Sambungan dari siri 1, hartanah apa yang anda mampu?.
Jika anda seorang guru, seorang jururawat, seorang pekerja bermusim, atau di dalam industri pembinaan, atau hanya mendapat pendapatan separuh-waktu – anda boleh menggunakan jalan pintas ini juga. Tambah nombor-nombor daripada dua tahun terakhir dari borang BE, kemudian bahagi dengan 24 bulan. Dengan cara ini pihak bank akan menganggap pendapatan 2 tahun anda adalah sah dengan pengistiharaan ini. Kenapa 2 tahun? sebaik-baiknya 2 tahun… ada juga pegawai bank yang menerima slip bayaran setahun… bergantung pada bank tertentu.
Selain itu, Jika anda bekerja sendiri atau berniaga, untuk memohon pembiayaan anda memerlukan dua tahun rekod transaksi akaun bank syarikat. Istiharkan pendapatan anda, dengan mudah dokumen-dokumen ini akan dterima pakai oleh pihak bank untuk menentukan jumlah pembiayaan yang anda bakal perolehi. Dengan pengistiharaan hasil syarikat mereka dapat memastikan yang asset-asset syarikat adalah hak milik anda dan ianya sah dengan bukti-bukti dari pihak sekratari dan pengishtiharaan pendapatan syarikat yang menunjukkan yang anda mampu untuk membayar kembali sebarang pembiayaan yang diberikan. Pada mereka… yang penting terdapat bukti-bukti yang menunjukkan pendapatan anda dan anda mampu untuk membayar pembiaan yang diberikan.
Acap kali kita dengari yang mana ramai peniaga-peniaga terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti membuka restoran makanan, perkhdimatan makanan (katering) kedai runcit dan peniaga pasar tidak dapat pembiayaan kerana mereka tidak mengorganisasikan perniagaan tersebut. Jadi daftarkan perniagaan, aktifkan akaun bank dengan aliran tunai positif dan istiharkan hasil perniagaan anda.
Walaupun dengan cara kecil-kecilan dengan adanya syarikat dan akaun bank, peniaga tersebut sudah boleh mengisytiharkan pendapatan syarikat kecil agar dapat digunakan dokumen ini kelak. Sebenarnya banyak kelebihan apabila anda mengisytiharkan pendapatan syarikat, bukan hanya mudah mendapatkan pembiayaan bagi pemilik tetapi ia juga memudahkan pekerja-pekerja anda kelak yang ingin membuat pembiayaan dengan mana-mana bank. Bukan semata-mata semasa memohon pembiayaan rumah, malah anda juga sudah boleh berkira-kira untuk menjadi raja hartanah dengan cara tersebut.
Semasa artikel ini ditulis, dengan mengambil kira akan cara pegawai bank ini bekerja, saya berharap dapat membantu anda untuk mengelak kerugian beribu-ribu ringgit yang mana kesemua kesilapan itu boleh dihindari dengan kaedah dan persediaan yang betul. Sebelum membuat sebarang bayaran deposit, kenali dahulu kemampuan anda. Setelah itu mula merangka bayaran bulanan yang anda mampu. Selepas ini tiada lah kes-kes tidak dapat pembiayaan bank dan wang deposit hangus berulang lagi.
Semoga berjaya pelabur semua….
Popularity: 1%