Your search results

Skim Rumah Pertamaku: Pembeli Disaran Rujuk Pihak Bank

Dikirim Oleh D' rumah on 19/11/2011
| 7 Ulasan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.

Pengerusinya Datuk Wira Idris Haron berkata hanya pihak bank sahaja yang mampu untuk meluluskan semua permohonan pembelian rumah pertama di bawah skim tersebut.

“Ini kerana pihak bank mempunyai semua data tentang maklumat peminjam sama ada seseorang itu benar-benar pembeli rumah pertama atau sebaliknya.

“Dari situ juga pihak bank boleh mengesahkannya dan sekiranya layak, pembeli rumah pertama di bawah skim tersebut berhak memiliki rumah itu tanpa sebarang bayaran deposit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 di Paya Rumput di sini, Selasa.

Idris berkata golongan muda atau pembeli rumah pertama hanya perlu mencari rumah yang dikehendaki, mengisi borang dan menghantarnya ke 25 buah institusi kewangan terpilih.

Beliau berkata skim tersebut tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja di mana kakitangan swasta turut berhak menikmati tawaran skim tersebut dengan syarat mereka adalah pembeli rumah pertama.

Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac lepas merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Melalui skim tersebut, golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.

Sementara itu dalam majlis yang sama, sebanyak 18 buah sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM77,000 daripada Powertek Berhad di bawah Program Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 yang ketujuh.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Powertek Dr Ong Peng Su berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM164,000 untuk membantu kanak-kanak sekolah mendapat pendidikan berkualiti.

— BERNAMA

7 pendapat dalam “Skim Rumah Pertamaku: Pembeli Disaran Rujuk Pihak Bank

  • intan
    pada 20/12/2011

    mana nak dapatkan borang rumah pertamaku??????

  • jalaluddin
    pada 22/12/2011

    mengapa harus musnah kan rumah yang kami miliki dengan melelongkannya.tak ada jalan penyesalan untuk kami membayar rumah kami

  • noraishah ismail
    pada 26/01/2012

    Macam saya berniaga sepenuh masa layak ker untuk mohon rumah pertamaku?

  • ismail
    pada 05/03/2012

    Saye berpendapatan kasar rm1300.00.dan telahpun berusia 41 tahun, soalan nye.. Adakah saya
    berkelayakkan untuk membeli rumah di bawah skim rumah pertama ku ini..? Dengan harga rumah sebanyak rm140000.00….?

  • NOR AZILAH BINTI AZMI
    pada 23/03/2012

    saya berpendapatan sebanyak RM 1500 sebulan dan suami sebanyak RM 1400, bagaimana jika kami ingin membeli rumah yg sudah didiami & di jual atau kami harus membeli yg baru bagi mendapatkan skim rumah pertamaku ini.kami sudah lama mengimpikan untuk memilki sebuah rumah, namun masih tidak mampu memilikinya lg.kami mempunyai 2 org anak yg masih kecil & tahun depan kedua-duanya akan mula bersekolah tadika, kami menanggung perbelanjaan yg agak banyak, kereta,rumah sewa,bayar pengasuh serta keperluan rumah.

  • NORAZIAN BINTI MOHD RAMLI
    pada 03/09/2012

    Saye berpendapatan basic rm1300.00.dan telahpun berusia 29 tahun &Suamiberpendapatan basic rm1200.00, soalan nye.. Adakah saya
    berkelayakkan untuk membeli rumah di bawah skim rumah pertama ku ini..? adakah borang untuk membeli rumah ada di cawangan bank2 terlibat..

  • wandon
    pada 17/11/2012

    Salam..
    Saya mencari rumah utk di beli, rumah pertmaku..
    skrg duduk dirumah sewa brsma isteri dan seorang ank berharga rm550sbulan.
    Saya rasakn membazir kerana bayr pda tuan penyewa sedangakn sya boleh dikira mampu memiliki kediaman sendri. Cuma tiada info yg tepat dan maklumat yg boleh sya gunakn.. sya berharap jika hal ini dpt keterangan lebih lanjut oleh sesiapa yg membca dn ada pengetahuan dn tidk menipu,berikn lah sumbangan informasi anda mengenai pembelian kediaman pertma smada: lelong, baru, beli tanah dn buat rumah dll yg better..

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.