Your search results

Skim Rumah Pertamaku Naik RM400,000

Dikirim Oleh D' rumah on 07/10/2011
| 20 Ulasan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

1. Skim Rumah Pertamaku Naik 400K– meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. Penambahan had ini boleh dinimkati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suam isteri bemula 2012.

Untuk Bajet siri 2012, disertakan sekali pakej skim pilihan editor yang lain, ianya adalah:-

2. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), iaitu satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. Skim ini bertujuan membantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah pertama.

3. Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah

  • Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
  •  Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan

4. Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima koridor wilayah.

5. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.

6. RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

7. Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.

8. Kadar cukai keuntungan harta tanah tidak berkesan dalam membendung aktiviti spekulasi. Kerajaan mencadangkan kadar cukai dikenakan pada;

  • hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun – 10% cukai
  • Hartanah yang dilupuskan tidak melebihi lima tahun – kekal 5%
  • Hartanah yang dilupskan melebihi lima tahun – kekal tiada dikenakan cukai

9. Pengecualian Duti Setem ke Atas Surat Cara perjanjian Pinjaman Dibawah Skim Perumahan Rakyat 1malaysia (PR1MA)

10. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah ke atas keuntungan pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dam seumur hidup oleh individu warganegara dan pemastautin tetap Malaysia

11. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah ke atas keuntungan pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk atau nenek dan cucu.

12. Pengecualian Cukai keuntungan Harta tanah hanya dikenakan keatas keuntungan bersih setelah ditolak semua kos terlibat seperti harga belia, kos pengubahsuaian dan kos sampingan seperti yuran guaman dan duti setem

13. Cukai dikecualikan sehingga RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bersih, yang mana lebih tinggi diberi bagi individu

14. Pengecualian cukai diatas diperkuatkuasankan bermula dari 1 Januari 2012.

20 pendapat dalam “Skim Rumah Pertamaku Naik RM400,000

  • ifa
    pada 10/10/2011

    ramai yg cakap tk boleh apply,susah nk apply,bank tk galakkan…apa guna rangka kemudahan ni tp golongan pendapatan rendah tetap susah nk buat loan…kerajaan kena rangka dalam2 perkara ini agar tk susahkan org ramai…kena la alliance dgn pihak bank agar yg benar cukup syarat boleh mohon.

  • pawang
    pada 11/10/2011

    Harga rumah naik bermula bila kerajaan laksanakan 2nd home kepada rakyat luar . Sebelum 2010 kerajaan tetapkan rakyat asing boleh beli hartanah yang beharga diatas RM250k, maka semua pemajupun naikan harga di atas RM250k, selepas 2010 kerajaan tetapkan rakyat asing hanya boleh beli hartanah bernilai di atas RM500k sekali lagi pemaju naikan harga diatas RM500k.

    Tahun lepas Skim rumah pertamaku RM220k tahun depan RM400k , harga RM400k condo pun tak boleh dapat kalau di KL. Luar KL @ Bukit Beruntung boleh beli Bangalow dengan harga RM400k.

    Menaikan Skim Rumah Pertama ku tak menjanjikan penyelesaian kalau harga rumah tak dipantau.

  • siti
    pada 12/10/2011

    adakah kita bole membeli rumah 2nd dimana2 lokasi mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan dalam SKIM RUMAH PERTAMAKU…

    • pawang
      pada 13/10/2011

      Siti, ni rumah ke 2 atau sub- sale. Kalau rumah ke 2 tak boleh-dah namanya pun Skim Rumah Pertama. Tapi kalau sub-sale boleh. Lokasi tak ditetapkan secara specific oleh kerajaan kat mana-mana pun boleh.Kat hutan pun boleh @ kalau berani la….

      Satu lagi kalau beli rumah sub-sale lebih 100% loan pun boleh dapat, apa susahnya mark-up je harga rumah.

      Kerajaan boleh tetapkan Skim rumah Pertamaku RM200k @ RM400k @ RM600k tapi yang nak luluskan bank, bukan kerajaan. Cara yang terbaik pergi bank semak berapa loan boleh dapat, kemudian baru cari rumah yang harga lebih kurang sama dengan loan bank.

  • kentut basah
    pada 21/10/2011

    naikpun berapa kerajaan nak suka. untuk siapa sampai 1milion pun masih juga macam tu. yang kaya saje dapat beli rumah. itulah yang diperjuangkan selama ini. malaysia masih seperti dulu tiada ubahnya. yang kaya semakin kaya. yang miskin papa kedana. yang malangnya yang papa kedananya banyak orang melayu. melayu layu di tanah melayu.

  • dodol hitam
    pada 25/10/2011

    Rumah terlalu mahal..rumah baru berharga sekitar 400K ke atas..w/pun kerajaan menaikkan syarat skim ini tp masih tidak mampu untuk memiliki rumah. Kerajaan patut memantau dan menyarankan kpd pemaju2 untuk membina rumah dengan harga mampu milik.

  • mama
    pada 13/11/2011

    saya ada tanya agen..mintak nasiha psl skim umah pertama ni..dia ckp…skim ni lbh kpd wayang..skrg,kalau nak apply loan kat bank syaratnya jd lbh ketat….harga umah pun makin mahal…alahai…kalau ada 10 skim yg diperkenalkan konon2 nak tlg golongan bpndapaan rendah tp kalau halangannya(umah makin mhl,loan makin ssh)…sma gak bohongnya tu…ermmmm…

  • red
    pada 16/11/2011

    In a dilemma now. Saya dah kerja hampir 7 tahun. Lps kerja 1 thn, jimat2 beli rumah, tp below 100k sebab itu saja yg mampu. Sekurang-kurangnya better than menyewa. Sekarang, ada skim ni, tapi if not mistaken, saya dah hampir terkeluar dari kategori yg eligible dari segi income in a few mths time. Some people akan kata, baguslah, gaji okay sikit, maknanya i don’t need this scheme to help me get a good house. Tapi, masalahnya, rumah mcmana yg boleh dibeli kt lembah klang ni? Rumah teres, mostly mahal sgt, 500k above tu biasa sgt. In the end, pening nak cari mana yg mampu. Because i have the current house (yg tak seberapa mana tu), i may have issues in getting 90% loan for the next house. aduh.

  • red
    pada 16/11/2011

    correction: Rumah teres, mostly mahal sgt, 500k above tu dah menjadi perkara biasa. Mahal sangat, in fact 500k pun jarang jumpa dah, lumba dok develop the luxury type aje.

  • Gen2 EZi
    pada 20/11/2011

    Saya dah tanya bank mengenai rumah pertamaku ni.. bila calculate, rupanya lebih kurang je bohongnye kalo apply loan biasa.. sbb ada bank cover 90% harga rumah and another 5% utk MRTA + lawyer fees (bank lawyer) – Kalau skim rumah pertamaku ni, mmg bank akan cover 100% loan utk yg berkelayakan, tp 100% loan itu utk harga rumah sahaja., fees yg lain2, anda kene bayar sendiri ye.. contohnya, lawyer bank & MRTA, snp lawyer, stampduty and other misc, sy rasa lebih kurang 10-15k utk rumah harga below 200K.. yg ni harus diambil perhatian, sbb since dah apply 100%, anda dah tak boleh kuarkan kwsp. so, ade ke cash utk bayar etc etc ni?
    taktaulah tang mana yg membantunya? sampai bila2 yg miskin makin miskin.

  • suami anak masuk 2
    pada 29/11/2011

    Salam,
    saya tak tau la mampu ke tak beli rumah. umur dah masuk 30. gaji masih bawah 3000. rumah teres kawasan ni dah cecah RM150K. bila guna kalkulator kena bayar bulan2 RM800. Duit downpayment dari akaun 2 kwsp pun takde. Hutang kereta pun masih belum settle. Apa yg boleh cakap. SYABAS KERAJAAN. Sepuluh tahun lagi ENTAH APA JADI PADA MELAYU.

    • kow
      pada 26/02/2012

      huhu same la kite gaji i pn cmtu gak..umor da nk masuk 30cent nk bli rumah pn susah nk commit rm8xx bulan2.huhuhu

    • dija
      pada 11/09/2012

      btol tu..sy bru g tnye tntg skim rmh pertamaku…
      katanya hrga umh msti 100ribu keatas..bln2 800…klu dh namanye kurang berkemampuan..agk2 800 tu mampu ke…nk tlong tp mcm mbebankan…klu mcm ni la…kite pakat sewa jela smpai bile2…yg kaya makin kaya..yg mskin makin miskin…
      spttnya adakan skim rmh kos rendah…lingkungan 50ribu…kerajaan malaysia mampu..kami hanya nak memiliki rumah sendiri,memadai kos rendah…bukan kami nak banglo sampai 400,000….pkir2kan la nasib kami yang tak mampu….

  • pyes
    pada 15/12/2011

    salam…. semua……
    saya ada baca mengenai… skim rumah pertamaku ni…..tapi tak pasti yang mana benar dan tak benar…. saya bercadang nak beli rumah….. tapi bila perkara camni dah jadi isu takut pula rasanya…… bukan ape berharap sangat dengan apa yang kerajaan war-warkan mengenai skim rumah pertamaku dapat membantu golongan yang miskin dan sederhana…. tapi jika sebaliknya berlaku…..

  • raja lawak
    pada 24/12/2011

    Esok lusa umah flet pon tak mampu beli……kasi tukaq le pemimpin2 ni…..bukan nyer memperjuangkan rakyat…..

    • hamlogoko
      pada 05/12/2012

      I sokong,,,spi bila kita nak menyewa jer
      Nak beli rumah dah keje bebelas tahun pun x dpt..
      Nak beli tp tgk hrg pun takut.

  • achik
    pada 03/02/2012

    salam,
    saya bercadang nk beli rumah di area pj guna SRP. sebelum ni menyewa jew kebetulan tuan rumah saya nk jual rumah yg saya duduk sekarang dia ada offer pada saya untuk beli.. masalahnya bila saya tanya pada agent yg uruskan jual beli rumah ni, dia kata saya kena byr 10% deposit sebagai cagaran after loan approved then 10% tu akan deduct from loan..cam mana tu.. kata no deposit 10%.. tak paham la ..

    • yana
      pada 24/04/2012

      kalau beli rumah subsale macam mana pun kena ada 10% deposit…

  • azie
    pada 20/02/2012

    sya bru nk aply ni skim ni,ada x sape2 yg aply skim ni lulus crita ckit prosdur dia cm

  • tertanya
    pada 12/04/2012

    saya dah pernah pegi bank utk tanya kan hal SKIM RUMAH PERTAMAKU tapi bank tersebut kata skim nie bukan sume rumah leh mohon, kita perlu cari rumah yang dah di khas kan untuk program nie… btol ke, sedang kan yg sy dengar kita leh beli rumah kat mana2 pun ngan memohon pnjaman SKIM RUMAH PERTAMAKU. Tapi ntah la dah macam2 dengar lambat lagi lah leh miliki umah sendiri..

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.