Rumah Transit mulai 2014

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Beban pasangan muda yang baru berkahwin untuk memiliki kediaman selesa mendapat perhatian kerajaan apabila Projek Perumahan Transit akan dilaksanakan mulai tahun depan khusus bagi membantu golongan itu.

Bagi tujuan berkenaan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan 10 peratus daripada jumlah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa golongan berkenaan dengan kadar hanya RM124 sebulan.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, bagaimanapun hanya pasangan muda yang baharu berkahwin dan memiliki pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sahaja yang layak memohon dengan tempoh sewaan adalah selama dua tahun.

Menurut beliau, kerajaan menetapkan tempoh dua tahun kerana berpendapat pasangan terbabit mampu mencari jalan untuk membeli rumah pertama mereka dalam tempoh berkenaan.

Sebagai permulaan kepada projek tersebut jelas beliau, tumpuan pembinaan akan dilaksanakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke bandar-bandar lain pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya bercadang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengambil alih beberapa PPR yang siap dibina agar dapat diguna khusus untuk konsep baru berkenaan.

“Konsep baru ini bertujuan membantu pasangan muda yang baharu berkahwin dan memulakan kerjaya tinggal di rumah lebih selesa,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut pada sidang akhbar selepas sesi penggulungan, beliau berkata, sebagai permulaan kerajaan akan mengambil keseluruhan PPR San Peng di Kuala Lumpur untuk ditransformasikan menjadi Projek Rumah Transit.

“Ia akan memudahkan kepada golongan ini apabila mereka ditempatkan di bawah satu tempat selain boleh berinteraksi sesama mereka,” katanya.

Terdahulu, selepas sahaja Abdul Rahman membuat pengumuman itu beberapa ahli parlimen antaranya Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) tampil meminta tempoh sewaan dua tahun dilanjutkan.

Noor Azmi ketika ketika bangkit mencelah menyifatkan penetapan tempoh sewaan dua tahun tidak praktikal kerana dalam tempoh itu pasangan berkenaan belum mampu menstabilkan ekonomi isi rumah mereka.

“Sekurang-kurangnya bagi mereka tempoh tiga atau empat tahun supaya dapat membuat keputusan keluar dari skim itu dan membeli rumah sendiri,” ujar Noor Azmi.

Dalam reaksinya, Abdul Rahman menegaskan, program berkenaan bukan penyelesaian jangka panjang dalam isu pemilikan rumah tetapi memberi jaminan jika tempoh dua tahun dianggap singkat, kementerian itu akan dikaji semula.

“Kita buat program rumah transit untuk mereka yang memerlukan masa untuk menstabilkan ekonomi kerana mereka belum mampu mengumpul dana untuk membeli rumah pertama,” katanya.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Jum, Apr 18, 2014 5:06:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Apr 17, 2014 8:36:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Apr 10, 2014 4:21:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Apr 10, 2014 2:58:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Apr 10, 2014 7:29:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jul 12th, 2013 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Kontroversi. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud