Rumah Berkembar, Bandar Baru Bangi, Sek 3

Rumah Berkembar Roniaga

Rumah Berkembar Roniaga

Minggu lepas, saya ada terima satu email dari pihak Roniaga Sdn. bhd. mereka mejumput pihak drumah.com untuk datang melihat sendiri rumah contoh yang telah siap dibina.

Jadi dengan berbekalkan email itu saya menjelajah ke bandar baru bangi. Ler… rupa-rupanya tak susah pun nak cari projek ini.

Kepada orang-orang bangi, mereka mesti tahu dimana lokasi ni sebab ada banyak signboard disekitar kawasan projek. untuk yang tak tahu, projek di seksyen 3 Bandar baru bangi satu jalan nak ke UKM, dan berhadapan ILKAP.

Lokasi memang strategik, dekat dengan aminiti lain macam padang bola dan klink kerajaan. projek ini adalah Jv di antara Roniaga dan syarikat pemaju tempatan (saya lupa pula nama pemaju itu).

Tetapi! tak apalah saya ada sediakan sedikit gambar-gambar rumah 2 sentengah tingkat ini untuk tatapan anda dibawah. projek ini belum lagi dilancarkan, tetapi sekarang nak tempah (booking) dah boleh. Mengikut kata tuan rumah, insyaalah akan dilancarkan pada bulan April ini.

Jumlah keseluruhan hanya 24 unit, tempahan boleh dibuat dengan tunai, cek atau draf bank dengan nilai RM5000.00 sahaja. Setakat hari ini ada beberapa unit yang telah di tempah.

Jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi;

Pn. Wan Mazian Wan Jama
Pegawai Pemasaran
H/p:012-2241379

Salam,

Tangga 2 1/2 tingkat

Tangga 2 1/2 tingkat

Bilik tingkat 2

Bilik tingkat 2

Popularity: 39%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mac 19th, 2009 dan difailkan dibawah Projek Hartanah Terbaru. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




79 Ulasan Dari “Rumah Berkembar, Bandar Baru Bangi, Sek 3”

  1. Ajim berkata:

    Berapa harga rumah ini? Dimana saya boleh mendapatkan spesifikasi rumah ini.

    • c-mi berkata:

      Salam en ajim,

      jika tidak silap saya semasa di beri taklimat hari itu, rumah ini beharga didalam linkuggan RM650K keatas sehingga RM750K.

      apa pun sila hubungi Pn. wan mazian untuk info.

  2. Ahmad Kaya berkata:

    Tak mahal tu, bolehlah beli, siapa cepat dia dapat.

  3. mira edora berkata:

    sy dah pergi sabtu lepas. rumah yg dibuka utk jualan 40×80. harga mahal nak mampos rm788K. tanah lease, lg pun area situ ptg2 jam. x berbaloi rasanya.

    x pe lah sy cari rumah lain jerr, ntah ape pkns ni jual rumah mahal-mahal. kalau nak spend 800k baik cari tempat yg peaceful. x ade jam mcm kat sini.

    aku tunggu harga dia jatuh sampai 500K aku beli.

    penat jer ari tu pegi. ampeh!

  4. suzana berkata:

    Last week saya ada pergi tengok, tak berkenan langsung, design hancus! furnishing out habis! Jauh better rumah semi-d Puncak Bangi atau Bangi D7,
    Saya agak susah mahu jual ini punya rumah….mahal tapi design and kualiti tak setanding…..

  5. qwerty berkata:

    Location cantik, low density neighbourhood dan dekat dengan kemudahan asas. Rasanya jika pemaju labur sedikit untuk Interior Design showhouse & buat pembangunan sekitar tasik di hadapannya; pasti boleh jual dekat RM1 juta.

  6. mrz9897 berkata:

    a`kum…mmg cantik rumah ni…nampak cukup hebat dan insyaAllah ramai yang akan jatuh hati…harap2 penuh lah booking tuh..cuma agak kurang senang sikit dengan harga yer yg tak setanding ngan KUALITI yg sepatutnya..jgn la macam tuh TOKEY..mau cari untung betul2..jgn sampai cekik diri sendiri..nanti TOKEY jgk tanggung rugi…Mahal sangat la TOKEY…itu kat sebelah bangi GOLF tuh sudah boleh MAKAN banyak jgk maa…okay ah TOKEY..jgn marah ah..ini mau kongsi saja..anggap saja ini sbgi satu yg positif la ah..tq -mrz9897(anak jati B.B.Bangi) hehe

  7. qwerty berkata:

    Pada pandangan saya, tiga perkara mustahak untuk dipertimbang sewaktu melabur dalam hartanah ialah (1) lokasi, (2) lokasi dan (3) lokasi. Pihak pemaju mempunyai kelebihan mendapat lokasi yang baik untuk diusahakan. Cuma cara “marketing”nya sangat, sangat, sangat lemah.

    Sepatutnya advantage tasik di kawasan tersebut dimaksimakan. Labur sedikit dalam pembangunannya; baru orang lalu-lalang daripada jalan utama ke UKM nampak. Buat sedikit hiasan dalaman di rumah contoh; baru imagination pembeli can run wild. Baru boleh ada perspektif.

    Harga adalah relatif, jika pemaju kreatif.

  8. Ian berkata:

    projek roniaga xbagus sbb saya dah beli dan duduk, quality hancus…harga pulak mahal nak mampus..tak berbaloi baik beli kat tempat lain

    • Hamba Allah berkata:

      Rumah Semi D dekat UKM mmg cool, tp susah la nak dapat rumah harga rendah mcm ni, aku dah booking satu , lanscape dia memeang cantik aku rasa after constration memang meletup, yang pentingnya rumah -rumah disitu itu facing tasik , kepada yang lain yang berminat jangan lepas kan peluang ini.

  9. orang bangi berkata:

    rumah semid paling hodoh dari segi design dan floor plan. Rumah ni 3 tingkat tapi bukak belakang kecik. Dari luar dah nampak dapur. Masuk pintu depan ruang tamu sekangkang kera. Rumah tu dah la penuh dengan tangga daripada bawah samapi ke atas. kalau campur keluasan tangga, dah hilang satu floor.

    Harga mahal nak mampus. Memang tak worth. Aku rasa rumah ni tak berapa laku, aku dok seksyen 3, tak ada pun orang datang tengok dan tak ada construction dimulakan.

  10. mencari berkata:

    saya sedang mencari rumah kat kwsn Bangi, tapi semua harga2 perumahan ‘meletup’…tak termampu. Ada tak area yg nak jual rumah harga berpatutan yg boleh saya survey? Syaratnya dekat ngan sek ren dan men.

  11. cariumah berkata:

    harga rm700k lbh….tp rumah kecik jer…tgk memang tak puas ati…asyik nampak tangga je ..x berbaloi kalo beli..

  12. han berkata:

    Assalamualaikum wbt,

    Sy pun tengah cari rumah. Tapi rumah sekarang mahal sangat. Keje gomen pun x mampu nak beli. Kalau macam ni sampai bila-bila la sewa rumah. Pening….kalau ada rumah harga patut boleh la email. Preferable area cheras, kajang, bangi gitu la.

    Terima kasih.

    • zawahir berkata:

      sy ada umah nak jual kat bangi selangor kat pasar malam luas 20×70 bahagian belakang dah tambah siap harganya 198k blh rundin lagi tel no [phone blocked]

  13. Ieez berkata:

    rumah di Bangi dah mahal….semua nak cari untung lebih. rumah second pun mahal…kalau tengok rumah macam x percaya je. Saya pun tengah pening cari rumah nak jual di Bangi…..nak cari yang bawah 200k jer…..kalau ada tolonglah bagi maklumat…thanks

  14. Hamba Allah berkata:

    Assalamualaikum Semua Info yang baru saya dapat Daripada Pemaju Perumahan BERPRESTIGE Di bangi Seksyen 3 Roniaga Sdn Bhd ………………Jemputan Khas Kunjungan ke Majlis Lawatan Tapak Projek Bangi-3, Bandar Baru Bangi PADA 12-06-2010 JAM 10.00 AM HIGGA 05.00 PETANG

    Sukacitanya kami ingin menjemput anda sekeluarga ke Majlis Lawatan Tapak Projek di Bangi-3,
    Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor di bawah pengurusan Roniaga Sdn Bhd.

    Bangi-3 adalah projek pembangunan Fasa 3 yang sedang dibangunkan bagi perumahan jenis Rumah Berkembar 2 tingkat berjumlah 76 unit keseluruhan dan terbahagi kepada 3 pakej.
    Pakej 1 = 14 unit
    Pakej 2 = 22 unit
    Pakej 3 = 40 unit

    Untuk projek Pakej 1 ini, kami menawarkan 14 buah rumah jenis ‘Pearl’ – Rumah Berkembar 2 tingkat dengan keluasan 40′ x 70′ dan luas binaan 3,221kps yang menyediakan 5 + 1 bilik tidur. Proses pembinaan sedang rancak dibina dan keunikkan Pakej 1 ini adalah kesemua unit ini menghadap tasik.

    Antara ciri-ciri keistimewaan Pearl adalah rekabentuk yang bercirikan konsep Moden dan ‘Double Frontage’, di mana anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan indah samada ketika bersantai bersama keluarga, memenuhi waktu rehat dan makan bersama teman-teman selain waktu tidur pada malam hari kerana Ruang Tamu / Keluarga , Bilik Tidur Utama dan Ruang Makan kesemuanya menghadap keindahan tasik di belakang rumah yang sangat menarik.

    Antara kemudahan lain seperti;
    - Di dalam kawasan perumahan sedia ada.
    - Kemudahan infrastruktur tersedia.
    - Surau yang berdekatan.
    - Stesen Petronas dan Kawasan Kedai.
    - Hanya 5 minit dari UKM Bangi (Bulatan pertama-sebelah kanan dari arah UKM)
    - Klinik Kesihatan Bangi.
    - Komplek PKNS
    - Sekolah Rendah dan Menengah yang berdekatan.
    - Stesen Komuter Bangi.
    - Pasaraya Warta, Bangi.
    - Lebih kurang 3km dari akses Tol Bangi (Lebuhraya)
    - Golf & Equatorial Hotel, Bangi.

    Selain Pakej Pinjaman yang menarik, anda juga tidak perlu menanggung Yuran Guaman Perjanjian Jual Beli (SPA).
    Sebarang pertanyaan boleh hubungi;

    Ibu Pejabat (Shah Alam)

    • Orang Bangi berkata:

      Masukan le sekali harganya, barulah orang berminat nak tau. Roniaga jual rumah mahal mahal, tp web pun tak ada. Cikai sungguh

      Iklan ni dari bulan 4 2009. Sekarang dah 2010. Roniaga bila nampak project dia tak berapa laku, baru lah sibuk buat design baru 2 tingkat aje. Masa 12 hb tu tak nampak pun sapa yang datang..mungkin ada lah 10 orang.

      La ni ramai orang beli semi d kat kawasan saujana impian, saujana emas area area sungai kantan. Rumah kat sana design dan build up lebih menarik dan besar. Rumah kat sana pulak freehold

      Harga roniaga sama dengan harga kat OSK depan tasik, tu yang diorang beli kat sana. rasanya orang sekarang prefer 2 tingkat sahaja. Kalau 3 tingkat bukan beli rumah, tp beli “tangga”

      • Hamba Allah berkata:

        Assalamualaikum orang bangi , saya bukan jual rumah nak cerita pasal harga rumah,saya cuma forwardkan apa yang Roniaga bagi pada saya .
        Jangan la condem sangat produk orang Islam kita,Islam hanya menyeru umatnya berbuat baik kepada semua umat ,tak kira bangsa apa, Projek Roniaga ini , projek orang islam kita, kalau kita la yang tak tolong orang islam kita siapa lagi yang nak tolong orang islam kita,kita nin mengaku diri kita ini islam tapi praktikalnya tidak ,ini ke ajaran nabi kita ?sekurang-kurang nya bertugur la dengan cara yang yang baik…Saya ada beli Dua buah lot dan dapat special diskaun daripada pemaju islam kita dan saya bersyukur kerana dapat bantu orang islam kita,kerana apabila di akhirat nanti kita akan di tanya apakah amalan kita, sekurang-kurangnya saya bantu orang islam kita .bantu orang kafir di dunia dapat ganjaran nanti faham2 la diakhirat dapat apa nanti…Walaupun Roniaga tak ada website tapi bersykur la seorang pemaju islam boleh membangunkan baqngi seksyen 3,

        • zaidi berkata:

          jgn babitkan agama dalam perniagaan. Bukan masalah bangsa kalau kita x nk beli rumah.

          aku dh pegi tgk projek ni dari tahun lepas sampai awal tahun ni yg lauch balik tu. kesilapan rumah disini adalah design dia yg x praktikal dan byk makan ruang.

          En hamba Allah kalau bekerja di Roniaga, cuba2 lah design balik unit tu. semua org nk beli kalau design cantik

          • HAMBA ALLAH berkata:

            Lain orang lain taste abg,

          • farid berkata:

            En zaidi jangan la merepek mana ada tak praktikel,nak rumah macam mana lagi,saya pergi tengok ok je rumah itu.tak praktikel konon…

          • org bangi jugak berkata:

            salam,
            setuju dgn encik zaidi. x pyh la libatkan agama atau bangsa. kalau org nak jual brgn tak berkualiti pun kita nak sapu ke? sepatutnya roniaga boleh hasilkan yg jauh lebih baik kalau dia berniaga atas nama agama. hmmm….x sudah2 la agama diperdagangkan.
            saya 100% menyokong produk islam, namun tidak menyokong 200% golongan yg memalitkan lumpur kpd Islam.

        • orang bangi berkata:

          Do not islamized incompetencies. Janganlah nak babitkan agama bila “tak competetive/imcompetence”

          Ni la masalah orang kita… contoh, Bila komputer down 2 3 hari report pada pegawai IT..”kita sebagi orang islam kena bersabar”…. banyaklah..

          Sama juga dnegan kes di atas “kena bantu ornag melayu…” sepatutnya awal awal lagi “orang melayu tu” kena study. kalau project harga murah oklah..tp ni rasanya macam “menyusahkan orang melayu”

          Kalau tak incomptence jangan dibabitkan agama sekali

          • HAMBA ALLAH berkata:

            Tuan tak layak la beli harga yang saya beli tu,ukur baju di badan sendiri, bukan kat badan orang lain,tuan jangan la patahkan semangat orang yang dah beli rumah…jangan marah tuan ini realitinya Tuan sebenarnya tak mampu.

          • orang bangi berkata:

            Pada hamba allah, Tahniah la sebab awak dah beli satu. Ukuran baju saya biaralah saya sendiri tahu. Jadi saya ucapkan good luck lah kat awak….Tak mahu komen banyak banyak sebab awak dah “spend much”. maaf kalau terkecil hati

          • Mie 3/28 berkata:

            ye la..sy pun ukur baju bdn sdiri tp rasanya sy xmampu..setakat makan gaji je xleh blah..mybe developer ni target market dia kecil je..just for org2 kaya,businessman..cuma sy sedih je..xdpt nak beli rumah area bangi ni sbb harganya MAHAL nak mampos..hahaha (klu ade yg murah2 tu inform la ye..)

        • fahmi berkata:

          sebagai org islam kita berpesan2 sesama kita. komen2 dlm web ini ada benarnya. cuma pada roniaga cuba ambil positif komen2 kat sini. jgn lah buat2 tutup sebelah mata. lokasi dh strategik, tp rege dan design pula x setanding.

          pendapat peribadi saja.

        • bangi1 berkata:

          macammana pulak hukum bagi orang riak?

          • HAMBA ALLAH berkata:

            Tak orang nak riak di sini,cuma tak usah condem orang bumiputra kita,banga la dengan pencapaian melayu bumiputra ,ni nak bangakan kafir buat apa bukan nya boleh bawa ke akhirat pun pahala nya ,Renungkan lah

          • seksyen 3 berkata:

            Orang Islam patut membantu umat Islam..bukan buat rumah dengan kualiti yang sgt teruk dan menindas kaum sendiri..saya pemilik rumah yang dibuat oleh Roniaga di Seksyen 3 Bangi.Memang kualiti yang teramat teruk dan saya tak rekomen kepada pembeli lain…masalah yang saya hadapi 1.bilik air bocor 2.dinding retak 3.tangki tersumbat 4. beam yang bersilang-silang 5. rumah senget sebelah, tiles tak straight 6. simen kurang,pasir yang lebih..

          • star berkata:

            setuju dgn seksyen 3. saya skrg pun duduk rumah projek roniaga jugak kat seksyen 3. Kualiti rumah teruk. Banyak masalah, antaranya: bilik air bocor, dinding retak, rumah senget, tangki sumbat, finishing memang hancus, tile pun pasang tak cantik, yang paling tak boleh terima air masuk ikut pintu bakolni bila hujan….komen masa under liability pun tak membantu..lambatka masa repair hingga habis tempoh utk kita claimed pada tribunal. Pemaju ni kena muhasabah banyak2

  15. alina berkata:

    berapa pulak hg umah kt atas nie klu mahal baik x sah

  16. han berkata:

    mahal sangat bro..g pun pkns listhold ….cukup masa nanti pkns ambik balik atau dapat pampasan

  17. c-mi berkata:

    berbincang lah dengan baik. jangan menyindir kerana masing2 ada hak untuk memberi pendapat.

  18. fiza berkata:

    apa la korang ni nak gegaduh bahasa pasal umah ni…yang hamba allah tu pun jgn lah jadi over sensitif bila org komen umah tu..dan jgn babitkan agama dlm hal ni…kamu semua ni tak malu ke….entah korang ni org pompuan tak… menampakkan org islam n bangsa melayu ni cetek sgt pemikiran…nama je banyak duit boleh beli umah nak dekat 1 juta tapi pemikiran…cam fail upsr …..think positive la masing2…

    • Mie 3/28 berkata:

      emo lak dia ni…diorg termasuk saya ni berkongsi idea..macam debat perdana gitu..biasela..awk yg xde kaitan tu jgn la emo2..mcm awk ni think positive lak..baca balik ape yg awk tulis tu..sy rasa awk bukan think positive..sebenarnye awk pun cuba nak berdebat jgk kan?…

  19. mencari berkata:

    Hmmm…selepas membuat survey dan congak2, rasanya dah kurang minat nak cari rumah kat bangi ni…

    • Mie 3/28 berkata:

      xyah la..saya pun menyewa je..tapi klu nak try ade apartment kat seksyen 4 harga 230k++..LEASEHOLD..PKNS ntah bulan anggun ke bulan purnama nama nye..gila tgk..sy ni xmampu beli apartmnt 200k ke atas..klu rumah teres mungkin sy cuba tgk..

  20. Vateren Bangi berkata:

    Askm semua saya juga ada beli rumah dengan Roniaga ini mula -mula tak yakin tapi sekarang ada progress saya dah mula yakin,saya amat setuju dengan hamba allah jangan la condem produk orang islam kita,lebih2 lagi macam kami ini yang dan beli berjuta ringgit ,man ada orang suka kalau orang ;lain condem pasal rumah kita .kepada yang tak beli tak perlu la coment teruk sangat,rumah ini ada value di sendiri.Bak kata pepatah melayu hanya permata yang mengenal manikam.

    • Tengah cari rumah juga berkata:

      hmmm..betul tu. Dalam soal beli rumah ni subjektif, kita suka org tak suka. ada yg suka kawsan sibuk sebab happening, ada org suka sunyi..so apa-apa pun teguran yang kita beri perlu berhemah, kedua-dua pihak jangan bersifat peribadi tegurannya, cukup cerita bab rumah dari segi teknikal bagus tak bagusnya…teguran yg membina…yang selebihnya biar orang lain nilai sendiri. Saya bangga juga ada orang islam yang mampu buat perniagaan ni, Insya Allah, projek di masa depan mesti Roniaga akan buat lebih baik…jangan cepat terasa…

      • abputrajaya berkata:

        hmmmm…sy selalu tengok rumah ni bila on the way to Kumon class hantar anak2, Anak2 sy semua suka bila tengok dari luar. My husband pun suka kerana ada tasik dan senang pergi jogging harga rumah bolehla tapi bila dgr komen2 lagi susah nak buat decision. Takut dah beli rumah lagi naik blood pressure. Maybe i’ll continue with my plan design rumah sendiri. Gud luck to everyone semoga Allah permudahkan segala utk kita.


Tinggalkan ulasan anda