MDC – Majlis Pemaju Malaysia gabungan diantara REDHA Persatuan Pemaju hartanah dan Perumahan Malaysia, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan perumahan Sarawak (SHEDA) telah mengadakan mesyuaratnya pada March lepas.
Majlis tersebut yang mewakili pemaju hartanah di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak memandang tinggi usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menyokong industri hartanah sebagai satu ruang utama pemulihan ekonomi negara.
Pihak MDC menyokong dana yang disalurkan sebanyak RM1.44 billion pada dua pakej stimulus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Dengan memperbanyakkan lagi rumah-rumah kos rendah melalui pelbagai sektor program perumahan.
Walau bagaimana pun, pihak MDC merasakan pembangunan untuk rumah kos rendah semata-mata tidak mencukupi untuk mencipta permintaan dan membantu sektor hartanah swasta. Dengan keadaan ini pihak MDC mengesa kerajaan untuk mengambil kira beberapa cadangan berikut untuk memastikan kos-kos pemilikan rumah pada keseluruhan rakyat dapat dikurangkan sedikit:-
i) Geran pemilikan rumah pertama sebanyak RM10,000 pada pembeli rumah kali pertama
ii) Pengecualian Duti Stamp pada transaksi pasaran utama
iii) Pengecualian syarat perumahan kos rendah untuk pemaju-pemaju sektor swasta, sekurang-kurangnya didalam masa dua tahun ini.
Pihak majlis begitu yakin yang cadangan diatas itu dapat membantu dan menjadi pemangkin pemulihan ekonomi negara yang mana cara ini telah berjaya membantu pada kemelesetan ekonomi yang lepas.
Popularity: 1%