Penarafan sektor hartanah berkemungkinan besar diturunkan jika Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan nisbah Pinjaman berbanding Nilai (LVR) Pajakan, kata Kenanga Research.
BNM dilaporan telah menulis kepada institusi kewangan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kemungkinan menghadkan LVR bagi pajakan pada tahap 80 peratus bagi mengelakkan potensi risiko gelembong hartanah.
Kini, bank boleh memberi pinjaman sehingga 90 peratus daripada nilai rumah atau sehingga 100 peratus bagi kes-kes terpilih, yang berguna bagi para pemaju mempromosikan projek masing-masing yang baharu dilancarkan di bawah skim penyerapan faedah seperti skim pinjaman rumah 10/90.
Kenanga Research dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata ia tidak akan terkejut jika BNM melaksanakan had 80 peratus pada LVR pajakan atau sekurang-kurangnya bagi hartanah bernilai lebih RM500,000, kerana kerajaan sedang menangani pelaburan berkaitan pengambilalihan hartanah.
“Jika dilaksanakan, kami berkemungkinan menurunkan penarafan sektor kami kerana kami menjangka transaksi hartanah akan jatuh disebabkan keperluan deposit akan berganda atau menggandakan risiko pelaburan, yang menghadkan bilangan rumah yang boleh dibeli oleh seseorang individu.
“Kami menjangka para pembeli akan menjadi lebih bijak semasa membuat pemilihan hartanah, yang bermakna peneraju pasaran yang lebih kukuh di segi jenama dan kualiti akan muncul sebagai pemenang, bagi mendapatkan agihan pasaran daripada pasaran yang lebih kecil,” kata Kenanga Research.
Sehingga ini, syarikat itu juga terus mengekalkan saranan “niaga beli” pada sektor hartanah.
Kenanga Research berkata saranan “beli” adalah berdasarkan jualan kukuh yang yang dicapai pemaju yang berada pada kedudukan yang baik yang mempunyai beberapa projek atau langkah meningkatkan bank tanah yang agresif.
“Kami merancang menyemak semula sektor kami atau saranan terhadap syarikat dalam beberapa minggu akan datang, yang bergantung pada penerimaan meklumat lanjut,” katanya.
Sementara itu, OSK Research berkata BNM kemungkinan tidak menguatkuasakan had LVR yang ketat sebanyak 80 peratus secara menyeluruh ke atas kesemua kelas hartanah tetapi mengenakan sekatan hanya pada hartanah mewah.
“Kami memahami bahawa kebanyakan bank akan berhadapan dasar kawalan risiko dalaman yang menghadkan LVR kepada 85 peratus bagi hartanah mewah bernilai lebih RM700,000,” katanya.
Hartanah kediaman kini masing-masing menyumbang kepada 26.6 peratus dan 49.8 peratus daripada pinjamann keseluruhan industri dan rumah kediaman.
“Sebarang sekatan kredit berlebihan oleh BNM ke atas hartanah kediaman akan memberikan kesan buruk kerana ia akan menggalakkan bank untuk mengalihkan semula kecairan kepada pinjaman peribadi tidak bercagar dan kad kredit atau pinjaman korporat yang bermasalah,” kata OSK Research.
– BERNAMA
Popularity: 2%
salam..
sy nk tnya,bolkah saya mmbuat pajakan rumah saya dngan institusi ini…
bole sy dptkan ktrngan lanjutt..
tq
wsslam