Ramai Keliru Terhadap Cukai Keuntungan Hartanah

Cukai paling mengelirukan

Cukai paling mengelirukan

KUALA LUMPUR — Pemilik hartanah dan pelabur kini keliru terhadap interpretasi cukai keuntungan pelupusan hartanah (RPGT) yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan, 2010.

Dalam pengumuman Bajet 2010 Oktober lepas, kerajaan menetapkan cukai lima peratus ke atas keuntungan pelupusan hartanah.

Seorang pelabur yang enggan namanya disiarkan berkata beliau bertanyakan perkara itu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Mereka memberitahu saya bahawa bagi dua tahun pertama, cukainya 30 peratus dan penjualan selepas lima tahun, kadar cukainya lima peratus,” katanya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini berkata RPGT ditetapkan pada kadar lima peratus tanpa mengira tempoh pemegangan dan kategori pemilik.

“RPGT bagi tahun pertama ialah lima peratus dan begitu juga bagi tempoh pemegangan tahun kedua, ketiga, keempat dan kelima,” katanya semasa menjelaskan laporan berita dalam akhbar tempatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia Datuk Dr PHS Lim, berkata interpretasi LHDN mengenai RPGT tidak memihak kepada pelaburan dalam hartanah.

Beliau berkata ia akan memberi impak negatif ke atas ekonomi yang menyasarkan pertumbuhan lima peratus pada tahun depan.

“Kadarnya terlalu tinggi. Pelabur tidak akan mendapati pasaran hartanah Malaysia menarik. US (Amerika Syarikat), Britain, Australia, Dubai dan tempat lain menawarkan alternatif yang lebih baik berbanding pasaran hartanah Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Lim berkata kerajaan wajar menimbang semula RPGT memandangkan pasaran Malaysia dan dunia masih lemah dan rapuh.

“Kita belum sepenuhnya keluar daripada masalah,” katanya.

Menurutnya industri pembinaan sentiasa penting terhadap ekonomi Malaysia memandangkan ia menjejaskan banyak sektor pembuatan seperti simen, atap genting, bata, keluli, kayu, wayar, cat serta pasir.

“Industri itu juga menyokong ramai profesional – arkitek, juru bina, penilai dan lain-lain.

“Kita wajar memakmurkan pasaran hartanah kerana ia akan mendatangkan situasi sama-sama menang jika lebih ramai melabur dalam hartanah, Kadar cukai yang tinggi akan menyebabkan mereka lari,” katanya.

Lim berkata kadar cukai yang tinggi akan menjejaskan program Malaysia Rumah Keduaku.

Beberapa pihak turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan RPGT ke atas pasaran hartanah.

Persatuan dalam industri hartanah turut merancang mengemukakan memorandum bersama merayu Kementerian Kewangan tidak melaksanakan RPGT mulai 1 Jan, 2010.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan dan hartanah, Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina, Datuk Teo Chiang Kok, dilaporkan berkata perolehan daripada RPGT tidak signifikan berbanding kerosakan terhadap imej dan kredibiliti negara.

Beliau berkata cadangan kadar rata lima peratus tanpa mengira tempoh pemegangan dan perbezaan antara individu dan syarikat, dianggap lebih teruk berbanding kadar RPGT dalam Akta sebelum ini.

BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Kha, Ogo 28, 2014 5:33:00 AM, Continue reading at the source
Aha, Ogo 24, 2014 5:11:00 AM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 22, 2014 1:58:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 22, 2014 1:36:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 22, 2014 4:55:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Dis 2nd, 2009 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud