Ramai yang bertanya bagaimana prosedur untuk membuat biadaan pada rumah lelongan. Mungkin anda pernah membaca mana-mana artikel lelongan disini, tetapi artikel ini dibina atas tujuan mendalamami transaksi pelelongan hartanah pada kaca mata pembeli.
Setelah anda memperolehi maklumat hartanah yang dilelong itu amat sesuai dengan ciri-ciri yang anda kehendaki anda perlu terus menelefon pelelong untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti;
Alamat lengkap hartanah:
Dengan menggunakan alamat lengkap hartanah anda boleh menjejaki hartanah tersebut dan membuat pemeriksaan pada hartanah. Semasa pemeriksaan kenal pasti kerosakan dan kaedah pembaik pulih hartanah itu. Jika terlalu banyak kerosakkan bandingkan harga bidaan anda bersama kos baik pulih dengan harga semasa.
Buat carian dengan pejabat tanah tempatan;
Seorang pembida hartanah lelong yang baik adalah mereka yang membuat persediaan awal tentang undang-undang tersembunyi ini. Buat carian dipejabat tanah untuk mengetahui adakah status tanah itu bersih dan tidak mempunyai kaveat atau mana-mana sekatan undang-undang. Dengan ini dapat menjimatkan beribu-ribu wang anda. Boleh juga berjumpa dengan perunding hartanah lelongan untuk membantu anda cara ini amat popular hari ini kerana ia menjimatkan masa pembida.
Carian pada pemaju atau majlis tempatan
Harus difahami akan status hartanah anda betul-betul. Buat carian dan semak dengan pamaju adakah hartanah yang anda akan bidaa itu boleh dijual kepada bukan bumi atau hanya kepada bumiputra. Semakan ini akan memudahkan urusan jual beli kemudian hari. Ramai pembida yang saya lihat mungkin tersalah percaturan membuat bidaan hartanah pada unit bumi kerana beliau adalah bumiputra. Tetapi! beliau membida atas tanah atau kawasan bukan bumi. Ini agak menyusahkan kerana jika kurang warga bumiputra yang ingin tinggal disana ini akan menyebabkan susutnya nilai hartanah anda… melainkan rumah anda itu memiliki ciri-ciri 1Malaysia. Sebagai satu langkah persediaan mungkin anda boleh membuat pembidaan ini dengan meminta rakan atau isteri yang kelapangan untuk mebuat carian dan semakan tersebut.
Dari sini kita telah faham yang mana aktiviti lelongan ini memerlukan komitmen dari penuh pembida… tetapi ramai yang melantik perunding hartanah lelongan untuk membuat segala kerja-kerja diatas. Dan mungkin ini dapat membantu anda yang masih didalam keraguan.
bersambung…
Popularity: 1%