MBSB Luaskan Pembiayaan Rumah

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan mula memperluaskan kemudahan pembiayaan pinjaman rumah kepada generasi kedua pembeli hartanah bagi projek perumahannya di Sepang, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Zaini Othman.

Urus niaga harta sehingga 14.3% tahun lepas

Aktiviti pasaran hartanah mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh lima tahun, mencatatkan peningkatan 14.3 peratus dalam urus niaga sebanyak 430,403 dan peningkatan 28.3 peratus dalam nilai kepada RM137.8 bilion tahun lepas.

Pasaran Hartanah Malaysia Belum Bersedia Lagi Bagi Konsep BTS, Kata MBAM

Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menyatakan pasaran hartanah Malaysia masih belum bersedia bagi pelaksanaan model bina kemudian jual (BTS) secara wajib.

Laporan: Hutang Isi Rumah Akan Terus Dipantau Rapi, Kata BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau rapi perkembangan paras dan profil hutang isi rumah negara.

Sementara itu, langkah-langkah yang telah diambil perlu terus meningkatkan daya tahan sektor isi rumah, kata bank pusat itu dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2011 Laporan yang dikeluarkan hari ini.

Harga hartanah ‘gila’: Daim

BEKAS Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengatakan harga hartanah kediaman di Malaysia adalah terlalu tinggi, dan jauh di luar kemampuan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.

Sewa pejabat di Hong Kong termahal di dunia

Hong Kong mempunyai ruang sewa pejabat paling mahal di dunia tahun lalu, walaupun kerajaannya berusaha untuk mengawal peningkatan harga hartanah.

“Didorong oleh pemulihan ekonomi, Hong Kong menyambut 2011 sebagai lokasi pejabat termahal di dunia,” kata konsultan hartanah DTZ dalam laporan…

40 Rakyat Malaysia Terkaya Bernilai US$64.4 Bilion – Forbes

Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai US$64.4 bilion, meningkat US$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis

Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.

Hartanah Kediaman Ditetapkan Harga Secara Realistik, Kata MGPA

Hartanah kediaman Malaysia telah ditetapkan harga secara realistik berbanding dengan hartanah di pasaran serantau yang lain dan mempunyai prospek untuk meningkat lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MGPA Asia John Saunders.

Pinjaman Faedah Rendah Bagi Pembelian Panel Suria Menjelang Akhir Tahun

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang berunding dengan Bank Negara Malaysia (BNM) tentang kemungkinan menyediakan pinjaman faedah rendah bagi pengguna yang membeli panel fotovoltaik (PV) suria.

BNM Naikkan OPR Dan SRR Kepada Tiga Peratus

Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa serta merta, manakala Keperluan Rizab Berkanun (SRR), akan dinaikkan daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa 16 Mei.

Zeti Dilantik Semula Gabenor Bank Negara Malaysia Bagi Penggal Lima Tahun

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei. Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

I-City Dapat Hak Mesin Salji Di Malaysia

Pemaju hartanah, I-City, akan memperkenalkan pengalaman “salji turun” yang pertama di Asia Tenggara, di Malaysia, apabila memperoleh hak ke atas mesin salji buatan Korea — untuk pusat artik seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam.

Ringgit Tiada Kemungkinan Berpatah Balik Ke Tahap Pra-1997 Dalam Jangka Terdekat

Peningkatan ringgit berbanding dolar AS secara beransur-ansur dijangka berterusan tahun ini tetapi kemungkinan mata wang Malaysia itu kembali ke paras sebelum krisis kewangan Asia pada tahun-tahun 1997/98 pada kira-kira 2.50 dalam jangka terdekat ini adalah tipis.

Pendirian Untuk Tambah Pegangan Dalam Sektor Pembinaan Kekal

AmResearch Sdn Bhd mengekalkan pendirian supaya pegangan ke atas sektor pembinaan ditambah memandangkan kesediaan kontrak baharu kini sudah semakin jelas.