Persatuan Mahu Rayu Langkah Mengenakan Semula RPGT

Please

Please

KUALA LUMPUR, — Persatuan-persatuan daripada industri hartanah akan menyerahkan memorandum rayuan bersama kepada Kementerian Kewangan, paling lewat Isnin depan, untuk tidak mengenakan semula cukai keuntungan hartanah (RPGT) bermula 1 Jan, 2010.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan dan hartanah Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina, Datuk Teo Chiang Kok berkata pendapatan daripada RPGT adalah kecil berbanding imej dan kredibiliti negara yang terjejas.

“Cukai yang dikenakan semula secara tiba-tiba dan tidak dijangka itu menunjukkan lagi contoh dasar-dasar tidak konsisten kerajaan Malaysia seperti yang sering didakwa,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Teo berkata tiada petunjuk spekulasi atau sebarang gelembung terbentuk dalam industri hartanah untuk mewajarkan pengenaan semula cukai itu.

Beliau berkata cadangan kadar tetap lima peratus tanpa mengambil kira tempoh pegangan dan pembezaan antara individu dan syarikat dianggap lebih menghukum berbanding kadar RPGT yang digubal dalam Akta terdahulu.

Teo berkata RPGT akan lebih dirasai oleh pemilik hartanah pendapatan sederhana dan rendah.

Akta RPGT berkembang secara beransur-ansur daripada Akta Spekulasi Tanah 1974 asal, yang bertujuan untuk membendung spekulasi dalam pasaran hartanah.

Pada 2007, RPTG diketepikan sebagai sebahagian daripada liberalisasi umum untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

Antara persatuan yang memeterai memorandum itu ialah ACCCIM, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan, Persekutuan Hartanah Antarabangsa Bahagian Malaysia, Persatuan Pemborong Binaan Malaysia, Persatuan Pembeli Rumah Nasional, Pertubuhan Arkitek Malaysia, Persatuan Pengedar Bahan Binaan Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia.

BERNAMA

Dikirim Oleh D' rumah on Nov 29th, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda