Sesetengah tuan rumah memiliki gaya dan citara tersendiri untuk mengilhamkan konsep kediaman mereka. Lain orang, lainlah minatnya. Mungkin rambut kita sama hitam tetapi hati kita siap yang tahu.
Segalanya tampak cantik dengan pengubahsuaian ringkas dan penggunaan warna dan ruang yang maksima. Membuat pengubahsuaian rumah dan hiasan dalaman (interior design) tidak mengira jenis dan luas rumah pangsa, atau apartment, condominium, teres, semi-d mahu-pun banglow, semuanya akan menyerlahkan lagi gaya kehidupan tuan rumah apabila menggunakan konsep hiasan yang bersesuaian dengan reka bentuk rumah.
Untuk menimbulkan keunikan rumah tuan puan harus membuat pemilihan warna-warna ceria, perabot, aksesori dan juga material yang digunakan.
Tetapi perlu diingat!! tidak guna perabot cantik dan mahal kalau sekadar menghiasi ruang, setiap barangan yang dibeli mesti ada tujuan dan kegunaan, bukan semata-mata terpikat kepada reka-bentuk, jenama atau warnanya.
Sebagai contoh, apabila kita ingin menghias rumah yang ruangnya tidak begitu besar (unit studio) tuan puan mesti bijak menggunakan konsep tertentu seperti banyak menggunakan cermin, perabot yang simple supaya dapat memaksimumkan ruang dan yang penting ia selesa digunakan.
Ikuti artikel seterusnya tips-tips berguna seperti bagaimana menjaga perabot, mencuci ruang dapur, merawat permaidani, membersih bilik air & jubin, dan banyak lagi, jangan ketinggalan ya!! jumpa lagi….
* untuk sebarang pandangan pengubahsuaian dan hiasan dalaman sila hubungi 017 – 3040149
Popularity: 2%
alamak… bro, tak puas le baca artikel nih.. mintak sambung. menarik topik nih.
orait,,thanks,, tengah mencari isi kandungan yang membina dan mencabar minda,,,
harap bersabar k