Teknik tona warna bilik tidur

Susunan Katil

Susunan Katil

Memang menarik apa yang boleh kita lakukan dengan sedikit perubahan warna. Mengecat atau kemasan kertas dinding sesebuah bilik mampu merubah kawasan kediaman anda sepenuhnya. Bergantung pada warna, ia boleh menimbulkan perasaan yang berbeza, meringankan atau menggelapkan sebuah bilik atau menyerlahkan perabot dalam bilik itu.

1. Sebelum anda mengecat, dapatkan beberapa contoh kad warna yang membantu anda sebelum memutuskan sesuatu warna. Pastikan juga anda mengambil kira perabot yang berada di dalam bilik. Serlahkan bilik anda dengan satu warna yang menyerlahkan pola-pola atau warna bagi perabot. Ia harus selari dengan perabot dan bukan membayangi ia.

2. Tren-tren terkini hari ini banyak kearah cerah, warna-warna bersemangat dengan bilik setiap satu bercat satu warna yang berbeza. Ini benar-benar menjadikan setiap bilik timbul dan teserlah. Jika anda gemar satu gaya gelap atau klasik jangan pulak buat kesilapan dengan dinding-dinding kuning air. Warna itu lembut tetapi terlalu kebudakan.

3. Selain dari diatas, tren ikutan hari ini dengan mengecat satu dinding sahaja didalam bilik. Bagi saya ianya satu idea yang menarik bagibilik-bercahaya-cantik menambah warna didalam bilik tanpa mengecat keseluruhan bilik. Ia nampak lebih bersih dan comel.

4. ubah suai bilik juga satu aktiviti riadah. Serlahkan kreativiti anda untuk terjemahkan diri anda… Siapa diri anda? apa yang anda mahukan? terjemahkannya pada bilik tidur anda. Warna yang anda letakkan didalam bilik tidur juga mampu mengubah perasaan “moods” setiap kali anda didalamnya.

Tiada yang peribadi selain bilik anda. Hiasi sebaik-baiknya, letakkan gambar saat-saat kegembiraan anda dengan keluarga atau kekasih. Gantung atau letakkannya diatas meja solek sebagai pengubat ingatan rindu padanya.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Kha, Sep 18, 2014 12:54:00 PM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:31:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Sep 18, 2014 2:02:00 AM, Continue reading at the source
Isn, Sep 15, 2014 6:10:00 PM, Continue reading at the source
Isn, Sep 15, 2014 4:42:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mac 16th, 2009 dan difailkan dibawah Deko Rumah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud