Berita terbaru dan paling hangat di bandar seri putra semenjak-dua-menjak ini adalah ura-ura mengatakan yang pemaju iaitu Bangi Heights Development Sdn. Bhd anak syarikat kepada UMLAND (United Malayan Land Berhad) bakal melancarkan hartanah kediaman terbarunya pada pertengahan atau akhir bulan may ini yang diberi nama Sempurna Teres.
Berita itu disahihkan lagi dengan gambar risalah draf dibawah, walau bagaimana pun harga masih belum di muktamatkan oleh pihak pengurusan Bangi Heights. Apa pun dari cakap-cakap kemungkinan untuk pelancaran ini mereka akan membuka rumah teres dua tingkat saiz 20 x 75, dengan harga permulaan RM290,000 keatas selepas diskaun bumiputra sebanyak 7%.
Walau-apa-pun kita layan dulu gambar dibawah. Kepada mereka yang berminat untuk membuat booking awal pada unit boleh melakukannya sekarang. Pejabat jualan Bandar Seri Putra dibuka dari 9.30 pg sehingga 5.30 ptg.
Diharap Sempurna teres bakal menjadi satu lagi produk berkualiti dari UMland.
Sila rujuk muka surat ini: laman Indah Bandar Seri Putra
Popularity: 5%
orait! pengumuman…
nama sempurna tak jadi, sekarang nama ditukar jadi Laman Indah….
Saiz 22×75, 22×70, 24×70,26×70, dengar dengar ade special promo package. Kalau tang harga tu, dalam RM290 lebih2 sikit..
wah murah harganya tu,,, berapa bayaran untuk booking?? saya akan tengok lokasi dengan segera
AM…RM290K tu murah ya…lu ni kaya la Bro…lu kerja apa hah…atau u ni Bisness man….ataupun lu ni jutawan…mahallah utk org yg tak mampu membeli rumah yg harganya zalim mcm ni….
ade lagi ke rumah nie untuk booking?
Agak-agak 30 sen kot.
sya ingin mencari rumah tepi dgn harga rm200,000.00 hingga 220,000.00
di taman impian putra, bdr sri putra
salam..sape2 boleh tolong saya, sy nak tahu tahap loan yang saya mampu buat.saya bekerja swasta, begitu juga dengan isteri.ade sape2 leh tlg?
Senang aje.
1. Sediakan siap2 slip gaji anda suami isteri.
2. Wat survey kat semua bank2. Jumpa pegawai yang incharge bahagian loan.
3. Bgtau anda suami isteri pekerja swasta nk beli rumah & nk confirm berapa loan blh approve utk harga umah yang anda nk beli.
4. Bgtau segala hutang2 anda dgn mana2 bank. cth :- hutang keta, umah lain (kalau ada), ASB/ASN, Card Credit kedua pasangan, JPA/PPTN, dan apa saja utang yg berkait ngan bank.
5. Dan dari situ pihak bank akan wat calculation & bgtau harga rumah yang mampu anda beli.
Dan akhir anda blh wat survey mana2 umah yang dicadangkan oleh bank dengan harga yang mampu anda milik.
p/s : Napa tak cuba bid umah lelong?. Silap2 dapat umah banglo (harga 400k) ngan harga 200K.
bagus gak cadangan anda tu..baget bawah 300.. mana lah tau kan…
rezeki anak anak
umah yg di atas sudah siap di bina atau msh dlm proses, sy nk tahu tntang prumahan berikut…blh bg maklumat yg trperinci
harga tu dah ok laa tu.. nak murah macamana lagi… kalau single storey tu lain lah citer nya.. saya mencari semi-D di tempat yang sama
TQ
projek nie dah nak dekat siap kew? masih ade lagi tak yg tinggal…saya berminat la…. harga die berapa ya encik c-mi?