
Bandar Seri Putra
Bangi adalah satu destinasi terkenal di selatan selangor. Lokasi strategik ini terkenal dengan bandar ilmu yang menempatkan lebih dari 5 buah universiti awam dan swasta.
Bandar baru yang berusia lebih dari 25 tahun ini menjadi tumpuan kerana disini terletaknya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Selangor dan beberapa universiti swasta seperti Poly-tech mara dan Kolej Universiti Antarabagsa Kuala Lumpur (KLIUC). Dengan fasiliti akses utama melalui lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban ia menjadi nadi penggerak menghubungkan Bandar baru ini dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Segala tarikan dan kemudahan infra yang lengkap kepada bandar inilah yang menjadi titik tolak pada hampir 30,000 warga kota yang telah mula memenuhi segenap ceruk Bandar setalit ini sejak dari 1990. Bukan itu sahaja bandar ilmu ini telah menjadi lokasi strategik untuk pelabur hartanah menambah satu lagi portfolio didalam buku pelaburan mereka.
Jika seorang pelabur itu mahukan keuntungan jangka masa panjang dan ingin menambah pendapatan sedia ada, Hartanah bangi adalah satu destinasi terbaik setakat ini. Mengikuti tren didalam pelaburan hartanah, nilai hartanah di bangi merekodkan peningkatan tertinggi sejak tahun 2005 lagi sehingga lebih dari 5%-8% setiap tahun. Walaupun peratus peningkatan hartanah sering berubah-ubah mengikut lokasi dan jenis pemilikan ianya tetap menjadikan Bangi satu aset pada pemilik hartanah yang bakal memiliki keuntungan yang tinggi dari pelaburan mereka. Ramai diantara penduduk di Bangi adalah mereka yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur, Selain menjadi satu bandar alternatif kepada warga pusat bandar yang mementingkan suasana lebih selesa dan jauh dari hiruk-pikuk kesibukkan Kuala Lumpur.
Putrajaya dan Cyberjaya juga menjadi penyumbang kepada kepesatan Bandar Bangi yang mana perjalanan ke pusat bandar tersebut hanya mengambil masa 10 minit hingga 20 minit sahaja. Berbeza dengan laluan sibuk diantara Petaling Jaya ke Kuala Lumpur yang mengambil lebih masa 1 jam pada waktu puncak dan pasti memenatkan.
Kondisi ini menjadikan ia sebagai prospek terbaik untuk pelabur hartanah. Dengan menjanjikan pulangan tinggi Bangi adalah lokasi utama pada mereka yang melabur pada unit rumah dan komersial.
Dengan kemudahan infra lengkap seperti sekolah, pusat kesihatan, balai polis, universiti, dan pusat membeli belah yang semakin rancak. Boleh dikatakan Bangi adalah satu bandaraya ilmu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Selagor satu pusat kecermelangan ilmu di Malaysia.
Selain dari bandar budaya ilmu, di bangi ada beberapa buah bandar besar selain dari Bandar Baru Bangi iaitu, Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Alam Sari yang mewakili hampir 50% dari penduduk bangi. Dengan lokasi strategik bersebelahan lebuhraya Kl-Seremban Bandar Seri Putra kini menjadi pilihan dan semakin popular dengan rekaan rumah menarik dan ciri kemasan berkualiti dari pemajunya.
Sebagai lokasi pilihan pelabur, Hartanah dibangi sangat unik dan semakin dicari. Diharap informasi ini dapat memberi satu idea kepada pelabur mengenai potensi hartanah dibangi.
Memandangkan property kat bangi macam sedang boom, dan dalam zaman bank offer refinance untuk interest lebih rendah, saya cuba membuat semakan harga rumah kami. Corner lot terrace house in section 7(land 40x 65 sf), Bandar Baru Bangi.
Tetapi alangkah terkejutnya kerana harga rumah yang dinilai semula oleh bank hanyalah sekitar 230k – 330k . Harga belian 3 tahun lepas ialah 300k.
Sesiapa yang pakar dalam hal ini, sila berikan pendapat anda.. Thanks
minta pegawai bank tu semak dgn juru nilai lain. atau u hired juru nilai untuk value rumah tuu kalau ade renovation..
hi.. baru dapat call from maybank..
Their evaluator just can come out with 325k.
Meaning that properties in Bangi is indah khabar dari rupa…
With lease hold properties, bank are reluctant to give their capital to bangi..
If compare to Bukit Jalil area.. bangi left far behind..
Thanks
Semak dgn bank lain. mungkin panel valuer maybank tidak boleh bagi tinggi. cuba semak dgn panel bank rhb atau affin bank. rasanya double storey intermidiate pun jual dalam 245K
Thanks for the reply. Saya sedang mencari juru nilai untuk menilai kembali harga rumah.
salam… kalo nak cek balik, hubby sy blh cek kan.. dia valuer… tp, kena bg detail keluasan tanah, bangunan dan lokasi la…