Dari artikel dua mengenai rumah baru lawan rumah siap mana yang lebih baik?
3. Harga tidak menentu
Pro Hartanah Baru : Isu sensitif ini sentiasa menjadi buah mulut pembeli tidak kira dimana lokasi hartanah itu dipasarkan. Dengan pelbagai pakej promosi dari pihak pemaju, hartanah didalam pembinaan sering menjadi tumpuan oleh peminatnya. Dari segi harga pemilikan harta ini mungkin agak tinggi berbanding nilai hartanah semasa. Ini kerana ia dinilai dengan unjuran 2 hingga 3 tahun akan datang. Bermakna anda membeli hartanah pada hari ini dengan harga pasaran hadapan.
Ingin tahu bagaimana membeli hartanah baru dengan harga yang lebih murah?
Begini. Kebiasaanya pemaju hartanah akan membina unit kediaman atau komersial mengikut peringkat tertentu. Dengan perancangan awal, anda mungkin bakal memiliki hartanah baru yang ingin dimajukan oleh pemaju. Kebiasaanya harga hartanah pada hari pelancaran masih didalam keadaan separa, dengan kesempatan inilah anda harus membida atau menempahnya dengan awal. Apabila pemaju melancarkan projek terbaru ini bermakna penawaran hartanah disana semakin bertambah, oleh disebabkan itu harga jualan akan kekal pada tempoh tertentu. Apabila permintaan semakin meningkat dan penawaran semakin berkurangan, berlakulah situasi seperti dibawah;
Fakta 1:
- Pemaju A menawarkan 300 buah rumah teres 2 tingkat di Puchong.
- Setelah 3 bulan pemaju telah berjaya menjual sebanyak 200 buah rumah teres
Pemaju telah berjaya mengurangkan penawaran unit dengan baki hanya 100 unit yang boleh didapati di pasaran. Pada waktu ini unit jualan hartanah semakin terhad, dan kebiasaanya pemaju akan meningkatkan harga jualannya pada kadar 5%-15% dari harga terdahulu. Sebagai seorang pembeli dan pelabur, anda harus sensitif untuk menghidu peluang. Dapatkan info terkini tentang hartanah yang akan dilancarkan, lawat pejabat jualan dan minta mereka menghubungi anda apabila ada hartanah yang menepati kriteria anda nanti. Dengan ini anda dapat menjimatkan kos pemilikan dengan pembelian hartanah yang jauh lebih rendah dari pasaran hadapan.
Kontra Hartanah Baru: Pembelian hartanah baru (didlam pembinaan) dari segi harga diketahui mungkin agak tinggi pada sesetengah individu. Seperti penjelasan harga diatas, ada sesetengah pemaju melabelkan projek hartanah mengikut reputasi mereka. Jika pemaju yang terkenal, mereka meletakkan harga hartanah pada paras harga tertentu yang mewakili simbol jenama syarikat. Seperti mana juga produk – produk seperti Nike, adidas dan Levi’s, anda membeli dengan membawa jenama terkenal mereka bersama. Jadi pembelian unit hartanah dengan pamaju tiada beza dari produk diatas, harganya tidak menentu walaupun didalam linkunggan lokasi yang sama. Kualiti? sudah tentu kualitinya berbeza kerana anda telah membayarnya.
Selain itu, pembelian hartanah pada peringkat awal mungkin menjadi kelebihan kepada kita. Tetapi pada sesetengah projek, pembelian hartanah pada awal pembinaan mungkin menjadi mimpi ngeri buat pemiliknya. Risiko berada dimana-mana, tetapi dengan ilmu, perancangan dan maklumat yang tepat bakal mengurangkan risiko berhadapan dengan projek terbengkalai. Secara asasnya, anda tidak dapat mengelak risiko rumah terbengkalai. Tetapi anda dapat mengurangkan risiko dan sekaligus menghapus risiko secara berperingkat mengikut tempoh pembinaan rumah nanti. Cara yang terbaik dengan mengenali pemaju hartanah anda, dan kenal pasti rekod prestasi mereka sebelum ini.
Pro Hartanah Siap: Dari sudut harga rumah, memang difahami bahawa harga rumah yang siap sering berubah – ubah dan tidak menentu, Apakah maksudnya?;
Ada sesetengah hartanah siap diketahui punyai nilai estetika tertentu pada pemiliknya. Mungkin semasa membeli harta tersebut beliau membelinya diatas sebab – sebab tertentu, sebagai contoh; pembelian rumah pertama, harta pusaka atau hadiah perkahwinan 20 tahun dahulu. Jadi hartanah ini tidak ternilai pada kaca mata pemilik. Pada sesetengah pemilik beliau dapat menjual unit hartanah tertentu dengan harga yang berlipat kali ganda. Tetapi mungkin tidak pada pemilik lain.
Kebiasaannya hartanah yang dijual dengan harga berlipat kali ganda ini berlaku pada unit hartanah mewah. Hartanah mewah yang berharga tinggi mungkin mudah untuk dijual dengan harga yang berlipat kali ganda kerana lokasi dan dekorasi mewah yang terdapat didalamnya. Sebagai makluman, unit hartanah yang berada didalam lingkungan lokasi “hot-spot” harga sudah tidak menjadi kepentingan pada bakal pembelinya. Yang lebih penting pada mereka adalah “kepuasan diri” – dan sikap “yang penting saya mesti memilikinya”.
Kontra Hartanah Siap : Perbezaan nilai jualan dan nilai pasaran adalah sama sekali berbeza. Bukan kerana nilainya pada pemilik tetapi nilai permintaan pembeli pada waktu itu. Harga inilah yang berubah – ubah mengikut unit mana yang tersedia untuk dijual, dan siapa yang berada dipasaran untuk membelinya. Nilai hartanah siap juga amat kompleks untuk ditakrifkan kerana ia tidak menentu. Oleh kerana itu ada sebilangan unit kediaman yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
Sebagai contoh; Jika harga pasaran unit kediaman pada tahun ini berharga RMY 200, 000 tidak semestinya hartanah itu dapat dijual dengan harga itu atau lebih. Kebiasaanya hartanah itu bakal dijual dengan purata kurang dari 2%-6% dari harga penawaran. Ini disebabkan faktor permintaan yang tidak menentu dan permintaan yang sentiasa berubah – ubah.
Ikuti sambungan artikel ini dan ketahui dua lagi penilaian penting diantara rumah baru dan rumah lama.
Bersambung….
Popularity: 3%