Sembilan Negeri Capai Prestasi Hampir 100 Peratus Dalam Proses Daftar Pindah Milik Tanah

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Sembilan negeri telah dapat mencapai prestasi hampir 100 peratus dalam proses permohonan pendaftaran pindah milik tanah dalam tempoh sehari waktu bekerja.

Sejak inisiatif ‘One Piece Flow’ (OPF) diperkenalkan Januari lalu, aliran wang yang beredar dalam pasaran hartanah meningkatkan kepada RM22.9 bilion bagi suku pertama tahun ini berbanding RM18.3 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dalam kenyataan hari ini, berkata pencapaian hampir 100 peratus itu dicatatkan oleh Pentadbiran Tanah Negeri di Pahang, Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur, Negeri sembilan, Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Proses OPF bermaksud penerimaan mana-mana penyerahan pindah milik yang ‘lengkap dan sempurna untuk didaftarkan’ (Fit for Registration) terus diproses dan didaftarkan.

Melalui proses OPF, pendaftaran pindah milik hanya membabitkan ‘Landed Property’ yang tidak termasuk hak milik strata, boleh dilaksanakan dalam tempoh satu hari bekerja.

Sebelum pelaksanaan OPF, pindah milik tanah diproses secara ‘Batch Processing’ (BP) yang sebelum ini mengambil masa 105 hari kemudian berjaya dikurangkan kepada 30 hari pada tahun lepas.

Kementerian itu berkata transformasi itu merupakan sebahagian daripada usaha melonjak penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan selaras dengan konsep 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Maklumat lanjut mengenai pindah milik tanah dalam sehari boleh diperolehi melalui laman web www.kptg.gov.my dalam ruangan BULETIN PMT1H atau mana-mana laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri yang berkenaan.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 7th, 2010 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




2 Ulasan Dari “Sembilan Negeri Capai Prestasi Hampir 100 Peratus Dalam Proses Daftar Pindah Milik Tanah”

  1. Ann berkata:

    Satu hari?? rumah saya tunggu 7 bulan pun belum dapat jawapan dari pendaftaran hak milik tanah kuala lumpur??lawyer saya tanya banyak Kali tapi pun tak Ada jawapan.walaupun saya faham ada banyak kes ,sekurang kurangnya bagi satu deadline tapi tak Ada respond.apakah kita boleh buat??

    • Nurul berkata:

      Pindah milik tanah satu hari ini untuk landed (rumah teres/bertanah) bukan untuk rumah strata (bertingkat seperti apartment). masalah di pejabat tanah ialah, lawyer2 ni hantar runner untuk buat sume keje2 tu…runner2 ni bukan kesah borang tu lengkap ke tak…derang main hantar je kat pejabat tanah…salah satu syarat ialah borang dan dokumen berkaitan mesti lengkap..runner & lawyer ni derang nak untung je…cas mcm2 kat org awam…padahal kalo pindahmilik persendirian kite leh dtg pejabat tanah buat sendiri..ni la masalah pejabat tanah dgn lawyer ni, derang main hantar tp x nak lengkapkan checklist yang sepatutnye….so kena la pejabat tanah gantung dan tunggu tindakan dari lawyer utk lengkapkan…lawyer suruh runner..runner lak berbulan2 baru nak dtg…pastu sume salahkan pejabat tanah…


Tinggalkan ulasan anda