Pembiayaan Tidak Akan Diketatkan Dengan Garis Panduan Baru

Ilustrasi sahaja

Ilustrasi sahaja

Bank-bank tidak akan mengetatkan pemberian pinjaman berikutan garis panduan baru mengenai klasifikasi pinjaman tidak berbayar, demikian menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM).

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, ABM menjelaskan bahawa garis panduan itu tidak menyebabkan bank-bank terlalu berhati-hati atau tegas apabila membabitkan pinjaman.

Menurut persatuan itu bank-bank komersil di Malaysia akan sentiasa menyokong pelanggan yang mempunyai perniagaan yang berdaya maju dan mempunyai rekod prestasi yang baik, walaupun dalam masa sukar semasa kelembapan.

Pengarah Eksekutif ABM, Chuah Mei Lin berkata bank-bank komited untuk terus memudahkan aktiviti pinjaman.

Chuah berkata garis panduan itu merupakan sebahagian daripada regim hati-hati, setelah peruntukan bagi klasifikasi itu adalah perlu, bagi membolehkan bank-bank membina kapasiti untuk menahan sebarang kelemahan dalam sebarang pinjaman atau pembiayaannya.

Pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar berdasarkan 90 hari telah diamalkan oleh semua bank komersil domestik setelah sekian lama, bagi mematuhi amalan terbaik antarabangsa.

Garis panduan yang berkuatkuasa pada tahun kewangan 1 Jan, 2010, hanya secara formal, menetapkan syarat minimum mengenai pengkelasan pinjaman dan pembiayaan tidak berbayar.

– BERNAMA

Dikirim Oleh D' rumah on Jan 22nd, 2010 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda