Your search results

Pemohon Skim RMR Boleh Mohon Pinjaman Melalui Institusi Kewangan Lain

Dikirim Oleh D' rumah on 18/01/2013
| 1
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Para pemohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) boleh membuat pinjaman perumahan melalui empat institusi kewangan bank perdagangan iaitu CIMB, Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat mulai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata proses permohonan skim tersebut berbeza apabila syarat permohonan pinjaman ditentukan oleh SPNB dan institusi kewangan yang dipohon.

“Pihak bank bersama SPNB menentukan kelayakan hakiki dari pemohon. Sejarah pengurusan kewangan peribadi pemohon mestilah lebih baik berbanding sebelum ini ketika SPNB mengurus secara sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis mesra rakyat SPNB di sini Sabtu.

Katanya pemohon yang disenarai hitam oleh CTOS atau Credit Tip-Off Service Sdn Bhd dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak layak menerima pinjaman.

“Bank boleh beri kelulusan kepada pemohon yang tiada masalah CTOS atau CCRIS kerana bank pemberi pinjaman melanggar dasar Bank Negara jika memberi pinjaman kepada mereka yang tersenarai di dalam CTOS atau CCRIS,” katanya.

— BERNAMA

satu pendapat dalam “Pemohon Skim RMR Boleh Mohon Pinjaman Melalui Institusi Kewangan Lain

  • NORLIZA BINTI ISMAIL
    pada 25/02/2013

    Jika sekiranya nama saya tersenarai di dalam sitos padahal saya hanya sebagai penjamin.Adakah kelayakan permohonan saya untuk RMR akan ditolak.Syarat utama permohonan RMR tanah atas nama kita sendiri.Kita sebenarnya telah mencagarkan geran tanah kepada institusi kewangan.Mana nilaian lebih besar pinjaman atau pun tapak tanah. Minta semak semula syarat ini kerana tidak adil bagi kami yang tersenarai nama dalam sitos tidak dapat menikmati kemudahan ini sedangkan geran telah kami cagarkan.

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.