Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik?

Infrastuktur

Infrastuktur

Membuat keputusan memiliki hartanah baru yang masih didalam pembinaan atau hartanah lama yang telah siap dibina adalah satu perkara yang membingungkan pada sesetengah individu. Kedua – dua pilihan diatas mempunyai kebaikan dan keburukkannya, seperti yang anda tahu dengan keputusan ini ia bakal mempengaruhi personaliti kehidupan anda dan keluarga, mungkin juga ia akan memberi kesan psikologi pada tempoh waktu yang lama.

Jadi untuk topik kali ini saya sertakan lima asas penting diantara rumah baru dan rumah siap untuk penilaian anda.

1. Infrastuktur
Pro hartanah baru: Hartanah baru yang berada dibawah projek pembangunan mega seperti “Township” adalah satu pelaburan hartanah yang paling ideal. Ini kerana infrastrukturnya yang lebih terancang. Jalan – jalan yang lebih luas serta reka bentuk rumah dan keluasan tanah yang luas dan sangat esklusif. Jika anda peminat hartanah yang masih didalam pembinaan, carilah hartanah yang berada didalam kawasan bandar baru seperti Denai Alam, Setia Alam dan Cahaya SPK (sekadar contoh) salah sebuah projek hartanah berbentuk “Township” di lembah klang.

Kontra hartanah baru: Tetapi malangnya hartanah – hartanah diatas mungkin agak jauh dari aktiviti ekonomi dan jauh dari bandar Kuala Lumpur, dan jika anda boleh menunggu lebih 25 tahun lagi mungkin ianya adalah satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan. Tapi jika berkemampuan apa salahnya anda pilih saja mana – mana kondominium atau pangsapuri yang berdekatan dengan tempat kerja bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang. Jimat masa dan tenaga.

Pro hartanah siap: Hartanah siap mungkin lebih baik jika anda bekerja di bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memiliki hartanah siap di bandar – bandar mungkin lebih praktikal kerana ia memudahkan. Kebiasaanya hartanah yang siap berada didalam kawasan yang telah membangun dengan fasiliti lengkap. Kawasan membangun kebiasaanya mempunyai pengangkutan awam yang efisen, klinik kesihatan dan hospital dikawasan perumahan, pusat ekonomi dan pelbagai pusat membeli-belah yang ternama membuatkan hartanah siap di sana mempunyai nilai sentimental pada peminatnya.

Pemilihan hartanah siap lebih terbuka berbanding dengan hartanah yang masih didalam pembinaan. Ini kerana apa yang pemaju pamerkan pada pelanggan hanyalah ilustrasi semata – mata. Apabila hartanah itu siap dibina, mungkin keadaan rumah itu lain dari apa yang anda bayangkan. Yang pasti, jika anda memilih hartanah yang telah siap dibina, apa yang anda lihat anda akan dapat, selain dari mengelak risiko mangsa kes rumah terbengkalai.

Kontra Hartanah Siap: Hartanah yang siap mengkin telah diduduki atau disewa oleh ramai penghuni sebelum ini. Jadi disebabkan oleh keadaan fizikalnya yang telah lama, mungkin ada beberapa sudut atau keseluruhan rumah memerlukan perhatian anda.

Sesetengah lokasi mungkin tidak praktikal untuk dimiliki. Oleh kerana hartanah siap ini kebanyakkannya berada dilingkungan kawasan / bandar lama, kaedah susun atur banggunan dan perancangan bandar mungkin tidak sesuai untuk menampung kepesatan penduduk yang semakin bertambah.

Disinilah timbulnya kesesakkan lalu lintas dek kerana ketidak-cekapan bandaraya ini menampung kepadatan penduduk disana. Dari segi material dalaman seperti bumbung, siling, dinding, lantai, cermin, sistem elektrik, pemanas air mungkin memerlukan pembaik pulihan. Tetapi jika anda bernasib baik, mungkin hartanah yang anda cari itu cantik dan selesa tetapi yang penting berapa bajet anda?.

Ikuti sambungan artikel ini dan ketahui empat lagi penilaian penting diantara rumah baru dan rumah lama.

Bersambung bahagian 2

Dikirim Oleh D' rumah on Jan 26th, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel menarik untuk dikongsi

Tinggalkan ulasan anda