Tip Untuk Agen Hartanah Melalui Pasaran Mencabar – Bhg 2

Hartanah & Teknologi

Hartanah & Teknologi

Agen hartanah pada hari ini mesti mempunyai ilmu untuk menggabungkan teknologi-teknologi terkini untuk mencari pelanggan baru yang mempunyai minat untuk pelaburan hartanah. Hartanah adalah satu industri yang besar, industri ini perlu diangkat ke standard yang lebih tinggi supaya pelanggan akan lebih yakin untuk memberi amanah kepada agen hartanah untuk menguruskan proses urusniaga.

Agen-agen perlu memahami bahawa pasaran masih aktif terutama dalam sektor rumah kediaman walaupun berlaku kelembapan dalam transaksi sejak suku terakhir 2008 menyebabkan para pembeli lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Keadaan ini terjadi disebabkan berita buruk yang telah mereka lihat dan baca setiap hari. Tumpuan kepada kawasan mewah sepaerti di KLCC dan Mont Kiara agak berkurangan, bagaimanapun transaksi masih aktif pada kawasan tumpuan seperti Bandar Utama, Subang Jaya, Damansara Height, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Sebelum kelembapan ekonomi mungkin kita tidak banyak masa untuk berhubung dengan pelanggan lama, membuat latihan, mengkaji pasaran dengan lebih mendalam, jadi inilah masanya untuk melakukan perkara-perkara tersebut. Kita Cuma perlu bekerja dengan lebih tekun lagi kerana kedua-dua pihak pembeli dan penjual lebih memerlukan perkhidmatan agen pada masa gawat. Jadikan pesaingan positif antara agen dan lebih banyak berkongsi infomasi supaya masing-masing mendapat  manfaat.

Akhir sekali daripada saya untuk kali ini adalah kita perlu fokus kepada kekuatan dan kepakaran yang kita ada. Tiada kompromi dalam perkhidmatan dan melaksanakan tugas kita walaupun dalam keadaan pasaran yang kurang baik.

Artikel 1

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 19th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




7 Ulasan Dari “Tip Untuk Agen Hartanah Melalui Pasaran Mencabar – Bhg 2”

  1. ema berkata:

    minat lah nak jadi agen
    kat mane sy boleh register?
    ada apa2 bayaran x?

    • am_2009 berkata:

      biasanya tiada bayaran untuk join bidang hartanah ni, cuma bayaran untuk namecard dan borang2 berkaitan tak sampai rm100. cik ema boleh register mane2 company hartanah yang berdaftar, latihan diberi percuma, mudah kan,,,

      • Shakir berkata:

        Assalamualiakum
        saya syah ,saya amat berminat untukmenjadi agen hartanah, company hartanah yang mcm mana saya nk join? tentang bayaran untuk menjadi agen berapa bayaran yang ditetapkan?company mana yang dikawasan lembah klang ini yang top

        • am_2009 berkata:

          Salam Syah, sila dapatkan senarai company hartanah melalui laman2 web hartanah. Setiap company akan menawarkan pakej yg berbeza2,sila pilih yg bersesuaian untuk anda. Biasanya bayaran akan diminta di company yg memberikan anda kursus ataupun latihan (~RM300), walaubagaimanapun anda tetap akan dibayar gaji (minimum RM500-RM1200) jika bekerja secara tetap. terima kasih.

  2. imi-j berkata:

    kalau di johor company mane yng top!!

  3. zieyta berkata:

    as a beginner kalau area selangor property company mana yg i patut start

  4. mano berkata:

    saya amat berminat dlm bidang ini..
    bagaimana nak join


Tinggalkan ulasan anda