Your search results

Shah Alam 2, Alam Perdana Masih Tenat

Dikirim Oleh c-mi on 18/03/2009
| 55 Ulasan

Alam Perdana Teres

Alam Perdana Teres

Bagaimana jika tragedi hitam ini berlaku kepada batang hidung kita sendiri? Cuba anda hempuk kepala anda didinding sekuat hati, adakah darah yang keluar bewarna merah? Samalah juga dengan pembeli – pembeli Shah Alam 2 khususnya di Alam Perdana dan ianya pasti satu lagi projek Barisan Nasional.

Pernahkah kerajaan negeri selangor berfikir atau tidak mereka tersentuh hati melihat bagaimana keadaan ekonomi yang dikaitkan dengan krisis ekonomi global ini terhadap 3,800 lebih pembeli rumah Bandar Alam Perdana di Mukim Ijok, Kuala Selangor.

Rumah yang sepautunya siap dan boleh diduduki 8 tahun lepas kini menjadi tempat jin dan hantu galah bertendang. Dari email yang diterima webmaster drumah.com, kami difahamkan projek ini telah diambil alih oleh pemaju perumahan lain iaitu Syarikat Perumahan Negara Sdn. Bhd.

Jadi mari kita ikuti luahan, kemarahan dan kebuntuan pembeli di Shah Alam 2 Alam perdana ini;

Saudara webmaster drumah.com,

Saya adalah salah seorang pembeli rumah di Shah Alam 2, Pihak SPNB mengatakan mereka hanya akan mengambil alih projek rumah pangsa kos rendah yang dikatakan akan dimulakan pada bulan march 2008.

Secara sinisnya, Penduduk selangor terutama dari mukim Ijok telah menunjukkan isyarat pada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dimana mereka memerlukan jawapan segera dan penduduk Alam perdana memerlukan pemimpin yang boleh mengubah dan membela nasib rakyat.

Sekali lagi rakyat Shah Alam 2 terutama di Ijok menunjukkan mereka lebih berkuasa, dengan kemenangan memihak Barisan Alternatif iaitu PAS, PKR dan DAP.

Selepas setahun pemerintahan Barisan Alternatif yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewarisi tahi-tahi Khir toyo dengan senang hati dan cekap terus membekukan projek Alam Perdana. Kenapa? Bagaimana? Siapa? yang bertanggung jawab diatas pembekuan projek ini? Penipu!!!

Itulah yang di jeritakan ribuan pembeli projek perumahan terbengkalai di Shah Alam 2. Persoalannya disini wahai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanakah laungan dan slogan berjuang untuk rakyat tu? Jika dibekukan, bila pembeli-pembeli ini boleh dapat duduk dan berteduh? Tan Sri tak fikir ke yang mereka ini ada anak bini? ada pula yang menyewa rumah sehingga kehari ini? Sewa bulan ditambah dengan bayaran bulanan lebih kurang RM1100!!!! Tan Sri nak tolong bayar ke?

Apa faedahnya pegundi-pengundi ini memangkah Tan Sri? lebih baik mereka membiarkan Khir toyo memerintah sekurang-kurangnya mereka mempunyai harapan. Tetapi hari ini?

Lebih baik Tan Sri tak payah bertanding, sebab Tan Sri tidak dapat menangani isu ini, jika tak mampu buat cara tak mampu.

Sekarang nak tunggu pula keputusan pada bulan April ini…

hak tui!!!!

Rumah Pangsa Kos rendah

Rumah Pangsa Kos rendah

Alam perdana

Gambar, Kredit: desakerayongindah.blogspot.com

55 pendapat dalam “Shah Alam 2, Alam Perdana Masih Tenat

  • awe_kelate
    pada 19/03/2009

    aloh, lemas aku dengar rumah terbengkalai ni. elok beli rumah dah siap jer senang cerita.

  • zuhriah binti mohamad juoi
    pada 17/06/2009

    Saya pun salah seorang pembeli rumah teres dua tingkat di Alam Perdana, Ijuk, Selangor. Katanya yang diambil alih oleh SPNB hanyalah rumah kos rendah. Rumaidak tahu sejauh seteres dan dua tingkat masih lagi di bawah LCBN. Saya baru berhubungan dengan pihak SPNB sendiri. No contact LBCN 03 – 90594378. Bila ditanya akan di baik pulih ikut peringkat. Tapi tidak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata mereka. Sebab sebelum ini pun itulah alasan yang diberikan. Tetapi rumah tak juga siap-siap. Alih-alih kita menjadi mangsa dengan bebanan hutang bank dan membayar sewa rumah bulanan.

    • rosalina
      pada 21/12/2010

      Saya juga pembeli rumah dua tingkat di Alam Perdana…meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan…… agar rumah kami dipercepatkan.

  • aishah binti hussin
    pada 24/06/2009

    Saya pun pembeli rumah kos rendah alam perdana yg telah x tahan sabar menunggu rumah yg x siap…sedangkan pihak bank asyik mengejar tentang bayaran ansuran bulanan yg rumah nye x de…mana ati x sakit sewa rumah lagi nak bayar…klu kite orang senang x payah beli rumah yg x siap….baik beli rumah banglo yg dh tentu disiapkan untuk orang kaya…………………………..x tau lah sampai bile derita pembeli nie nak berakhir……

  • asmadee_LucidaB2
    pada 13/10/2009

    Alhamdulillah kpd pembeli rumah teres setingkat B1 & B2. Saya telah menghubungi Tn Hj Razak dar ibahagian teknikal Kementerian Perumahan & Tempatan (Tel : 03-20874500) , beliau memberitahu B1 & B2 hanya menunggu kelulusan CFO dari MDKS. Kepada pembeli bolehlah melihat sendiri jika ada kelapangan.

    • Ting
      pada 16/10/2009

      Tumpang genbira bagi pembeli setingkat. Entah sampai bila pembeli untuk 2 tingkat (2A) kena tunggu? Saya pun keliling pinggang sekarang. Pihak bank mendesak kita membayar balik RM40,000.00 dalam masa 3 tahun kerana projek terbengkalai. Sewa rumah kena bayar, tak tahu sampai bila boleh bertahan.

    • rosdi
      pada 22/12/2009

      saya doh pergi tengok….nampaknya dah banyak peubahan. syukur nampaknya boleh gak siap .

  • Suraiya
    pada 12/11/2009

    memang amat mengecewakan bila rumah yg dircg jd tempat berlindung smpi ke sudah x juga siap. Saya pun slh seorang pembeli Rumah teres 2 tingkat jenis Endora yg dibebani hutang membayar inaterest atas rumah yg x siap. Dh lah tu, nak beli rumah lain pun susah… sbb rekod rumah terbengkalai ni dh jd komitmen.

    • Winnie Tan
      pada 23/12/2009

      Hati saya berdarah dengan tidak berhenti-henti sejak diberitahi projek perumahan di Alam Perdana terbengkalai. Saya juga salah seorang pembeli Rumah dua tingkat jenis Endora.
      Apakah kegunaannya kami melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perumahan? Selain memberi surat menyatakan projek ini terbengkalai, apakah kami dapat atau dilindungi oleh Kementerian Perumahan? TIADA!!!!!
      Bank tidak layan dan kami terpaksa membayar ansuran perumahan dengan hati yang berat……
      Sekarang pula membaca laporan dari suratkhabar bahawa LBCN akan mendakwa Menteri Besar kita.
      Siapa yang dapat menolong pembeli-pembeli rumah yang kasihan ini? Tuhan, tolong lah!

      • annie law
        pada 01/12/2010

        Saya juga salah seorang pembeli Rumah (Endora).Bolehkah siapa bagi saya tahu ada apa persatuan boleh tolong kita ataupun pembeli-pembeli rumah ada satu groups, yang kita boleh dapat NEWS terbaru ataupun ada apa MEETING.

      • hany's
        pada 10/12/2011

        Salam,saya pembeli rumah setingkat….harap sgt any news atau sbrg update ttg Alam Perdana.baru gi tinjau semalam tp dh xboleh masuk lgsung…bulan Mei awal tahun ni kata depa boleh dpt cf pada Ogos tp gi tadi…langsung xdpt tengok…..Pengawal tu kata suruh sabar n mungkin awal tahun 2012 pulak…….Sedih n geram,dah 8 tahun bayar gitu je….nak sabar..memg dah lama bersabar pun….8 tahun…kalau ada anak baru lahir pun…dah masuk darjah 2….kat mana nak kita dapatkan hak semula yg menanggung gantirugi selama ni?…pencuri yg meragut beg pun kena penjara….tp kita ni dirompak bukan sahaja duit tp kebahagiaan emosi dgn hutang keliling pinggang kna tanggung sendiri tp apa pulak tindakan terhadap pemaju yg merompak HAK KAMI dan WANG KAMI ?????…Adil ke???

      • Marjizan Ali
        pada 25/01/2012

        Hi Winnie, am one of Endora buyers as well. Just read from the Selangor Times (25-1-12) informing that another 1318 buyers of semi-D and single tarraces will also be able to move in once th CF ready in March. What a release, but hoping March 2012 not March … God knows when!

        Low-cost house buyers will get their keys soon while Arcadia buyers, too bad all houses will be demolished. So sad!

  • fadil
    pada 20/11/2009

    saya juga sorang pembeli rumah satu tingkat korinna… few months back i went to the court for not paying the house loan, of course with the help of bank islam, which is also the victim here, so apa lagi: mengaku je la pasal memang saya tak bayar sepertimana pertuduhan, tapi hakim tak tanye pun kenapa, sweet and simple je kan… tapi doa orang teraniya ni makbul, amiiinnnnnn…

    i dont really give a damn bout the politics, i just want a house to stay

  • Ting
    pada 20/11/2009

    Kalau tak salah, State Government baru memaparkan list rumah terbengkalai yang akan mereka selesaikan tahun depan, tetapi Alam Perdana tidak ada di dalam list, agak mengecewakan sebab terlalu banyak projek terbengkalai dalam negeri Selangor.

  • rosdi
    pada 11/12/2009

    saya ada jugok beli rumah 1 tingkat di alam perdana , sama sama kita doa kepada Allah agak pihak berwajib mengambil tanggungjawab untuk meneruskan projek ni. sekurang-kurang tu kita buat.

    Kalau tak mampu bayar, bincang baik baik dengan pihak bank untuk tangguhkan interest…saya dah cuba boleh dapat. kurang tinggal separuh. (cuba dapatkan surat sokongan BNM dan Kementerian perumaha)Jangan tak bayar..dan tunggu black list..susah kita jugok untuk masa depan.

    wassalam

  • Afidah
    pada 18/02/2010

    saya juga pembeli rumah teres jenis Lucida, baru selasa lepas singgah tengk rumah, alhamdulillah rumah dah hampir siap.. rasanyer dlm 20% jer lagi nak siap.. saya dah bertahun tak byr interest… tadi call bank, saya diberitahu yg kes saya dah dibwh legal action so kena followup ngan mortgage apa tah utk settlekan masalah nie.. kena byr dekat RM30K interest… huiiii… camno nak buat..

  • shaharuddin
    pada 28/04/2010

    Saya tak pasti betul rumah Lucida akan siap kerana pihak MDKS meminta pemaju membayar wang pertukaran title tanah dimana masih tertungak.
    Walaubagaimana pun harap kita dapat segera rumah kita.

  • ajaq
    pada 16/05/2010

    rumah teres 2 tingkat acardia ,yg saya beli masih blum dapat cf..sebab ada keretakan,sekarang lalang dh tumbuh tinggi,jiran ada tanam pokok mempelam pun dh berbuah

  • Hajah Wasiah bt Hitam
    pada 02/06/2010

    salam,makcik siah nk tanya pasal rumah makcik ni..makcik dh habis byr rumah makcik tu.rumah makcik jenis 2 tingkat..tadi br tel Tuan Haji Razak.blum dpt jawapan lg..tak tahula sampai bila mak cik nk tunggu.dh uzur sgt rasanya tak tahu sempat ke tidak makcik nk merasa duduk rumah batu..

  • Normawati Bte Saad
    pada 14/06/2010

    Bila nak siap rumah tu yee…. oh Lucida entah2 dah nak roboh!! Kerajaan Selangor Sekarang – Pakatan Pembangkang ni jangan nak tunding jari dan cari kesalahan yang lepas tapi TOLONG LA kami ni jangan masa kempen cakap berasap macam naga pencen! Kami ni bukannya orang kaya cuma cukup2 makan aje..

    • mohd razif
      pada 28/06/2010

      encik2 sume..di maklumkan peruntukan kerajaan BN ke negeri selangor sebanyak 300 juta telah di sekat.seperti tahun2 sblmnya.tu belum termasuk sekatan2 lain.kerjaan negeri berusaha secara beransur dengan kemampuan yg ada.
      kalan anda dapt gaji bulan2 2000…tiba kena potong gaji 50%….mcm mana?anak sekolah,umah,keta…camtu la dgn kerajaan nageri skarang.harapan saya,,tuan+puan terus berjumpa pihak2 berkenaan dan berusaha agar peruntukan yg ada dapat didahulukan…BN dah 50 tahun perintah selangor.x penah bagi air free..gaji aku guru kafa rm 700 je sebulan.je..aku ni MELAYU,ISLAM…ADA DORG KISAH?…PERJUANGKAN BANGSA AGAMA????……bersyukurla skrang kerjaan negeri tambah jadi seribu.nak beli umah???…apatment pun x mampu.,,,iangat KITA SUSAH,ADA ORG LAGI SUSAH…

  • rupitah
    pada 02/09/2010

    saya salah seorang pembeli unit acadia, ingat dulu bila anak pertama lahir boleh masuk rumah baru…harapan tinggal harapan. sekarang dah anak tiga, kunci rumah pun tah kemana. mana nak bayar sewa rumah, hutang pinjaman perumahan… setiap bulan macam buang duit kat longkang…RM734 kalau kumpul dah berapa kali pergi umrah(sejak 2005).

  • razak
    pada 01/10/2010

    saya pun pembeli rumah arcadia, yg roboh tiang depan dan telago depan pintu besar tu rumah saya. dah kering air mata menagis. bayar rm 900 sebln. harap sangatlah rumah tu cepat siap.

  • Ahmad Saiful
    pada 21/10/2010

    Berhati-hati nak beli rumah pd masa akan datang.Eloknya beli rumah yg dah siap sonang citor takde masalah.. kopalo pun tak poning…

  • Suraiya
    pada 02/12/2010

    Perkembangan terbaru…terdapat dialog bersama MB utk isu rumah Alam Perdana ini yg telah diklassifikasikan sbg rumah terbengkalai sejak tahun 2006 oleh kerajaan. The sama event dh dibuat pd 26hb. Nov ( minggu lepas ). Mungkin ada sesiapa yg boleh update apa yg dirumuskan dr perbincangan tersebut. Saya difahamkan event last week utk rumah teres setingkat. Looking forward utk dgr apa yg dibincangkan tomorrow…

  • hany
    pada 16/12/2010

    bila dh byk sgt menanggung krugian hmpir 8 tahun ni…adakah kita akn dibayar pmpasan gntirugi krn kegagalan pemaju mnyiapkn mgikut masa?

  • niza
    pada 12/01/2011

    Salam,

    apa cerita Alam Perdana sekarang ni ? dah hampir 11 tahun…

  • c-mi
    pada 23/01/2011

    Jika ada pembeli alam perdana yang mahu dapatkan maklumat lanjut tentang status projek;

    sila hubungi wakil persatuan penduduk rumah terbengkalai Alam perdana En Yusni yang boleh dihubungi ditalian 0193517220

    tq

  • fakru
    pada 13/02/2011

    tq c-mi, saya baru call En Yusni dan dia makluman kpd saya perjumpaan between pembeli rumah teres Alam Perdana dgn MB Selangor akan diadakan di stadium Kuala Selangor pada 19/2/2011 jam 2.30pm. ayuh, sempena dgn maulid nabi ni pakat2 kita doa kpd Allah moga rumah2 kita akan disiapkan secepat mungkin.

  • LOTHERMARY SINGARAYAR
    pada 23/02/2011

    I was very Disappointed on 19/2/2011. Being a resident of Subang Jaya, could not find the stadium where the meeting was held. Only wasted my time and full tank of petrol going round and round the mulberry bush in search of the stadium. Gave up after futile search of more thn two hours. Dejected I returned. Why could the meeting be held somewhere around the site i.e. at Ijok or somewhere around there. Not all buyers are from the vicinity of Kuala Selangor. It was a while goose chase for me.
    I had earlier asked where the whereabout from the office as per addressed in the letter. Was not given proper direction. Tried to google it out but unable to find the site.
    Understand from 1 of my friends that the houses will be ready by October 2011? It would appreciated, if we could be advised on the outstandings; I mean the payment towards bank loan, which I’m certain many share the same plight. What about the late payment charges. Wish someone would highlight the contents of the meeting an also the outcome. I hope that future meetings be held around the vicinity of the site of the housing area for convenience rather than some far unreachable corner. Surely many more buyers would be able to attend. Never dreamt that buying my first house ever would lead to such unfortunate luck. Sad to say, about to retire but still do not own a home. Just paying rental, (probably would have paid up the owner’s payments). What a long wait to own a roof over our head.
    Just cannot wait to be able to have the house to call our own. Thank you MB for your efforts. Trust will be fulfilled.

    • Ting
      pada 23/02/2011

      Yes, thanks for the MB’s effort. We would really appreciated it….Thanks.

      • Suraiya
        pada 23/02/2011

        My personal opinion…klu MB x de solution..dia x akan panggil all these meetings…Hopefully he will do the best…dh lama sgt tunggu.. n sometime rasa mcm mls nak dok situ dah.. anyway tunggu October ni…Apa pun…berlambak rumah terbengkalai kt Seklangor ni rupanya…ini lah akibatnya bila rasuah melanda…semua bl;eh jd..tanah x tukar status pn bleh buat rumah..Malu betul lah dgn sistem pentdbiran yg mcm ni…Pikir diri sendri..langsung x de rasa prihatin…

  • teh
    pada 19/05/2011

    Saya juga pembeli rumah arcadia, 2 tingkat. Dah hubungi pemaju hanya “nonsense” je dapat sampai suruh deal dgn Pahang office. Nak refinance , tahu2 nama dan sangkut. walaupun bank kenalpasti projek terbengkalai..bank still chase house owner. latest news kena settle 50/50 baru clear name…buang duit..buang masa..tanggung hutang tak pasal2…pelaburan yg sia2..aniaya org sungguh!

    btw any news about bantuan dari MB Selangor? Hope for quick response.

    • Ting
      pada 20/05/2011

      You may find a latest news if you login to [url blocked]. The new dated 15 May 2011 under ‘Berita’ column. It should be the good news.

  • rosalina
    pada 23/06/2011

    HARAP ADA PIHAK YG SUDI MEMBANTU…DAH PENAT TUNGGU RUMAH YG TAK SIAP2…..PADA SIAPA LAGI PATUT KITA LAPORKAN TENTANG PERKARA INI…..PADA PERDANA MENTERI KOT……!!!???????

  • JULIA BINTI MOHD YUSOF
    pada 29/06/2011

    saya juga pembeli yang tertipu macam awak semua. pinjaman dengan bank Islampun bermasalah….. pihak kerajaan tolong lah buat sesuatu…… apalah nasib kita ni ada pemimpin dari BN pun menipu kita…. pilihan raya ni kita jangan X BN lagi….. kerajaan khir toyo menipu kita.

  • shahrul
    pada 29/06/2011

    saya salah seorg pembeli rumah teres satu tingkat jenis (Lucida) di Bandar Alam Perdana….pada 25 hb jun 2011 yg lepas..saya ada pergi ke tapak perojek dan saya melihat ada perkembangan yg positif dgn perojek perumahan Alam Perdana…rumah teres jenis (Lucida & Korina) telah di cat balik, padang permainan telah diselengara semula dan semasa saya ke tapak perojek…kerja2 memasang tar (premix) sedang dijalankn…..seperti yg dijanjikn MB, Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dan pihak pemaju LBCN dlm mesyurat di stadium tertutup Melawati Kuala Selangor mei lepas…bahawa penyerahan kunci pada bulan november 2011 mungkin akan jadi kenyataan…sama2 lah kita doakannya… AMIN……..

  • sesalak
    pada 23/07/2011

    salam,saya merupakan pembli rumah berdekatan dengan kawasan alam perdana ni..rumah dlm pembinaan oleh pemaju kecilan..risau gak klu projek terbengkalai..mcmn nak tau pemaju ok ke tak

  • pelangi79
    pada 27/07/2011

    as salam.. di facebook ada group alam perdana.. boleh kongsi2 info disana.. thanks

  • Khairul Anwar mohamad
    pada 08/12/2011

    bayar,bayar,bayar.Itu je lah pihak bank tahu.But paying for what?Apa product ygkita bayar.Pelan rumah

  • Khairul Anwar mohamad
    pada 08/12/2011

    Bayar,bayar,bayar.Thats what we have to do.But paying for what?Bayar gambar pelan rumah je ke?

  • Juliana Aleh Zaidin
    pada 22/12/2011

    Lepas baca komen2 yg diberikan lapang gak jiwa bila org lain turut derita macam saya yang duk pi bank tiap2 bulan mcm bg sedekah je kt bank klw x bayar dpa telefon ngalahkan ceti.

  • Suraiya
    pada 13/01/2012

    Today..ada perjumpaan dgn MB di MDKS K. Selangor jam 2.30 ptg.. Those yg attend..bleh update lew apa latest news ?

    • Marjizan Ali
      pada 25/01/2012

      Salam Suraiya, boleh tolong update latest news? Betul ke low-cost buyers dah boleh dpt kunci? Any news on Endora buyers?

      • din
        pada 04/04/2012

        Salam semua, sy terlibat dgn pembinaan baik pulih low cost flat di bawah SPNB. Juga terlibat semasa tender baikpulih teres 2 tingkat & setingkat. Low cost telah siap pembinaan sejak December 2011. Teres dijangka hujung Mac 2012. Punca utama tak dpt CF adalah isu tanah. Semua tanah dlm proses ambil alih oleh MBI. SPNB pun tak bleh serah kunci sbb Loji Najis, Tangki Air dan jalan adalah milik MBI. Dah jd isu POLITIK. Pembeli jd mangsa.

  • Hisham
    pada 19/04/2012

    Alhamdullillah, 28hb April dapat Kunci rumah Alam Perdana. Terima Kasih kepada kerajaan negeri selangor. Korang kene faham macammana menteri besar terpaksa cuci taik-taik yang ditinggalkan oleh UMNO/BN. Bila Pakatan Rakyat memerintah, terlampau banyak projek perumahan terbengkalai dan pemimpin BN dahulu, apa dorang buat…? lepaskan lagi projek2 perumahan. Punyalah bodoh UMNO/BN @ mungkin terlampau tamak dan rasuah biarkan orang buat projek perumahan tak kira siap ke tak siap, janji poket depa masyuk. Saya dah tunggu 10 tahun dah nih.

  • shukri
    pada 10/02/2014

    dah boleh duduk ker taman alam perdana nie…..kalau dah boleh sesiapa yang nak sewakan rumah boleh hubungi saya di 0172973370…. penyewa sedia ada kemunkinan pelajar2 uitm

    • c-mi
      pada 10/02/2014

      masih belum…

  • din
    pada 03/07/2014

    x faham. apa cite alam perdana ni sebenarnya… kata kunci dh ada sunyi jer tgk. bole ka x bole ka duduk.

  • izz
    pada 22/05/2015

    Saya merupakan keluarga terdekat kepada salah seorang pembeli rumah Alam Perdana Teres 2 Tingkat Alam Perdana. Boleh saya tahu latest update daripada pembeli-pembeli lain? Ada tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan atau pemaju tak so far? If no and if the progress is freaking slow, I would like to participate to join uguys to do some actions for the sake of customer rights. Therefore, lets unite as a committee and update pape yang patut dulu please. Thank you. -Izz

    • c-mi
      pada 11/06/2015

      dengar cerita projek dah di ambil alih oleh kerajaan selangor. tetapi masih tiada tindakan sebab bertukar MB baru lagi.

  • Lina
    pada 04/02/2016

    Assalamualaikum. Saya salah seorang pembeli rumah Taman Arcadia, Alam Perdana 2001 dan sehingga kini telah masuk 15 tahun masih menanti dan menunggu kunci rumah. Bayaran ansuran rumah sebanyak RM900++ sebulan melalui potongan gaji dan juga terpaksa membayar sewa rumah kos rendah RM600 sebulan, betul2 membebankan kami sekeluarga. Saya amat berharap ada usaha untuk menyiapkan projek rumah terbengkalai bagi membantu kami yang berpendapatan rendah ini.

  • tzaharah
    pada 07/04/2016

    Saya juga pembeli rumah di Alam Perdana jenis Arcadia. Saya baru menghubungi Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB) 03-55107105 dan dimakumkan rumah jenis ini dalam tindakan mahkamah. Tak tahu bila akan selesai.

  • Mohd
    pada 20/09/2016

    Salam

    Semua unit Verona, Endora, Korinna da Lucida sudah boleh diduduki.

    Pemilik perlu sign new S&P dgn Kerajaan Negeri dan terus sambung bayar loan.

    Jika ada pemilik yang nak jual unit saya oleh bantu uruskan.

  • c-mi
    pada 09/11/2016

    update terbaru…
    mungkin ramai dah tahu yg MB sedang berusaha untuk selelsaikan projek baki rumah Acasia.
    dari maklumat yg saya terima.. rumah-rumah yang hampir siap itu akan dipulihkan semula.. tetapi bergantung pada penilain jurutera. jika boleh diduduki.. mereka akan baiki dan serahkan kunci pada resident.

    TETAPI jika tidak boleh diduduki, janji mereka 2-3 tahun rumah baru akan dibina.. rumah sekarang ni akan dirobohkan.
    pemaju yg ambil alih LBS bina.

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.