
Tuan Rumah
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan pada hartanah , perkara paling penting sekali adalah belajar untuk membuat keputusan. Secara umum, anda wajib mengetahui ROI (Return on Investment) atau didalam bahasa melayu Pulangan didalam pelaburan.
Walau bahasanya sedikit canggih, ia bermaksud bagaimana anda mengarahkan wang anda untuk digandakan dan bagaimana ia dibelanjakan. Dengan tujuan memaksimumkan pulangan pelaburan hartanah anda sepenuhnya, terdapat beberapa perkara anda harus lakukan.
Hartanah adalah satu perniagaan, walaupun anda tuan rumah yang memberi sewa ia tetap satu perniagaan untuk kita. Oleh itu, satu daripada perkara pertama yang anda perlukan adalah mempelajari bagaimana dan cuba memahami sama ada industri ini akan memberi anda satu pulangan pelaburan hartanah yang baik atau anda lihat dengan melabur dan menyewakannya anda akan perolehi aliran tunai tetap setiap bulan.
Aliran tunai adalah jumlah duit lebih selepas anda membayar kos pada harta. kos-kos ini akan termasuk cukai (jika ada), kos ansuran bank, dan kos-kos tambahan lain.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai peluang untuk membeli tiga unit rumah berharga RM280,000, kita anggarkan sewa pada masa ini adalah RM750 satu bulan; dengan itu anda akan mempunyai RM2,250 pendapatan masuk sebulan. Bagaimanapun, selepas anda tolak ansuran, dan yuran penyenggaraan kepada hartanah itu, dan dihimpunkan kos-kos tersebut katakanlah ia bersamaan RM1200 satu bulan, jadi baki aliran tunai tersebut hanya tinggal RM1,050 sahaja sebulan atau $12,600 setahun. Sebagai tuan rumah ini juga satu pulangan pelaburan yang positif. Dan ianya boleh di lakukan walaupun anda kini bekerja sebagai kakitangan kerajaan atau swasta.
Jika anda mampu, setelah membeli rumah tersebut buatlah pembaikan mengikut keperluan, seperti satu warna rumah baru, satu sistem udara sejuk baru, atau bumbung baru. Dengan ini anda akan mendapat rumah sewa anda akan menjadi satu pulangan yang baik pada wang yang anda telah laburkan.
Jika anda ingin memaksimumkan pulangan pelaburan hartanah anda, faktor diatas sepatutnya diambil kira dan juga sedikit penyelidikan agar ia benar-benar berkesan. Bergantung pada sama ada hartanah tersebut untuk disewakan atau untuk di jual walau apa pun terjadi harga hartanah tetap akan naik, selain itu anda juga dinasihatkan untuk draf dahulu angka-angka positif, rancang dahulu sistem kewangan anda dengan tepat, sepertimana dengan membuat kajian kadar sewa bulanan yang tuan rumah sekarang sewakan.
Itu sahaja setakat ini dan selamat berjaya tuan tanah sekalian…
Popularity: 1%