Pemaju hartanah disaran membina rumah untuk pasaran lebih luas memandangkan rakyat, terutamanya dalam kumpulan berpenapatan rendah mendapati sukar untuk membeli rumah memandangkan harga terus meningkat.
Pemaju hartanah strata perlu lebih telus mengenai kos penyelenggaan keseluruhan bangunan dengan pembeli hartanah.
Kerajaan menggesa agar sektor hartanah dan perumahan memainkan peranan penting untuk menjadikan industri itu lebih rancak dan lestari seiring dengan usaha negara melaksanakan transformasi penting ke arah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
Majlis Pemaju Malaysia (MDC) meminta kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri memperkenal sistem yang dapat mengurangkan beban pemaju dalam memperuntukkan harga diskaun ke atas unit hartanah bagi kuota Bumiputera.
Para pemaju perumahan dan hartanah Sarawak perlu menimbangkan dengan serius bagi mengguna pakai standard Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) sebagai penanda aras kualiti masing-masing.
Pemaju harus diberikan insentif untuk membina rumah kos rendah dalam Bajet 2011 akan datang untuk memenuhi permintaan. Semasa membuat saranan itu, Ketua Pegawai Operasi Hua Yang Bhd, Ho Wen Yan, berkata perkara itu harus dikaji dengan serius untuk menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik.
Kerajaan wajar menimbang memansuhkan subsidi ke atas barangan bukan pengguna, kata seorang pemaju hartanah. Kita mahu mengurangkan subsidi ke atas petrol, bekalan elektrik, gula dan tepung, namun jika anda lihat industri perumahan, kita membayar banyak wang untuk subsidi
Isu sensitif ini sentiasa menjadi buah mulut pembeli tidak kira dimana lokasi hartanah itu dipasarkan. Dengan pelbagai pakej promosi dari pihak pemaju, hartanah didalam pembinaan sering menjadi tumpuan pada peminatnya.
Sebanyak 1,345 syarikat pemaju dan lebih 5,000 pengarah syarikat berkenaan disenarai hitam kerana terlibat dalam projek-projek perumahan bermasalah sehingga kini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kelantan yang berhadapan dengan kos kenaikan harga barang binaan turut berhadapan dengan kelewatan kerajaan negeri meluluskan status tanah dan sistem penjualan bersyarat yang dikenakan.
Sunway Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, SunwayMas Sdn Bhd, Selasa memeterai perjanjian jualan berkongsi dengan Templer Forest Resort Sdn Bhd bagi cadangan pembelian 60 peratus ekuiti dalam Spanland Sdn Bhd dengan harga RM13.8 juta secara tunai.
Persatuan-persatuan daripada industri hartanah akan menyerahkan memorandum rayuan bersama kepada Kementerian Kewangan, paling lewat Isnin depan, untuk tidak mengenakan semula cukai keuntungan hartanah (RPGT) bermula 1 Jan, 2010.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Isnin meluluskan bajet tambahan sebanyak RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membeli hutang Kumpulan Talam daripada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pemaju hartanah SP Setia Bhd hari ini mengumumkan jualannya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2009 melepasi paras RM1 bilion.
Agen hartanah pada hari ini mesti mempunyai ilmu untuk menggabungkan teknologi-teknologi terkini untuk mencari pelanggan baru yang mempunyai minat untuk pelaburan hartanah. Hartanah adalah satu industri yang besar, industri ini perlu diangkat ke standard yang lebih tinggi supaya pelanggan akan lebih yakin untuk memberi amanah kepada agen hartanah untuk menguruskan proses urusniaga.