SPNB Cari Pembeli Untuk Projek Terbengkalai Dibaik Pulih

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, sedang mencari dan mengenal pasti 1,175 pembeli rumah bagi projek-projek terbengkalai yang telah siap dibaik pulih.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengarah Urusannya Datuk Mohd Amin Mohd Salleh, berkata pembeli yang dicari adalah terdiri daripada 12 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

“Projek-projek itu adalah Taman Lingkaran Nur, Taman Sungai Pinang dan Taman Kantan Permai Fasa 1 dan 2 (Selangor); Taman Widuri dan Taman Sejahtera (Pulau Pinang); dan Taman Sura Jati (Terengganu).

“Selain dari itu, rumah-rumah lain yang telah dibaik pulih ialah Taman Rakyat Gambang (Pahang), Taman Desa Melati (Kelantan), Taman Bistari (Perak), Taman Rancha-Rancha (Sabah) dan Taman Sri Gedong (Kedah),” katanya.

SPNB menyeru semua pembeli serta orang ramai yang mengenali pembeli supaya tampil menghubungi Seksyen Pemulihan Projek di talian 03-2057 3407, 03-2052 3894 atau 03-2052 3889 bagi memudahkan urusan penyerahan hakmilik rumah mereka.

Mohd Amin berkata SPNB berjaya membaik pulih 73 projek, melibatkan 23,089 unit.

“Daripada projek itu, 19 dibaik pulih menerusi bantuan kewangan SPNB manakala 54 projek lagi menerusi khidmat nasihat dan kepakaran SPNB.

“Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 yang diumumkan kerajaan tahun lalu, sejumlah RM430 juta diperuntukkan kepada SPNB untuk memulihkan projek-projek terbengkalai yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di seluruh NEGARA,” katanya.

– BERNAMA

Popularity: 9%

Dikirim Oleh c-mi on Jun 3rd, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

1 Ulasan Dari “SPNB Cari Pembeli Untuk Projek Terbengkalai Dibaik Pulih”

  1. nor faizura salleh berkata:

    macam mana nak mohon rumah projek SPNB???saya berminat dengan projek rumah teres

Tinggalkan ulasan anda