Pilihlah Kemasan Logam Kabinet Terbaik!

Kabinet Aluminium

Kabinet Aluminium

Bercadang memberikan wajah baru untuk rumah atau pejabat anda? Kalau ya, anda boleh lakukannya dengan kemasan kabinet baru. Cara ini boleh digunakan untuk memberi gaya baru pada rumah atau pejabat anda. Kebanyakan orang menukar gaya rumah atau pejabat dengan perabot dan pemasangan peralatan baru. Sebaliknya, ada cara lebih mudah iaitu mendapatkan kemasan kabinet yang boleh membantu memperhalusi gaya dalam masa yang singkat.

Cara ini bukan sahaja lebih murah malah memberi perubahan gaya kepada premis dengan serta merta. Anda bukan sahaja boleh mencantikkan rumah anda dengan pelbagai koleksi kemasan logam malahan pejabat juga. Biasanya, kabinet fail di pejabat diperbuat dari kayu atau besi. Kabinet dari logam selalunya lebih kuat dan lasak. Ia juga lebih tahan lama berbanding dengan kabinet jenis lain. Ia biasanya datang dengan jaminan selama 5 atau 15 tahun. Daya tahan kemasan yang digunakan bergantung kepada kualiti kabinet fail yang dibekalkan.

Pengguna yang ingin memilih kemasan harus memikirkan kegunaannya. Ia mestilah tahan lama dan lasak. Ada kemasan yang diperbuat dari kayu. Kemasan sebegini tidak sesuai untuk menyokong bahagian kabinet yang berat. Biasanya ia tidak disarankan untuk digunakan pada bahagian laci.

Perubahan gaya boleh juga dilakukan pada kabinet perhiasan. Secara umum, kabinet perhiasan banyak diperbuat dari kayu gelap dan kaca. Ia membenarkan cahaya melalui lantai kabinet tanpa sebarang biasan. Untuk memberi gaya berlainan dengan mudah anda boleh menukar tombol pintu kabinet serta memasang lampu di dalamnya (jika tiada lampu).

Kabinet dapur pula mudah kotor dan kusam lebih-lebih lagi kemasannya yang disentuh dengan kerap.Penukaran kemasan di kabinet dapur akan menyegarkan rupa dan gaya baru pada dapur anda. Pastikan tombol kabinet adalah dari kualiti yang bagus. Walaupun dengan amalan penggunaan paling bersih, ia masih mudah dilekati kotoran lebih-lebih lagi tombol di kabinet dapur dan bilik air. Ketahanan dan kelasakan harus dijadikan kriteria penting pemilihan kemasan kabinet.

Anda boleh mencuba menukar gaya dengan mendapatkan kemasan dari pelbagai pilihan seperti kemasan antik, kemasan tembaga, kemasan kayu dan kemasan logam. Anda juga boleh memilih kemasan besi hitam antik untuk pemegang pintu dan untuk aksesori. Tombol almari, penarik laci, cangkuk permukaan, tombol wayar dan pemegang kotak juga boleh ditukar untuk mendapatkan gaya yang berlainan. Ada juga kemasan tombol besi yang mempunyai lapisan pelindung lilin lebah. Kemasan jenis hanya memerlukan penjagaan yang ringkas, mudah digilap dengan kain dan berus untuk memberi sinar. Anda juga boleh mendapatkan pandangan dari pakar untuk memilih kemasan tombol terbaik.

Yang penting, tanpa berbelanja besar anda juga boleh membuat perubahan gaya yang menarik!

Popularity: 2%


Dikirim Oleh on Ogo 4th, 2009 dan difailkan dibawah Deko Rumah, Dekorasi. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



Tinggalkan ulasan anda