarga.

  • alam
    pada 04/02/2012

    apakah syarat2 yg diperlukan..dan dmna boleh sy dapatkan borang permohonan?

  • MOHAMAD FAZLI BIN.MOHAMED
    pada 05/02/2012

    saya sudah berkahwin,mempunyai seorang anak,tapi isteri saya warga luar,saya berkahwin mengikut undang-undang negara dan sudah pon mendaftar di malaysia.adakah saya layak memohon rumah PPR?pendapatan saya sebulan hanya RM1050 belum termasuk potongan bulanan yang lain-lain,isteri saya suri rumah tangga sepenuhnya.bagai mana cara untuk mendapatkan rumah PPR? saya berharap pehak tuan/puan dapat membantu saya…kerima kasih…

  • NIZARUL
    pada 05/02/2012

    saya ingin membeli rumah ppr.ada sesiapa tahu prosedurnya?

  • minah
    pada 07/02/2012

    SEBENARNYE SAYA DAH PUN DAH APPLY HAMPIR 7 TAHUN TAPI BILA COL JAWAPAN SAMA DALAM PROSES..KLU NAK TAHU APA SEBENARNYE JAWAPAN DALAM PROSES IALAH ORG DBKL NAK KASI KETURUNAN DBKL JEW…YANG KERJA DOK OFFICE TU DRAMA SEMATA2…NMPK CAM BUAT KERJE…CAM PANTAT!!

  • minah
    pada 07/02/2012

    DUDUK MALAYSIA CAM DOK MENUMPANG DI NEGARA SENDIRI….ORG DBKL NAK KENAL ORG DALAM BARU BOLEH DAPAT WALAUPUN ORG TU KAYA RAYA…HULUR SKIT DAPAT LAH UMAH…

  • minah
    pada 07/02/2012

    NI RUMAH YANG BAKAL NAK DIAGIHKAN NI…ANAK ORG DBKL DALAM PERUT DAH DITANDA…AWL2…JGN HARAP LAH DAPAT …

  • Rathika Selvamaniam
    pada 10/02/2012

    bagaimana cara nak memohon rumah ppr ni yer ?
    macam mana cara nak membeli rumah pprt ni ?
    saya ingin beli rumah ini……umur saya 25thn dan belum khawin…apakah saya boleh beli rumah ni

  • pada 10/02/2012

    saya nk jugak bli umah ppr nie…..tp mcm mane?saya berusia 25thn n blom berkahwin………tolong g taw cara2nyer

  • pada 14/02/2012

    macm mana nak bli rumah?
    saya baru lepas berkahwin
    harga seunit 35 ribu?

  • MOHD FAZROY
    pada 24/02/2012

    saya berumur 30 tahun,berpendapatan rm2 ribu..ingin tahu syarat2 untuk memiliki rumah pprt..harap bagi jawapan

  • pada 08/03/2012

    Saya mempunyai 3 orang ank.Ada simian bank Dan epf say a kerja sebag jaga kanak gaji saya 1500 nama saya mahinder kaur berusia 53 tahun swami saya dah tinggal saya anak saya dah besar satu dah kawin dua kerja gaji anak laki laki saya dah ada rumah gaji dia 5000 ribu kerja air asia yang ke dua kerja Delilah kanak kanak number h/p saya[phone blocked]

  • nasib ku yang malang...
    pada 13/03/2012

    macam mana nak memohon rumah ppr,,,sedang kan saya warganegara malaysia,,,,tp suami saya bukan warganegara sini,,ada kah saya ni layak memohon rumah ppr ……

  • azlan kuantan...
    pada 20/04/2012

    sekarang saya menyewa,saya dah berkahwin dan ada seorang anak,kerja buruh kasar shj dan mkn gaji..layak ke mhn beli atau menyewa rumah ni…?

  • ima
    pada 28/04/2012

    Saya belum berkahwin tetapi mahu membeli atau menyewa rumah ppr..adakah saya layak memohon?

  • siti aishah
    pada 21/05/2012

    saya bujang ingin memohon membeli rumah PPR Batu Muda .bagaimana dan masih ada kekosongan lg ker?

  • pada 29/05/2012

    bagaimana saya nak beli rumah PPR dalam usia 40an ne… tolong beri jawapan

  • Sharipah bt Mat\
    pada 01/06/2012

    ye lah saya pun nak juga dah hidup 43 tahun rumah tak mampu beli lagii..mana pergi hidmat masyarakat kat gombak nii ye bantulah kami mcmana nak dapat rumah …

  • Sharipah bt Mat
    pada 01/06/2012

    Ye lah dah hidup 43 tahun anak 5 masih tak mampu beli rumah..mana perginya yb gombak..bantulah kami untuk dapatkan rumah…

  • asmah
    pada 11/06/2012

    mcm mn nak mohon rumah PPR , sy ibu tunggal

  • NUR ANNISAA RAHMAN
    pada 28/07/2012

    saya ibu tunggal,boleh ke saya mahu memohon beli rumah ppr?kerana saya masih lagi tidak mempunyai rumah sendiri,saya mempunyai seorang anak dah 2org adk,dan org tua saya yg tinggal bersame saya,sekarang saya tinggal dirumah sewa,layak ke saya dapat rumah ppr,tolong la bantu saya

  • zul
    pada 10/08/2012

    saya tlh memohon umah PPR DBKL dri thn 2005, hmpir 8 thn, pada.. tahun 2010 saya ada membuat rayuan tentang permohonan saya.. jawaban yang saya terima sedang dalam proses… baru-baru ini saya telah megemas kini permohonan saya… dan jawaban yang saya terima tiada unit kosong….. sedangkan masih bnyk unit kosong ….. saya kena tungu brapa thn lgi shinga prmohonan saya di luluskn …..

  • nur hazwani
    pada 24/08/2012

    sy nak tanye mcm mane yer nak beli rumah ppr…sy suri rumah ade sorg ank hanye suami yg bekerja…ape syarat pembelian rumah ppr DBKL???TK

  • mohd hatta
    pada 28/08/2012

    Salam,apakah syarat2 utk memohon rumah ppr,kerna sy telah memohon hampir 3 thn,namun tiada apa2 reaksi yg diberi,sedangkan semasa sy memohon syarat2 mestila sudah berkahwin dan memiliki anak skg sy sudah menpunyai 2 anak tetapi alasan yg diberi mesti mempunyai 5 anak,sebelum ni sy tinggal di ppr bersama ibubapa sy serta adik beradik,sedangkan org yg kemudian memohon dan masih belum mempunyai anak sudah dpt,boleh jelaskan syarat2 yg sebenar utk memudahkan sy berurusan dgn pihak dbkl,sy drpd pemindahan setinggan,

  • nor maliza
    pada 21/09/2012

    Sy blum berkhwin mcm mane sy nk swa umh ppr tlg bgi thu caranya

  • nor maliza
    pada 21/09/2012

    Saya belum berkhwin ingin menyewa rumah ppr.blh tunjukan carany…

  • NORJANA
    pada 24/09/2012

    saya ingin menanya..macm mane nak memohon untuk beli rumah PPR ni..dan apakah syarat2 nye?

  • alang mazdah
    pada 28/09/2012

    saya bergaji rm1200.00 sebulan dah berkahwin punya anak seorang..mcm mana nk memohon rmh ppr?saya berkerja di ptrjaya sekarang ne saya duk rumah makntua saya…nk bli rmh pn mhal tak mampu lg..saya harap krajaan dpt mmbntu saya dptkan rmh PPR..terima kasih

  • MOHD KHARUL BIN SAIDIN
    pada 02/10/2012

    SAYA INGIN TAHU TENTANG CARA2 PERMOHONAN RUMAH PPR… saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak…. saya berumur 27 tahun… dan pendapatan saya RM1500 sebulan.

  • nur syaliza
    pada 23/10/2012

    sya pun ingin m’beli rumah…sy dh lm duk kl so sy ingin m’beli rumah tp sy
    belum berkahwin lg…layakkah sya ingin membeli rumah dbkl??

  • Norita
    pada 27/11/2012

    saya ibu tunggal, bekerja swasta. Anak duduk di asrama. Saya ingin memohon mnyewa rumah dbkl ni. Agak2 bape lama masa yang di ambil pihak tuan.

  • Ryan
    pada 08/01/2013

    Saya tgk ada banyak komen dan pertolongan serta pertanyaan di ajukan di ruangan komen ni. Tapi kenapa tak ada respon dari pihak yang menyediakan ruangan komen ini. Apa guna ruangan ini disediakan jika hanya nak adapat pelawat dan komen aje tanpa ada jawapan/respon untuk mereka. Lebih baik tak payah ada ruangan ini. Buat orang tertanya2 aje …. Kesian pada orang yang minta tolong tu tak tahu nak rujuk dimana.. HARAP pihak ADMIN BUKA MATA sikit…

    • c-mi
      pada 18/01/2013

      akan di perbaiki lagi… terima kasih atas komen membina ryan..

  • ema
    pada 22/01/2013

    salam…sy teringin memiliki rumah sendiri.sudah berlahwin dan punyai 1 org anak.Sekarang ne saya menumpang di rumah mertua.Bagaimana saya boleh mendapatkan borangnye dan adakah saya layak memohon…

    • c-mi
      pada 24/01/2013

      pendapatan mesti kurang dari 2500

  • salwana bt mohamed
    pada 08/02/2013

    saya isteri kedua saya nak rumah sendiri .saya nak rumah dbkl yg dekat dgn tempat kerja saya di mont kiara segambut .rumah yg ada kemudahan bas rapid contohnya jln ipoh.bolehkah saya dptkan rumah dbkl ?bgaimana caranya?

  • mohd raziman bin razali
    pada 27/02/2013

    saya dah mohon dh rumah ppr ni tp x dapt2 gak dh dekat 3 tahun saya main naik turun pejabt dbkl tp jawapan sama jer saya dpt blum diluluskan lg…mcmner 2 ada kah pihak buat kerja ke tidak!!!!!!! dah mcm2 saya buat sampai dah malas rasanyer….saya klu org senang sy x kan mohon rumah dbkl ni….dah la susah lg susah nak dpatkan rumah…

  • azhar
    pada 02/03/2013

    SALAM, SAYA INGIN MENGETAHUI RASA UNTUK MEMILIKI RUMAH PPR..
    BAGAIMANA CARANYA?

  • siti fatimah bte mohd jaafar
    pada 11/04/2013

    saya seorang ibu tunggal, macamana memohon rumah PPR di sabah ?

  • azura
    pada 19/05/2013

    9 tahun dah mintak rumah ppr ni, turun naik pejabat dan berpuluh kali. asyik kata ikut giliran. yang pelik owner rumah sewa saya baru mohon tak sampai setahun, dah dapat dah pun. pelik bin ajaib, yang betul2 tak mampu susah nak dapat. yang dah ada rumah berbijik2, senang jer dapat.

    • c-mi
      pada 20/05/2013

      kene selalu follow diorang ni..

  • jamal
    pada 20/05/2013

    mcm2 la dorang ni.

  • Rohanah Ahmad
    pada 12/08/2013

    Saya merupakan ibu tunggal..ingin memohon menyewa di rumah pprt di selangor..macamana nak buat permohonan

    • c-mi
      pada 25/08/2013

      Cuba hubungi pihak majlis tempatan. Selalunya sewa mereka yang urusakan.

  • anna
    pada 07/12/2013

    sy mempunyai 3org ank….sy dan suami bru pertama kali nk beli rumah dan sy berminat nk beli rumah DBKL dekat hiliran ampang mcm mn sy nk mohon….

  • pada 13/03/2014

    bagaimana saya hendak mendapatkan rumah ppr ni kerana saya perlu kan rumah untuk saya dan ank2 saya

  • mohd hanafi mustafa
    pada 13/03/2014

    saya telah mendaftar rumah dewan bandaraya kuala lumpur pada tahun 1995 sampai sekarang . pada tarikh 24/2/2014 , saya telah di hubungi pihak dbkl untuk membuat cabutan undi di dewan komuniti sentul perdana ini kali pertama saya di panggil . ada para sahabat yang lain yang baru berapa tahun sahaja sudah dapat borang layak untuk menduduki rumah PPR macam mana tu . saya yang sudah lebih pada 6 tahun tidak dapat , saya menulis ini untuk mencari stuasi yang sebenar dari pihak DBKL ,

    yang memerlukan ,
    terima kasih

    • c-mi
      pada 17/03/2014

      hubungi terus majlis tempatan. kena selalu follow up diorang ni..

  • sue
    pada 19/04/2014

    saya ingin menjual rumah PPR Sg. Sering,ukay perdana ampang ulu kelang.Saya mencari cash buyer sahaja. keluasan 650sq 3bilik,2bilik air. harga RM90K. Cash Buyer sila hubungi saya SUE (phone blocked)

  • Adi
    pada 26/04/2014

    Nak dduk rumah ppr wajib ada kabel.

  • Ina
    pada 18/05/2014

    Mahu rumah sndiri 1..Dari tahun 2008 sampai skrg duduk menumpang saja..rakyat bumiputra Sabah pun tidak dapat..kasihan org tua mahu duduk mana Ni..Nasib majikan ayah Ada sediakan uma setinggan utk berteduh kalau ayah tidak kerja di mana lg mahu tinggal..mahu sewa rumah tp mcm cekik darah tidak mampu nk sewa..harap2 Ada pihak yg prihatin..kami duduk di area putatan klu dapat 1 buah rumah,kami amat2 berterima kasih..tolong utk rakyat..adil

  • Najib bin Razak
    pada 17/09/2014

    Minta pejelasan..kenapa susah sangat untuk beri jawapan kepada pemohon perumahan PPR ini..bila kami pergi kepejabat DBKL macam-macam alasan pihak DBKL berikan pada kami..kami pun dah tak tahu bagaimana dan ape yang DBKL nak sapaya kami layak untuk beli rumah PPR ini..mohon orang atasan bantu kami untuk permudahkan proses pembelian rumah PPR ini..kami bukan orang kaya yang boleh beli rumah secara cash..! Ape yang kami mampu hanya berutang untuk kami memiliki rumah PPR ini..kami mohon pihak DBKL permudahkan la proses jual beli kepada permohon untuk memiliki rumah sendiri..

  • narissa
    pada 15/10/2014

    saya mahu membeli rumah sendiri. pernah saya apply melalui online awal tahun lepas tp sampai sekarang masih tiada jawapan. saya seorang ibu tunggal, ada 2 orang anak dibawah jagaan saya. umur 33 tahun. ada cara lain ke untuk saya memohon rumah ni. memandangkan anak2 semakin membesar saya perlukan rumah sendiri dan tidak bergantung kepada orang tua.

  • anyelia
    pada 28/11/2014

    Saya sgt memerlukn rumah..ada ank umur 2thn…gaji keluarga 1800 shja..dgn sewa rumah RM500..saya perlukan rumah kos sewa nya murah..

  • mohd nor aizat abd halil
    pada 30/11/2014

    Nak cek pemohonan saya

  • Bagaimana hendak mendapatkan borang rumah ppr itu..?

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">