Sambungan: Kredit skor, bagaimana mempertingkat kredit skor anda

Kad Kredit

Kad Kredit

6. Jangan membuka akaun terlalu banyak, terutamanya jika anda mempunyai sejarah kredit yang sedikit.
Membuka akaun bank terlalu banyak juga akan menyebabkan kredit skor anda ditolak. Lebih-lebih lagi akaun-akaun bank ini tidak aktif dan akan membuatkan purata rekod kewangan peribadi anda menjadi rendah.

7. Jangan membuka akaun kredit kad jika tiada keperluan
Tindakan ini akan menyebabkan kredit skor anda berkurangan, kerana lebih sedikit kad anda lebih baik rekod kewangan anda.

8. Jangan tutup akaun untuk memadam rekod kewangan
Ramai yang berfikir dengan menutup akaun kredit kad segala rekod dulu akan dipadamkan. Ini adalah tanggapan yang salah dan sebenarnya rekod-rekod anda akan sentiasa berada disana dan ia juga akan menjejaskan atau memperbaiki skor kewangan anda.

9. Berhenti menggunakan kredit kad
Membayar baki kad kredit bukan hanya akan meningkatkan skor kredit anda, malah anda juga berada didalam posisi yang baik untuk meminta dan membincangkan kadar faedah yang rendah untuk pakej kewangan anda.

10. Jangan membeli barang yang tidak perlu
Buat semakan didalam pembelian atau pembayaran menggunakan kredit kad untuk sesuatu perkara yang penting sahaja. Pertimbangkan tahap keperluan sebelum membeli dan seboleh-bolehnya jika ingin membeli belah gunalah wang tunai agar anda sentiasa berada dilandasan yang betul.

Cara yang terbaik adalah dengan menyelesaikan segala hutang piutang, hubungi kesemua kreditor anda dan minta menereka mengstruktur kembali atau membuat carta bayaran untuk tujuan penyelesaian hutang. Bank-bank ini lebih berminat untuk membantu anda didalam menyelesaikan kemelut kewangan ini.

Membayar bil didalam waktu yang tepat dan mengawal perbelanjaan mengambil komitmen yang panjang dan kekuatan untuk mengawal diri. Ianya bukan sesuatu yang mudah, tetapi usaha ini amat berbaloi apabila anda sendiri merasai kredit skor anda semakin bertambah baik.

Dikirim Oleh c-mi on Jul 21st, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

1 Ulasan Dari “Sambungan: Kredit skor, bagaimana mempertingkat kredit skor anda”

  1. How I berkata:

    Thanks for posting, I really enjoyed that post, wish you would post more

Tinggalkan ulasan anda