Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik-bhg2

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Dari artikel satu mengenai rumah baru lawan rumah siap mana yang lebih baik?

2. Keadaan Hartanah
Pro Hartanah Baru
: Apabila pemaju menyerahkan kunci kepada pembelinya, rumah yang di serah berkeadaan asas. Walaupun ada sesetengah pemaju yang menyediakan penyaman udara atau kabinet dapur pada pembeli ia tetap satu hadiah yang jarang-jarang berlaku. Pemilihan hartanah baru adalah satu bentuk pelaburan yang ideal pada mereka yang merancang kewangan pada tempoh masa panjang.

Segalanya bergantung pada tujuan si pembeli, ada yang membeli untuk rancangan persaraan, perniagaan dan kerjaya yang memungkinkan pemindahan didalam tempoh waktu tertentu. Dengan tempoh siap maksima dua tahun untuk hartanah bertanah, dan tiga tahun untuk hartanah beringkat hartanah didalam pembinaan kerap kali menjadi pilihan kerana ia mudah untuk dimiliki.

Untuk makluman pembeli, setiap hartanah baru mempunyai tempoh waranti selama 18 bulan mengikut perjanjian asal, ada jua diantara pemaju yang menawarkan tambahan selama 24 bulan sebagai tempoh waranti untuk pembeli hartanah eksklusifnya. Jadi jika berlaku kerosakan atau ketidak puasan mengenai hasil kerja pemaju si pembeli boleh menuntut pembaik pulihan dari pemaju dan pemaju dengan kosnya sendiri akan membaik pulih atau membina kembali hartanah itu jika benar didapati ianya tidak dibina dengan baik oleh kontraktor.

Kontra Hartanah Baru: Kadang kala hartanah baru juga memberi masalah apabila ia disiapkan pada tempoh yang tergesa-gesa oleh kontraktor. Malah ada sesetengah pemaju yang lepas tangan dan melenggahkan pembaik pulihan sehinggalah tempoh waranti tamat. Ada juga kontraktor yang tidak bertanggung jawab mengunakan material yang mempunyai tempoh hayat tertentu. Jadi untuk mengelak perkara yang sama berulang berhati-hatilah semasa memilih pemaju, kenali pemaju anda dan pastikan hasil kerja binaan mereka menepati selera tuan dan puan.

Pro Hartanah Siap: Hartanah yang siap dibina mungkin menjadi pilihan anda kerana; “apa yang anda lihat itulah yang anda akan dapat”. Pemilihan hartanah ini mungkin satu bentuk pemilikan hartanah yang baik untuk mereka yang ingin berpindah dengan segera. Jika anda memilih hartanah siap sebagai hartanah pilihan, berkemungkinan besar anda akan berjumpa hartanah yang lengkap dengan fasiliti hebat dan pengubahsuaian hartanah yang sangat menarik. Bukan itu sahaja kadang-kala faktor lokasi yang strategik menjadikan hartanah ini lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki berbanding hartanah yang masih didalam pembinaan.

Harus difahami bahawa kebanyakkan pemaju yang menawarkan aksesori tambahan pada hartanah yang sedang dibina adalah projek pembinaan yang amat sukar dijual. Dengan strategi promosi “jimat” atau hadiah percuma kabinet dapur sebagai contoh ia merupakan teknik pemasaran untuk menarik seseorang membeli. Berbeza dengan hartanah yang telah dibina apabila ia telah diubahsuai oleh pemilik harta, mereka bersedia menjual kesemua aksesori berbanding pemberian penghawa dingin dari pemaju yang mempunyai agenda tertentu untuk mengaburi mata pembeli.

Pembeli yang meminati hartanah siap pula tidak akan berasa tertipu, kerana mereka dapat merasai sendiri luas ruang, kawasan, lanskap atau kecacatan rumah serta berupaya mengesan jenis dan kaedah pemulihan yang dapat dilakukan. Berbanding dengan hartanah pemaju, sudahlah pembeli tidak dapat meminta diskaun jika tidak bernasib baik hasil kerjanya pula tidak begitu sempurna.

Kontra Hartanah Siap: Hartanah yang siap dibina walaupun telah diubahsuai, pengubahsuaian itu kadang-kadang tidak membawa apa-apa erti pada pembeli. Mungkin anda meminati rumahnya, tetapi pengubahsuaian ini tidak pula menepati selera. Jadi ia bakal menambah kos pengubahsuaian kelak, buat kira-kira sebelum sebarang keputusan dilaksanakan. Satu tip yang sering digunakan apabila membeli rumah siap dengan membawa kontraktor untuk tujuan pemeriksaan dan dapatkan cadangan kos pembaik pulihan hartanah sebelum membuat sebarang komitmen.

Ikuti sambungan artikel ini dan ketahui tiga lagi penilaian penting diantara rumah baru dan rumah lama.

Bersambung bahagian 2

Dikirim Oleh D' rumah on Feb 4th, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

2 Ulasan Dari “Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik-bhg2”

  1. che rohani berkata:

    alamak! sambung lagik.
    bytheway good info thanks alot.

  2. erdi berkata:

    ermmm nak cri umh kawasan cheras kl..sapa2 ada nk jual email saya k..teres @flat…erdiherman@yahoo.com

Tinggalkan ulasan anda