RHB Naikkan BLR, BFR Kepada 5.8 Peratus

logo-rhb-bankgifRHB Bank Bhd dan RHB Islamic Bank Bhd akan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Pembiayaan Asasnya, masing-masing kepada 5.8 peratus daripada 5.5 peratus sekarang ini, berkuat kuasa Selasa.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Tajuddin Atan berkata perubahan berkenaan seiring dengan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

“Kami komited untuk melaksanakan tanggungjawab kami bagi memastikan peminjam yang berdaya maju akan terus dapat mengakses perkhidmatan dan produk kewangan untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari Isnin.

“Kami juga akan mengimbangi peningkatan kadar pinjaman dengan menawarkan lebih banyak kadar yang kompetitif kepada pendeposit,” katanya.

Pada Khamis lepas, bank pusat berkata pelarasan OPR dibuat sejajar dengan matlamat untuk mengembalikan keadaan monetari kepada kedudukan yang lebih wajar dan juga untuk mengelak timbulnya risiko ketidakseimbangan kewangan yang boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Mac 8th, 2010 dan difailkan dibawah Berita Bank Malaysia, Perbankan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



8 Ulasan Dari “RHB Naikkan BLR, BFR Kepada 5.8 Peratus”

  1. c-mi berkata:

    Asian Finance Bank Bhd (AFB) pun naik BLR 5.75. berkuatkuasa esok 9/3/2010

  2. c-mi berkata:

    semua bank dah naik blr & bfr. 5.75%-5.85% setakat ini.

  3. mishar berkata:

    Kalau BLR naik sesuai tak beli umh sekarang? Apa kesannya?

    • c-mi berkata:

      blr naik itu perkara biasa. jika di ikutkan, 5.8%(Blr)-1.8% (kadar faedah)= 4% setahun.
      Jika kita lihat angka diatas, ia sama saja dengan kadar fadah untuk pinjaman perumahan kerajaan.
      cuma awak ade kuasa untuk buat pilihan yang mana pakej dan tawaran yang menarik untuk pembiayaan hartanah.

  4. nani berkata:

    blr pinjaman kerajaan ada naik turun tak?


Tinggalkan ulasan anda