Sambungan: Apakah tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah

Balkoni

Balkoni

Sambungan dari siri tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah Bahagian 1

4. Pintu Masuk: Cipta ruang cerah, bersih dan rapi untuk jalan masuk terutamanya pintu masuk rumah anda. Buangkan barang-barang yang tidak digunakan dan gantung lampu yang cantik-cantik. Di ruang serambi mungkin anda boleh mempertimbangkan penggunaan bangku panjang, atau meja demi-lune.

5. Perbaharui perkakasan: Jika anda tidak bersemangat untuk mengubahsuai, cukup hanya mengambil salah satu ruang di bilik mandi sebagai contoh dan gantikan alatan lama pada alatan-alatan baru sudah memadai. Stainless steel adalah pilihan yang sangat popular, dan mudah disuaikan dengan banyak gaya dan warna Almari.

6. Mengawal tarikan : Jangan meninggalkan aspek penting ini pada hartanah anda tanpa dijaga. Ini adalah satu kaedah seni menarik perhatian bakal pembeli ke rumah anda. Caranya dengan memiliki halaman rumput hijau yang bersih dan telah dipotong dengan rapi. Taman anda harus bebas daripada “haiwan mati” atau sisa-sisa makanan dan sesuatu yang ideal pada rumah itu adalah dengan memiliki beberapa tumbuhan yang ditanam dengan warna yang pelbagai dan sedap mata memandang.

7. Waktu Peribadi: Ini bererti waktu privasi. Pemasangan pagar yang cantik bakal memberikan satu suasana persendirian yang pasti dapat meningkatkan nilai hartnah anda. Dinding batu rendah yang berukiran seni juga adalah cara yang baik bagi menghasilkan garis pemisah yang unik diantara rumah pembeli dengan jiran-jiran.

8. Bilik Mandi utama: Walaupun kebanyakkan rumah lama mempunyai 2 bilik mandi di tingkat dua, Jangan lupa bilik air dibawah juga penting. Kerana pengubahsuaian pada bilik mandi dibawah bakal menunjukkan yang anda benar-benar menjagai hartanah ini sebaiknya, lagi pun ia juga mempamirkan tanggapan pertama yang elok pada diri anda. Tidak perlu menukar segala-galanya mungkin boleh mengambil salah satu atau kombinasi satu atau dua diantara lantai bilik, atau sinki dengan meja-top atau almari ke bilik mandi.

9. Suite Hotel: Semakin banyak yang anda lakukan makin menjadi-jadi keghairahan pembeli. Bina bilik mandi dari bilik tidur utama dengan sentuhan suasana istimewa seperti spa yang menyediakan perkhidmatan bertaraf lima bintang dan ia pasti mampu menarik pembeli. Fikirkan tab jet, jubin lantai panas, batu granit, marbel, tuala putih mewah dan satu almari simpanan yang besar. Kenapa besar? lagi besar lagi besarlah kesannya pada pembeli nanti.

10. Dapur baru: Terakhir tetapi amat penting adalah pengubahsuaian dapur. Kelengakapan yang paling disukai kebiasaanya adalah kaunter top batu, alat-alatan stainless steel,  barang ceramik, dan semua bentuk nada neutral ke warna bumi amat sesuai untuk diperhiaskan disini.

Didalam pengubahsuaian, anda perlu bersikap positif, dan tidak terlalu mengikut perasaan ingin mencari keuntungan. Hanya memikirkan keuntungan berlipat kali ganda adalah satu kesilapan didalam pengubahsuaian. Yang paling ideal anda membina hartanah ini dengan matlamat untuk keselesaan mereka yang membeli. Bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Artikel ini ditulis sebagai satu rujukan dan cadangan untuk penjual hartanah. Kerana kebiasaan hartanah yang dijual adalah rumah tinggal. Kenapa saya kata rumah tinggal? kerana kebanyakkan rumah-rumah yang ingin dijual tidak dibaik pulih. Sebab itu lah sesetengah hartanah yang terletak dilokasi terbaik tetapi tidak dapat dijual dengan harga semasa.

Kerana apa? kerana mereka menjual hartanah yang mereka sudah tidak perlu dan boleh dikatakan “rumah tinggal”. Sebaik-baiknya jika anda ingin menjual rumah atau mana-mana hartanah jual lah semasa anda menyukainya. Bukan hanya semasa membeli rumah anda inginkan kualiti dari pemaju, semasa anda memiliki dan ingin menjualnya juga adalah satu tanggungjawab kepada bakal pembeli.

Semoga berjaya pelabur semua…

Dikirim Oleh D' rumah on Sep 9th, 2009 dan difailkan dibawah Deco Rumah, Dekorasi. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda