Sesuatu yang sebelum ini kita tidak mahu dengar tetapi pada hari ini ramai agen hartanah mengatakan saat inilah waktu terbaik pada pemilik hartanah meletakkan hartanah mereka di pasaran.
Ramai yang beranggapan suasana pasaran hartanah pada hari ini adalah satu tindak balas positif dari keadaan ekonomi negara yang semakin pulih. Dari keadaan suram didalam tempoh 12 bulan lepas banyak mengajar dan mempengaruhi keadaan ekonomi pada hari ini.
Tanpa tukang tilik pastinya sukar kita mempunyai mengetahui keadaan ekonomi negara pada masa hadapan. Dan keadaan ekonomi yang masih berteka-teki mungkin masih mempengaruhi keputusan sesetengah pemilik hartanah.
Adakah hari ini masa sesuai untuk menjual hartanah? Mengikut statistik dari laman web ini (drumah.com) yang mana statistik penggunjung dan pertanyaan semakin meningkat sejak 3 bulan ini bermula pada bulan Ogos 2009 yang lepas. Dari data yang dikumpulkan kami secara puratanya memperolehi hampir 35 email pertanyaan mengenai hartanah-hartanah tertentu. Ini bermakna kami menerima hampir satu ribu lebih pertanyaan sebulan dan angka ini semakin bertambah setiap hari.
Manakala statistik untuk pelawat yang menggunakan Drumah.com setiap hari secara puratanya berjumlah 2,700 pelawat sehari. Dengan ini purata setiap bulan jumlah pelawat secara kasarnya adalah 81 ribu pelawat dan hampir 405 ribu hit setiap bulan. Dijangkakan jumlah pelawat-pelawat ini akan bertambah sehingga ke hujung tahun ini dengan sasaran sebanyak 5 ribu pengguna setiap hari bersamaan 800 ribu hit setiap bulan. Sasaran ini berdasarkan data-data hartanah terkini yang akan dimuat naik setiap minggu dengan pelbagai isu-isu menarik yang akan dikupas nanti.
Dari data-data yang kami perolehi mengikut ranking laman web ini, Drumah.com mendapati bahawa satu tren pasaran yang sedang berkembang dari segi kelayakkan dan citarasa pembeli hartanah. Pemilik hartanah pula kini telah banyak meningkatkan hartanah mereka sehingga 1.3% dari harga pasaran semasa. Dan pada pertengahan Ogos adalah kenaikan hartanah yang paling tinggi yang dapat dicatatkan.
Harga-harga jualan hartanah setakat ini telah meningkat naik sehingga 2 peratus tahun ini. Mengikut laporan dari Bank Negara jumlah pinjaman hartanah semakin meningkat setelah mereka memperkenalkan polisi asas pinjaman yang rendah.
Dengan permintaan hartanah yang semakin meningkat saban hari. Terutama hartanah yang berharga RM300 ribu kebawah. Golongan menengah /pertengahan mencari hartanah yang dirasakan berbaloi dengan pelaburan mereka. Manakala hartanah bernilai tinggi masih mendapat permintaan yang cukup luar biasa dari pemburu hartanah. Mengikut jangkaan hartanah bernilai tinggi masih tetap menjadi perhatian walaupun keadaan ekonomi yang dikatakan gawat dan tidak menentu pada tahun lepas. Dari pendapat saya… tren ini semakin kukuh dengan bukti banyak pelancaran hartanah bernilai tinggi dilancarkan.
Walaupun begitu permintaan hartanah sekunder (subsale) juga semakin banyak. Tetapi masalahnya kita kekurangan produk yang menarik… ini kerana kurangnya kesedaran pemilik hartanah untuk mengambil kesempatan diatas faktor pasaran hari ini. Mungkin mereka terlalu berhati-hati dan takut hartanah mereka tidak dapat dijual pada waktu atau tempoh tertentu.
Akhir kata, pasaran hartanah kini boleh dikatakan stabil dan nampak perkembangannya dari sudut positif. Namun ada bibit ketidak-seimbangan pada segi nilai yang ditafsir terlampau tinggi akan menjejaskan pasaran.
Popularity: 2%