
Ilustrasi Sahaja
Satu persoalan baru… mengapa rakyat Malaysia kebelakangan ini memilih untuk menyewa, sedangkan penyewa-penyewa ni juga mengeluarkan wang deposit yang tinggi ssebelum dapat masuk kerumah.
Jadi kenapa menyewa? saya bahagikan sintom-sintom ini kepada 3 kategori;
* Harga pasaran rumah
* Mahukan kehidupan bebas tanpa hutang
* Takut untuk berbelanja besar pada keadaan tidak menentu
Minggu lepas dalam perjalanan ke kajang untuk membayar kompaun iklan MPKJ, saya terserempak dengan seorang sahabat. Sambil berborak tentang kisah lama (zaman jahat-jahat dulu) dia pun menceritakan yang dia baru sahaja menjual rumah dan sekarang menyewa di kajang.
“Saya pun bertanya kenapa jual rumah tu? bukan ke susah kan diri nak bayar sewa bulanan lagi pun rumah tu bukan awak punya?” saya sekolahkan dia sambil menghirup teh tarik kurang manis. Dia dengan muka yang suam-suam cuka menjawab ” aku tengah susah sekarang c-mi, takut-takut tak boleh bayar sewa bulanan nanti, gaji dah kena potong, anak-anak nak sekolah kalau bujang tak apa la.” jawab dia jujur.
“Aku bukan apa, tidak rasa rugi ke jual rumah tu? rumah tu sikit punya besar, kawasan cantik, sekarang nak duduk apartment?. Berapa hang jual?” tanya saya. Aku jual RM600,000 okay tak? tanya dia pula. “Berapa untung? tanya saya, “mana ada untung bro… beli 2 tahun lepas RM530,000 hutang pun tak habis bayar lagi.” sambil tersenyum. “tapi kau nasib baik, dapat jual tinggi, kalau tak buat rugi jer jual.” sambil ketawa besar.
Dari perbualan dengan rakan sekolah itu, saya bukan lah nak buka pekung cerita orang. Tetapi sebagai satu pengajaran untuk kawan-kawan drumah.com. Bagi saya sebelum kita buat apa-apa keputusan bertanyalah pada kawan-kawan rapat, tanya dan tanya lagi lebih ramai kita tanya lagi baik. Bukan bermaksud nak menceritakan hal peribadi kita pada semua orang. Sebagai contoh kawan saya ni. Sepatutnya rumah tu disimpan. Walaupun hendak potong kos tangungan isi rumah.
Kawan saya ini seorang usahawan, Secara zahirnya saya lihat kos tangunggan agak tinggi, dia sendiri memandu BMW 3 siri. Sepatutnya dia potong kos selengara BMW dia tu, tukar la kereta tu pada perdana, waja atau pun kembara pun dah okay dah la bulanan tinggi minyak pulak kuat. Jadi lebih baik lupuskan kereta dari rumah.
Rumah sebagai tempat berlindung, dah ada anak-anak nanti nak pindah randah, tukar sekolah, bini pula keje lagi jauh, nak cari duit deposit la macam-macam hal. Pulak tu rumah lama bila penyewa masuk nak kena repair lagi sikit-sikit sebab kalau rumah sewa cantik dah tentu sewa pun cantik.
Apa pun sebelum kita terikat dan tergantung dengan bank, lebih baik kita utamakan rumah dahulu. Sebab kereta mahal-mahal tak boleh jadi macam rumah. Walau apa-apa pun terjadi rumah tetap kena ada sebagai pelindung keluarga.
Popularity: 1%