
PKNS
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan beberapa hartanah bernilai RM440 juta pada bulan Mei.
Pengurus besarnya, Othman Omar berkata hartanah itu terdiri daripada rumah, lot komersil dan kondominium.
“Hartanah ini telah hampir 80 peratus siap,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen Hartanah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini Selasa.
Sementara itu, Othman berkata PKNS pada masa ini sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pemaju untuk menghidupkan semula projek-projek terbengkalai di dalam negeri.
Selangor mempunyai lebih 140 projek terbengkalai, paling besar dalam negara yang bernilai antara RM4 bilion dan RM5 bilion.
– BERNAMA
Popularity: 8%