Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (US$97 bilion) pada 29 Januari.
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan Jumaat.
Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).
Aset dan liabiliti Bank Negara berjumlah RM363.953 bilion.
Selain daripada rizab antarabangsa, aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.683 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.454 bilion) dan aset-aset lain (RM7.177 bilion).
Liabiliti Bank Negara termasuk modal berbayar (RM100 juta), kumpulan wang rizab (RM11.977 bilion), rizab-rizab lain (RM30.404 bilion), mata wang dalam edaran (RM59.060 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM181.013 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM16.225 bilion), deposit-deposit lain (RM1.273 bilion), kertas Bank Negara (RM27.885 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM7.231 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM28.786 bilion).
– BERNAMA
Popularity: 1%