Perpustakaan Antara Dekorasi Terbaik Di Rumah

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pada 23 April 2011 yang lalu, akhbar Utusan  menyiarkan  bekas Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir  menyarankan  agar golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga. Menurut beliau,   ini adalah amalan orang kaya di negara barat seperti Amerika Syarikat  yang gemar membina perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama,  kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas pemiliknya meninggal dunia.

Kita asyik dan ghairah dengan pelbagai tips dekorasi, malah sentiasa inginkan sebuah Rumahku Syurgaku yang dipenuhi perabot antik atau hiasan dalaman ala-mediteranian, ala-Inggeris dan sebagainya. Tidak kah kita ingin  menjadikan Rumahku Syurgaku sebagai Rumahku Syurga Ilmuku? Ilmu itu lebih luas dari samudera dan cakerawala, bila kita mengadap Yang Esa, salah satu soalan yang kita harus jawab ialah tentang ilmu. Malah, ayat pertama yang diwahyukan kepada umat manusia juga tentang Ilmu iaitu surah Iqra’ –Baca lah.

Saranan Tun Mahathir sememangnya sangat  baik dipraktikkan segera. Cuma isu membina perpustakaan ini tidak semestinya harus dimulakan atau dilaksanakan oleh orang-orang kaya. Kita yang hidup sederhana, malah orang miskin juga boleh memiliki perpustakaannya sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Mungkin rumah kita agak kecil berbanding rumah agam yang tersergam indah atau rumah banglo atau kondominium. Namun di setiap kediaman, sudah semestinya memiliki ruang yang tersembunyi seperti di bawah tangga, di pesisiran tangga, di dapur, malah di dalam bilik mandi! Ya, jika mengikut kebiasaan orang-orang Barat, mereka turut membaca di dalam bilik mandi, di dalam tandas, di dalam kenderaan bergerak, malah ketika berdiri menanti kenderaan awam. Kita bagaimana? Jangan malu untuk melakukannya. Jika kita tidak memulakan, siapa lagi?

Perpustakaan bagi ruangan tersembunyi

1.    Jika rumah anda bertangga,  rak-rak buku boleh dibina di pesisiran tangga, di bawah tangga (ruangan bawah tangga bukan sekadar  stor). Sama lah seperti anda menampal gambar-gambar anda di pesisiran tangga, itu satu kenangan, bukan? Buku juga boleh memberikan kenangan dan pengalaman.
2.    Di dapur, anda juga boleh menambah rak-rak khas untuk buku resepi, buku tentang tanaman dll bergantung pada keinginan anda. Mungkin ada di antara ibu-ibu minat membaca novel sambil menanti nasi ditanak atau kuah mendidih.
3.    Di kamar mandi, buku-buku kesukaan anda turut menambahkan nilai intelektual diri anda. Cuma raknya haruslah agak tinggi agar tidak basah.
4.    Di kamar tidur. Ini agak biasa bagi sesetengah orang meletakkan rak buku atau membaca sebelum melelapkan mata.

Apa gunanya perpustakaan  jika saya jarang berada di rumah?

Oh, ramai orang yang sentiasa bergerak dan berhijrah disebabkan tuntutan pekerjaan, tanggung jawab dan sebagainya. Mungkin anda juga. Perpustakaan di rumah tidak akan menjadi pembaziran terutama bagi anda yang sudah berkeluarga. Anda punya anak, isteri, suami, adik-beradik, rakan serumah dll yang boleh memanfaatkan ilmu.

Saya tidak mampu dengan kos membina perpustakaan kerana harga buku di pasaran sangat mahal.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Benar, harga buku agak mahal, terutama yang berkulit keras tetapi  kenalah selalu mengunjungi kedai buku atau pesta buku agar anda boleh mendapatkan diskaun. Juga,  anda jangan silau mata dengan kulit buku yang cantik atau bersifat bestseller. Jika mencintai ilmu, kita akan membeli apa sahaja asalkan sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan kita. Anda suka memancing, belilah koleksi buku tentang itu. Anda gemarkan fesyen, belilah buku tentang rekaan pakaian, jahitan dll. Apa yang penting isi kandungannya, bukan kulitnya.

Anak saya kecil lagi, menyusu pun dia belum berhenti. Untuk apa buku dan perpustakaan? Apa kata tunggu dia besar dahulu.
Oh inilah antara alasan yang patut dihindari. Kita percaya pada “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermakna kita haruslah bersikap optimis dan memandang ke hadapan.

Anak yang dimewahkan dengan ilmu pastinya akan membesar dan dewasa bersama ilmu. Anak yang dibesarkan dengan hanya bermain play station, pastinya akan lebih suka berhibur. Pilihan anda bagaimana?

Lakukannya jika anda mahu. Jika kita tidak mencintai buku-buku, ke mana lagi duit poket hendak dicurahkan? Jadilah ibu bapa, penjaga dan saudara mara yang mencintai ilmu serta berkongsilah keindahan ilmu itu dengan waris generasi kita.

Akhir kata, percayalah – perpustakaan fizikal lebih bermakna daripada perpustakaan digital di dalam telefon bimbit anda.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Okt 13th, 2011 dan difailkan dibawah Deko Rumah, Dekorasi. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

2 Ulasan Dari “Perpustakaan Antara Dekorasi Terbaik Di Rumah”

  1. Nasrul berkata:

    Menarik! Dan mungkin saya antara yang menggemari konsep perpustakaan dalam rumah ini kerana minat saya adalah membaca pelbagai buku.

    Namun konsep ini memang bagus sebab bukan saja boleh cantik dan hidupkan ruang dalam rumah malah menggalakkan budaya membaca yang sememangnya penting untuk masyarakat kita :)

  2. AkmalRahim berkata:

    Ya Betul!! sangat setuju.. saya pastikan rumah saya kelak ada ruangan untuk perpustakaan ini. :)


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud