KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Selangor Properties Bhd (SPB) berhasrat menjual kesemua stok hartanah kediaman dalam projek sedia adanya dahulu sebelum melancarkan fasa pembangunan baru kerana jualan telah merudum hampir 50 peratus.
“Orang ramai sekarang ini lebih berhati-hati. Jualan purata bulanan selalunya mencecah antara 20 dan 30 unit tetapi sekarang ia berkurangan sebanyak 50 peratus meski pun tawaran kadar faedah yang menarik,” kata Pengawal Kewangan Lee Boon Kian selepas mesyuarat agung tahunan SPB di sini hari ini.
SPB memiliki dua projek yang kini dalam pembinaan di Bukit Permata, Gombak dan Selayang Mulia, dengan kedua-dua pembangunan merangkumi kawasan seluas kira 40 hektar setiap satu.
Pembangunan Bukit Permata telahpun siap 75 peratus manakala Selayang Mulia separuh siap.
Kata Lee daripada sejumlah 560 unit kediaman ditawarkan di Bukit Permata, 270 unit tidak terjual.
“Ada rancangan untuk melancarkan fasa pembangunan selanjutnya di Bukit Permata dan Selayang Mulia dan satu lagi projek di Ulu Langat tetapi semuanya ini masih dalam peringkat perancangan,” katanya.
Menurut Lee, fasa dan projek baru berkenaan mungkin akan dilancarkan lewat tahun ini atau pada awal 2010.
Katanya projek di Ulu Langat menyaksikan pembangunan hartanah bercampur-campur.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Okt, 2008, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih dan kepentingan minoriti berjumlah RM118.6 juta di sebalik perolehan RM210.6 juta.
Mengenai tinjauan masa depan, Lee berkata: “Kami tidak boleh menandingi tahap keuntungan itu (bagi tahun kewangan semasa) memandangkan sebahagian daripada keuntungan pada tahun lepas dijana daripada pendapatan tukaran asing.”
Selain pembangunan hartanah, SPB juga membabitkan diri dalam perniagaan pendidikan.
Berkenaan desas desus yang menyatakan syarikat akan dijadikan persendirian, Pengurus Hal Ehwal Korporat SPB, Chong Koon San berkata tiada sebarang perancangan sedemikian.
Ditanya jika SPB merancang untuk membeli lebih banyak tanah, Lee berkata ia sedang meninjau peluang untuk membelinya di Lembah Klang “tetapi harga tidak jatuh serendah yang dijangkakan.”
– BERNAMA
Popularity: 2%
kenapa harga rumah di kawasan selayang mencecah RM300k-RM400k dan dijual dgn harga yg tinggi. apabila berjumpa dgn agent, mereka berkata semua rumah telah habis dijual. selepas beberapa bulan iklan dipaparkan rumah untuk dijual. ketika menghubungi no telefon yg dipaparkan, yang menjawab pula adalah agent rumah tersebut dan harganya menjadi 2x ganda. mengapa perkara begini boleh terjadi? tidakah kerajaan memantau perkara ini? rumah yg dijual perlulah dijual dgn harga yg munasabah. jgn mementingkan melebihi keuntungan yg sepatutnya. harap perkara ini dpt diselesaikan supaya tidak menyusahkan rakyat. kami anak selangor nak beli rumah di negeri sendiri pun memang payah……harap ”PENJUALAN HARGA RUMAH DI SELANGOR PERLU DIKAJI”
Memang byk rakyat tempatan tak mampu beli rumah sekarang, tambah dgn tanah yg semakin kurang di bandar-bandar. byk juga artikel2 yg kita terbitankan disini ttg masalah harga rumah yg semakin meningkat serta membebankan.
penyelesaiannya bukan pada kerajaan, tetapi ia bergantung pada diri kita sendiri.