Tiga Teknik Kretif Menjual Rumah

Housing Contract

Housing Contract

Tiga teknik kretif ini sama lah seperti “check list” yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja untuk menjual rumah. Ada banyak cara dan tip hartanah dari guru hartanah, tetapi bagi saya hanya tiga perkara yang maha penting perlu diambil kira sebelum anda menjual sebarang hartanah pada hari ini.

1. Fahami nilai sebenar rumah;

Saya boleh katakan harga rumah anda tidak semestinya tinggi kerana anda menyukai rumah itu. Saya juga tidak kata yang rumah ini akan meningkat nilainya apabila anda membelanjakan RM25,000 untuk plaster syiling dan lampu dinding yang eksklusif. Yang paling saya malas apabila saya sendiri terpaksa memberi tahu kepada tuan rumah yang rumah dia ini hanya ada RM10,000 sebagai harga tambahan dari kos pembesaran ruang dapur yang bernilai RM45,000. Bukan malas apa.. rasa dukacita dengan nilai sebegitu, tetapi itu lah realitinya.

Sebagai tuan tanah anda akan berhadapan dengan kos-kos tersembunyi didalam proses jual-beli rumah. Yang paling perlu kita hindari adalah anggapan buruk pembeli pada hartanah anda yang sudah setahun tidak boleh dijual tu. Malangnya ada-pun orang yang minat membeli, anda terpaksa mengurangkan harga rumah itu. Sebab itu anda perlukan rancangan yang baik untuk menjual hartanah dan jual rumah itu dengan segera – tanpa susut nilai.

2. Fahami pasaran anda

Bagaimana dan siapakah yang akan menjadi pembeli anda. Bincang dengan agen hartanah pilihan anda dan cepat-cepat rancang bagaimana anda boleh pergi kearah pembeli tersebut.

Adakah lokasi dan keadaan sekeliling rumah anda sunyi dan tidak sibuk? Mungkin anda boleh mengikut cadangan saya ini – iklankan kepada orang ramai fakta rumah anda secara tepat. Contohnya… “Rumah tiada tangga!” Slogan ini sebagai satu “hot button” kepada pembeli yang bercadang untuk menghabiskan masa bersara mereka disini. Dengan “header” diatas, pasti menarik bakal-bakal pembeli yang akan pencen awal atau mahu mengahabiskan masa tua di kediaman anda.

3. Pemuliharaan rumah

Tentulah anda harus megambil inisatif sendiri untuk projek pemuliharaan dan penjagaan rumah, manakala agen hartanah anda fokus kepada pelan pemasaran anda. Lawati rumah anda setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membersihkan lantai, rumput panjang. Lebih-lebih lagi apabila rumah anda telah kosong adalah serangga-serangga yang menjadi penumpang. Jadi bersihkan rumah anda sekerap yang mungkin.

Jangan lupa untuk membaik pulih barang-barang yang lusuh atau gantikan pintu bilik air, sink atau cat untuk menampakkan rumah anda dijaga dengan baik.

Jika anda punyai masa untuk memotivasikan diri lagi. Anda boleh perolehi tip-tip hartanah disini, selak saja beberapa muka surat anda pasti akan memperolehi tip yang lain. Mungkin yang lain boleh berikan anda satu idea baik tetapi apa-kata mulai hari ini anda mulakan dengan sesuatu yang sangat-sangat penting dari sini.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Isn, Sep 01, 2014 10:38:00 AM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 29, 2014 2:20:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 29, 2014 11:52:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Ogo 28, 2014 5:33:00 AM, Continue reading at the source
Aha, Ogo 24, 2014 5:11:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Apr 16th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

9 Ulasan Dari “Tiga Teknik Kretif Menjual Rumah”

  1. ariffin berkata:

    yes! aku dapat first komen!
    mmg lengkap dan padat.
    best bro, tp lps ni byk kan tip utk pembeli pulak,
    pembeli nak jugak tip supaya tak kena tipu,
    tq

  2. jamaan berkata:

    you got the point! tapi agak pusing2 bila baca..

  3. am_2009 berkata:

    cantek bro tips2 ni,, memang ramai investor2 rumah yang aku kenal aplikasikan tips2 di atas,, syabas kepada anda

    • c-mi berkata:

      terima kasih en am diatas sokongan anda.
      saya ade beberapa pembeli minat rumah shah alam tu, harap kita dapat kerjasama.

  4. bulan berkata:

    saya ingin bertanya bagaimana ingin membuat iklan di laman anda

  5. salam bro saya latif dan masih baru lagi dalam property nie masalah nye sekarang mencari buyer untuk rumah buat pengetahuan anda saya ada list hartanah sebanyak 201 jenis property untuk di jual termasuk sabah sarawak

  6. firdaus ramli berkata:

    salam, aku nak membeli rumah lelong,,, katakanlah aku dipilih pada hari tersebut,,, 1. apakah ada pembyaran pada hari tersebut.. kalau ada, apakah jenis pembayaran tersebut. 2 selepas berjaya apakh proses2 penting yang patut didahulukan. 3. Deposit 10% rumah dibayar pada waktu bila, adakah terdapat tempoh bayaran setelah t,tangan kontrak.

    Saya pertama kali ingin membeli rumah,, banyak perkara yang perlu dipelajari,,, mintak pencerahan.

  7. inazz berkata:

    saya nak jual rumah dan dah mintak booking dari buyer tu. tp dia mintak saya copy ic dgn copy geran tanah sblum dia bg duit booking. patut ke mcm tu ?


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud