Projek-projek terbengkalai – Apakah kesudahannya?

Gagal

Gagal

1.Undang-undang dan hukuman terhadap pemaju-pemaju yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan mereka akan diperketatkan dan masih diteliti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Berdasarkan data daripada pihak kementerian, sehingga 30 Mei, sebanyak 148 projek perumahan terbengkalai. Iaitu melibatkan sejumlah 48,664 unit rumah (31,337 telah dijual).

3. Terdapat 10 daripada 1000 orang terkilan dengan projek yang gagal ini yang menjadi masalah besar dan perlu diselesaikan segera.

4. Masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli ialah apabila projek gagal, mereka terpaksa melangsaikan bayaran pinjaman bulanan dan lebih banyak lagi kesengsaraan yang terpaksa dipikul memandangkan peluang untuk melihat projek terbabit siap sepenuhnya adalah tipis.

5. Dari perspektif industri, projek terbengkalai juga memberi kesan kepada banyak lagi industri lain yang berkaitan (lebih 140 industri) termasuk pembekal-pembekal bahan pembinaan, syarikat-syarikat pengangkutan, kontraktor, dan perunding.

6. Perundangan perlu memainkan peranan untuk memastikan kejayaan skim perumahan dan meminimumkan ketidakpuasan hati dan pertengkaran antara pemaju dan pembeli.

Bagaimanakah Langkah-langkah Pemaju untuk Memperoleh Keyakinan Pembeli?

* Krisis kewangan global yang melanda negara pada September lepas membuatkan ramai pemaju memulakan strategi dengan menghabiskan stok rumah yang tidak terjual sebagai cara menghadapi krisis ini.

* Adalah sangat penting untuk mengembalikan keyakinan orang ramai dan memulihkan kuasa membeli mereka dalam usaha memulihkan dan mengukuhkan ekonomi negara.

Terdapat beberapa langkah bagi meyakinkan para pembeli:

1. Pemaju-pemaju perlu menyediakan produk yang tepat yang dapat menarik pembeli.

2. Untuk meningkatkan jualan produk mereka, pemaju juga perlu memastikan mereka menawarkan produk yang tepat serta lokasi yang tepat dengan harga yang berpatutan. Masa kini, rakyat Malaysia gemar dan lebih cenderung untuk memilih tinggal di kawasan perumahan tinggi seperti pangsapuri dan kondominium. Mereka memilih untuk hidup di bandar kerana gaya hidup masyarakat telah berubah dan mereka memerlukan penghubungan jalan yang mudah serta kehidupan yang selesa.

3. Selain itu, mereka juga mementingkan persekitaran yang selamat dan terkawal, tenang dan banyak kemudahan perkhidmatan seperti komuniti berpagar dan dikawal.

4. Usaha yang gigih dan kerjasama erat antara pemaju, pengurus hartanah, penduduk dan pihak-pihak berwajib perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan penghuni berasa selamat dan terkawal.

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Ogo 5th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel menarik untuk dikongsi



Tinggalkan ulasan anda