Tip pelaburan hartanah untuk mereka yang tidak bergaji tinggi

Usaha dan Disiplin

Usaha dan Disiplin

Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..

Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.

Sebelum ini mungkin ada diantara kita yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita ni mana ada peluang kat sini.

Pada mulanya saya juga berpendapat begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;

“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”

atau

“You have to think anyway, so why not think big?”

Jika anda pernah menonton siri “Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil 3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.

Satu kes “study” dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.

Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.

Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.

Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.

Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.

Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.

“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.

Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..

p/s: Terima kasih pada Kak ros yang sudi berkongsi kejayaan beliau dan teknik yang digunakannya.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Rab, Ogo 20, 2014 1:31:00 PM, Continue reading at the source
Rab, Ogo 20, 2014 3:07:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Ogo 19, 2014 6:45:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Ogo 16, 2014 1:09:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 15, 2014 8:47:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 16th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

30 Ulasan Dari “Tip pelaburan hartanah untuk mereka yang tidak bergaji tinggi”

  1. roslan berkata:

    menarik dan inspiring article. x sangka dgn modal 17.50 sen boleh buat bermillion2…
    tahniah pada kak ros. nak sangat jumpa dia, mana tahu boleh aku belajar ilmu2 hartanah ni.

    thanks to c-mi for sharing this brilliant article… worth for reading…

  2. ijan berkata:

    tahniah pada kak ros

  3. izah berkata:

    wah memberi inspirasai kepadaku..mula bsok aku nak menabung betul2,bkn ape..prnh jugak mnabung tp tergerak jgk..last2 abis….

  4. ibnu said bin muslihat berkata:

    Massallah saya sangat sangat terharu dengan kecekalan dan kejayaan kak Ros, tentu kak Ros in orang yg peramah dan murah hati, kebiasaan nya orang seperti ini tidak sama sekali sombong dan angkuh atas kejayaanya kerana ia berasal dari ZERO become HERO.,pada pendapat saya kejayaan Kak Ros in kerana she had PAIN ( her family) and she had rich people attitude. iaitu berbelaja ala kadar tidak berlebih lebihan walaupun ada lebihan income. Kebanyakan org org kita melayu ni kalau ada lebihan atau bonus mula lah berfikir macam mana nak habis kan duit. Kalau kita nak berjaya kita kena cari Pain or motivasi dan sikap untuk menyimpan dan disiplin. baru lah kita jadi macam Kak Ros financial freedom, bukan saja untuk keluarganaya sendiri tetapi utk beberapa generasinya iaitu turun temurun, bukan seperti Profesor , Doktor dan lain lain kerjaya di mana kerja mereka atau apa yg mereka kerjakan puluhan tahun tidak dapat diwariskan kepada next generation, THINK ABOUT IT.

    Allah hualam

  5. ibnu_ahmad berkata:

    Kegigihan dan kekuatan jati diri yang ‘tersembunyi’ amat terbukti menjadi motivasi terkuat kepada individu yang mahu berjaya dalam hidup. Semuanya adalah atas dasar kesabaran dan kepercayaan kepdada diri sendiri. Tahniah pada Kak Ros..!

  6. nonsense berkata:

    sy dapat belajar disini, if kita untung, gunakan duit tu sebagai modal pusingan balik, jgn digunakan untuk lain2.. :D

  7. shahrul berkata:

    aslmualaikum…….sy ada tanah nak di jual bertempat di pulau redang terengganu..,sy tawarkan pada kak ros atau sesiapa sahaja yg berminat…

    • zaied berkata:

      salam lokasi tu boleh buat chalet ker…., kalau boleh minat gak’
      mcm mana nak contac ?

  8. naim berkata:

    sya rasa sungguh bermotivasi dgn cte k ros.ni…wlaupun pndptn sy suami isteri agk baik,tp dgan perbelanjaan harian,kta 2 biji,rumah dsb,kalau tak dipusing duit,hjg bln papa jg,so kna fkr jln nak capai money freedom mcm k.ros,mgkn sy nak mula dgn try memasuki pelaburan bli rmh utk homestay…hrp2 menjadi…

  9. Hana berkata:

    Waauuuuuu……………………………. hebatnyeee…………….
    teringin plak rase nye nk jumpe ngan kak ros…..

  10. adi berkata:

    salam dan tahniah pada kak ros.

    pada sesiapa yang berminat untuk melabur dalam bidang hartanah dan ingin menjadi jutawan hartanah. tak perlu tunggu sehingga 5 atau 6 tahun. sekarang ada cara untuk menjadi jutawan hartanah tanpa mengeluarkan sebarang kos.

    • kak rosse berkata:

      asmlkum,….kak tertarik ngan kak ross boleh bagi tips tak ?

      saya baru sangat dalam bidang niaga ni
      sekarang berniaga kecil-kecilan di pasar pagi
      saya nak info camna ye nak jadi jutawan?
      sya tertarik cerita adi tu boleh bagi info……

    • veen berkata:

      adi leh tolong ajarkan k? saya bermonat nak blajar ni….

    • ahchap berkata:

      menarik gak adi,,,,e-mailkan ye,,,,

  11. Coldgenius berkata:

    Memang dia komitment women.Apa Yg penting disiplin.Kalau nk tgu duit lebih sampai bila.Pikir2kan.Org kalau dpt gaji rm5 angka pun tk cukup.Lebih byk dpt lebih byk keluar.

  12. eein80 berkata:

    menarik artikel ni… Minta izin untuk di coy..

  13. jamal berkata:

    logik ke?? macam mana boleh muat 200ekor kambing dalam tanah keluasan 5000 kp

    Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

    Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

  14. Abdul Mutalib berkata:

    Pada saya, pelaburan hartanah memang mendatangkan keuntungan yang lumayan..ada yang tidak perlukan sebarang modal langsung!!! baca di sini untuk info hartanah lanjut serta tips-tipsnya:
    [link blocked]

  15. ady berkata:

    salam, menarik…tahniah kak.sya akan jadikan kak sbg akar tunjang saya nk berjaya

  16. ady berkata:

    sya berdoa kepada tuhan agar dpt memberi peluang saya mencari rezeki,utk membayar segala hutang and memberi kemudahan kepada isteri dan keluarga.
    sya hrp kak dpt kongsi pengalaman kak agar saya dpt menjana minda dan mencari rezeki halal

  17. komeng berkata:

    respect kak ros!! article yg tarbaek!!aku ni baru je nk bjinak kt hartanah ni tp gaji kocik jo

  18. ujang berkata:

    Salam semua..saya juga telah melalui perkara tersebut secara kecil2an. Beli tanah lot di bangi pada awal 2000 dan jual 10thn kemudian..kenaikan harga 5 kali ganda. Saya syor kepada yang tiada modal, beli tanah lot di hulu langat secara ansuran..taksalah saya web penghululangat. Lot tersebut dalam lingkungan 40k…jika simpan 5thn ia akan menjadi 100k-120k..sebab hinghway akan dibina ke kuala klawang/ampang dalam masa terdekat..belilah untuk aset akan datang.

  19. nur berkata:

    Tahniah 100 markah untuk karangan anda

  20. princess90 berkata:

    Hi,

    Worth for reading… Got another website link that provide more info about investments: [url blocked]

  21. rafidah abd rahim berkata:

    Allah maha kaya..dia akan memberi pada org yg dia kehendakinya..org yg mahu berusaha.so tak musatahil kak ros bisa berjaya..just bnyakkn bershukur coz harta adalah satu ujian yg besar utk hidupnya..yg mana hartanya akan dipertanykn nanti.jdi biar la kta meraih kjayaan duni n akhirat…sya pun minat sngat dgan pelaburan hartanah..skrg saya tga mgurus utk membeli satu kedai kat shooping mall..mudah2an barjaya..inshallah klu ada duit lgi nak ambil satu lot lg..tpi buat msa skrg ni..agak susa n mncabar..coz takda modal n ilmu dlm bidang ni sgat cetek….so i one more!!!more..!more!!

  22. mohd amir berkata:

    ak suka cara kak ros nie…bidang hartanah nie luas…xtertumpu pada agen hartanah, valuer’s,…porperty manager..building manager..kak ros nie bleh buat joint venture dgn developer..tp risiko larh..

    tahniah kak ros kerana berjaya dalam bidang hartanah,…xperlu masuk universiti..ambil bidang hartanah pon bleh berjaya…

  23. harith berkata:

    artikel yang menarik..banyak yang boleh dipelajari..terbaik!

  24. firdaus berkata:

    wah.. bestnyer ! insyaallah nnti saya pun nk wat camtu gak. hehe berkobar semangat baca cerita kak ros kat atas. thanks to this blog for this really motivating story !

  25. Mimi berkata:

    Sy teruja dgn kejayaan kak ros..


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud