Tanaman hiasan kediaman dan pejabat yang indah di mata dan menyegarkan jiwa

Hiasan Pejabat

Hiasan Pejabat

Pada masa kini, kediaman dan pejabat sering dihiasi dengan lanskap bertema tersendiri umpamanya lanskap ala-Bali, kampung dan juga kontemporari. Lanskap   akan menjadi lebih indah dengan sentuhan elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan hidup, ikan dan sebagainya. Biasanya, kediaman dan pejabat dihias secara interior (dalaman) mahupun eksterior (luaran).

Berikut adalah jenis tanaman yang sesuai bagi kediaman dan pejabat.

1. Hiasan eksterior (laman luas)

* Kediaman atau pejabat yang mempunyai  laman yang luas mudah untuk dihias, lebih sesuai  dengan tumbuh-tumbuhan tropika yang bersaiz besar seperti  kelapa gading, Areca catechu (pinang makan), Aglaonema spp (sejenis keladi), Alocasia spp (keladi gajah),Asplenium nidus (pakis langsuyar), Bougainvillea spp (bunga kertas), Butterfly palm (sejenis palma renek), Codiaeum variegatum cultivars (puding), Fern (paku pakis), Heliconia spp (pelbagai jenis halia),  Plumeria obtusa (kemboja), Phyllanthus myrtifolius (Naga buana), Thunbergia grandiflora (Tunbergia).

* Jika kediaman atau pejabat dihiasi dengan gaya lanskap anak sungai buatan, beberapa spesies paku pakis  juga boleh ditanam untuk mencantikkan lagi anak sungai buatan berkenaan selain  tumbuhan lain diletakkan di dalam kolam seperti Cyperus papyrus , ekor kucing dan keladi bunting.

2. Hiasan interior   (ruang luas)

* Elemen  tumbuh-tumbuhan sangat bernilai untuk mengindahkan interior kediaman atau pejabat seperti courtyard, sisi dinding dan kaki lima. Contohnya di courtyard atau kaki lima, tumbuhan dalam pasu lebih sesuai, seperti bunga ros, orkid, bunga-bunga gantung, paku-pakis dan sebagainya. Di dalam pejabat pula biasanya tumbuh-tumbuhan jenis ini wajar diletakkan berhampiran kaunter penyambut tetamu, lobi atau bilik mesyuarat. Walaupun di dalam pasu kecil, ini dapat memberi mood dan keselesaan ketika bekerja kerana elemen hijau dan warna bunga memberikan getaran semangat pada tubuh serta otak.

3. Hiasan eksterior(laman kecil)

* Jika kita tinggal di  rumah teres atau rumah pangsa dengan laman yang sempit juga  tidak akan membataskan kerja-kerja menghias. Dengan kreativiti anda, ruang kecil sesuai dihias dengan  bonsai, pokok gantung atau pokok dalam pasu. Jika taman kecil anda berfungsi sebagai tempat bersantai, pokok jenis teduhan  seperti palma, buluh Jepun, pandanus dan kaktus  sesuai ditanam untuk kesan keselesaan daripada panas matahari.

* Jenis tumbuhan yang dipilih menentukan jumlah cahaya matahari yang diperlukan. Pilih tanaman berdaun hijau bagi kawasan yang redup manakala tumbuhan berbunga bagi kawasan yang mendapat cahaya matahari maksimum.
* Cadangan: Lebih  menarik sekiranya dapat melihat pemandangan hijau dan berbunga indah dari bukaan jendela, cermin kaca atau pintu kediaman mahupun pejabat.Tumbuhan yang berbau yang harum seperti pokok kesidang, melur, lilipan, kenanga, lantana dan bunga bintang  sesuai ditanam  bau harumnya menyegarkan dan menceriakan seisi rumah atau pejabat.

4. Hiasan eksterior ( ruang sempit atau balkoni )

* Bagi kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium, tumbuhan berpasu  atau gantung adalah paling sesuai. Pilih beberapa jenis tumbuhan daripada 2 hingga 3 jenis warna dan ulang penanaman di seluruh taman kecil anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil, terutama di balkoni. Pokok orkid misalnya mudah dijaga, memadai disembur sahaja dan bunganya tahan lama.

* Pastikan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya.

Kebanyakan tumbuhan sememangnya indah tetapi kita  boleh mencuba  menanam herba tempatan, selain indah, turut berkhasiat seperti pokok beluntas, bebuas, pandan dan lilipan. Akhir kata, perindahkan taman kediaman atau pejabat anda dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan agar lebih natural dan  persekitarannya menyihatkan.

Sekian, selamat mencuba.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sab, Sep 20, 2014 7:31:00 AM, Continue reading at the source
Jum, Sep 19, 2014 7:51:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 12:54:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:31:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:02:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mei 3rd, 2010 dan difailkan dibawah Dekorasi, Petua Hiasan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud