Sejak akhir-akhir ini pelawat-pelawat D’rumah semakin tinggi- mengikut statistik web. Team D’rumah amat terima kasih atas sokongan anda semua. Jika anda punyai sebarang komen atau kritikan pada pengurusan D’rumah sila hubungi kami menggunakan borang ini, klik disini. Terima Kasih.
Semalam saya tertarik dengan sebuah projek hartanah yang di iklankan di akhbar Thestar, iaitu sebuah projek hartanah dari IJM Land.
Bila membacanya teringat saya projek kondominium di wangsa maju itu dari mereka. Wokeh! hari ini saya nak berkongsi info mengenai pembelian apartment dan kondominum. Apakah kreteria utama untuk pembelian kondo atau apartmen yang baik?
Pembelian apartment dan kondominium high-end di Kuala Lumpur adalah satu perkara biasa dan kini ia sebagai tren dan gaya hidup terbaru, Jika anda memerlukan privasi dan “guarded house” untuk kediaman… apartment dan kodominium adalah hartanah terbaik pada anda.
Sebelum anda membeli rumah apartment atau kondominium, kenali dahulu beberapa “check list” ini sebelum membeli.
1. Beli hartanah yang mempuyai minima 2 bilik mandi
2. Beli unit yang terletak jauh dari tempat sampah, lif dan tangga
3. Ruang letak kereta mencukupi
4. Ketinggian siling
5. Beli apartmen yang punyai 3 bilik atau lebih (utk. tujuan pelaburan)
6. Beli unit paling rendah jika boleh.
Membeli hartanah bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan secara kerap didalam kehidupan kita. Kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membeli rumah sebanyak 2 kali sahaja seumur hidup. Beli buat pertama kali semasa muda dan setelah 10-20 tahun… mereka membeli rumah dikawasan yang dirasakan sesuai untuk persaraan.
Jadi mungkin apa yang anda beli hari ini akan dilupuskan untuk mendapatkan hartanah yang lebih baik hari esok. Belilah hartanah hari ini dengan pelaburan jangka panjang didalam minda.
Popularity: 10%
bagus dan bernas tip-tip ni,, tapi pada pandangan saya chek list no 6 lebih elok digunakan pada apartment yang tiada lif, jika apatment yang lebih tinggi dan mempunyai lif unit yang sesuai adalah unit yang berada di tengah2, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah.
Cadangan:
1. Membeli rumah adalah satu pengalaman baru dalam hidup kita. Ini memberi kepuasan selepas beberapa tahun berpenat lelah bekerja untuk memberi rumah atau sebaliknya. Cuma kita jangan tersilap membuat pilihan, biasanya untuk mereka yang pertama kali memberi rumah, terutamanya rumah apartment atau kondominium disini saya sertakan beberapa “tips”.
- Untuk apartment cuba cari rumah yang “low density” dan 10 tingkat kebawah. Kondominium biasanya semakin tinggi semakin bagus, ini kerana mengambil kira faktor “view dan privacy”.
-Linkungan umur yang membeli apartment biasanya dari awal 20-an ke umur 35 tahun. Mungkin baru saja berkahwin ataupun yang inginkan “privacy”. Jadi anda perlu pastikan rumah yang ingin dibeli mudah dari segi faktor pangangkutan dan perhubungan. Kita mungkin tinggal di apartment/kondo dalam sekitar 5-10 tahun. Bila keluarga semakin bertambah biasannya kita akan cuba mendapatkan rumah yang lebih luas terutamanya rumah teres ataupun rumah bungalow. Bila tiba masanya anda ingin menjual rumah tersebut, jika rumah terletak dikawasan yang strategik akan menjadi agak mudah menjual rumah tersebut. Pastikan lokasi rumah yang ingin dibeli terletak dikawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya berdekatan dengan kolej ataupun universiti.
3. Pastikan pemaju yang membangunkan projek tersebut kukuh dari segi kewangan dan mempunyai “track record” yang bagus. Kita tidak mahu niat yang baik menjadi sejarah hitam dalam hidup kita. iya akan memberikan kesan psikologi yang amat dalam dalam hidup kita jika rumah tersebut terbengkalai atau pun sebaliknya.
4. Lokasi…Lokasi..Lokasi. Cari lokasi rumah yang ada potensi pelaburan.
Banyak lagi yang hendak dikongsi..mungkin lain hari cerita lagi.
Selamat mendapatkan rumah pilihan anda.
cari apartment atau kondo yg mahal maintanance fee dia. lagi mahal lagi baik. sebab bila maintanance bagus lagi tinggi value rumah you…
my20cent.
betul jugak tu,, sesetengah kondo macam tempat terbiar, kotor, facility tak bole pakai pun tak bagus juga untuk investment
saya bercadang untuk menjual apartment tidak melaui agent hartanah, dah ada pembeli…tapi saya nak tahu prosidur menjualnye. ada sesiapa boleh bantu.
Hi Zu..
apatment you dimana..saya nak beli di kota damansara,bukit Subang atau Shah Alam..
salam zana,
Sy ada apartment di shah alam, dataran automobil.. seksyen 15. 3 bilik. Berminat? Berapa bajet u?
aisya
Saya nak jual rumah Apartment Blok Jasmin Ground Floor di Puncak Alam 3 bilik, Harga RM90k++ boleh runding.
aisya,
ada lg ker apartment u kt dataran otomobil tue? berminat laa…
rebenbiru,
salam..
ada lagi. baru ambil kunci.
tingkat 2. kalau minat, bg i no u. nnt i call u back.
aisya
Rasa macam basic sangat tips nih.. Setuju dengan Am tentang tip no 6.
Kalau high density (macam Mentari Court) pastikan parking cukup. Ada yang bagi extra parking, ada yang kena beli extra. Kalau beli extra pun takpe, nanti boleh sewakan.. Kadang2 yield parking lebih tinggi dari yield rumah!
Kalau nak duduk sendiri, tingkat tinggi lebih best. Yang paling tinggi (kalau build up sama, i.e. bukan duplex penthouse) lagi senyap, pasal takde jiran atas, lagi2 kalau corner unit).
Kalau walkup apartment, tepi tangga bising, tapi kalau apartment ada lif, beli yang level paling rendah dan sebelah tangga takde masalah sebab masa pergi kerja, orang dok pakai lif jem2, kita leh turun tangga..
Lagipun kalau dah ada lif, orang mesia nih z suka naik tangga – maknanya senyap la kat area tangga tuh..
Jangan teruja sangat pasal penthouse, sebab kalau sq ft besar, lagi besar maintenance fee dia. Lain la kalau maintenance fee flat rate, cam Flora Damansara..
Kalau beli subsale atau lelong, perhati2 betul condition pungutan sampah dan lif (kalau ada yang rosak dan x berepair lama). Ni mungkin tanda2 menunjukkan tenants/residents situ hampeh dan malas bayar maintenance fee. Cap appreciation lambat atau mungkin negatif terhadap harta anda.
Cari juga unit yang ada basement parking (above ground level lagi baik – takde risiko banjir) janji covered pasal lebih convenient berbanding open carpark (ala Nilam Puri BBP2). Kalau hujan, tak basah!
Pastikan yang anda tahu apa yang dibayar oleh maintenance fee anda..Kalau terlampau mahal, tapi hanya ada swimming pool (anda x reti berenang) & sekuriti (member angkat tangan pun leh masuk), mungkin lebih baik untuk beli landed property..
Tapi, generally rumah gaya2 condo nih senang sket dapat tenant, dan sewa up lagi dari landed yang build up nya sama..
Nak tanya pendapat..
ok ker kalau beli aprtment yg dah 10 tahun umurnya..
salam semua,….nak mintak tolong sikit niee….
nak cari apartment / flet di area Damasara dgn harga berpatutan..
keluasan yg diminta 1500 sft dan keatas.
ade sape2 bleh suggest x..?
bleh email kan .
MNE DE FLET OR APRTMEN LUAS 1500 ENCIK OI……….PALING LUAS PN NTAH2 900S FT JE….
saya sudah rumah teres,sekrang ni sy tgh cari rumah lg sat utk pelaburan,tp sy rasa was was takut tak mmpu nak bayar
Kalo nk wat investment, kondo/ apartment/ flet yg plg bguz? Yg mana satu yg senang nk cari penyewa? Selain dr “hot spot”, apa lg yg perlu diambil kira? Ada pendapat tak?
Saya bekerja di area shah alam…baru2 ni berminat sangat2 nak beli service apartment Anggerik Mutiarra di ‘town’ shah alam tu…tapi, apartment tu dalam 274k seunit… ada ke rasenyer berbaloi??? sebab ada sesetengah pendapat, dengan harga tu..boleh dapat rumah double storey di puncak alam.. betul ke?? ada sesiapa yang bagi pendapat or tahu mana2 rumah untuk dijual dengan harga tu??? kalau boleh saya nak segera….
hi miss pinky,
betul, harga tu dpt rumah double storey di puncak alam atau saujana utama…hanya 20 minit dr giant shah alam…
Saya seorang pebisnis wisata antara Banda Aceh (indonesia), KL (malaysia) dan Shanghai (China). Saya memerlukan sebuah rumah atau apartemen sebagai tempat transit saya dan rombongan turis saya yang akan berkunjung ke KL dan Banda Aceh.
Kira-kira dimana saya bisa dapat rumah atau apartmen yang mudah diakses untuk keperluan diatas.
Terima kasih jawabannya,
Mus-Aceh.
Anda masih berminat? ada di area Puncak Jalil – 30 km daripada KLIA / LCCT
ooo,kalau nak teransit elok cari kawasan klia je
Salam semua..apa logiknya rumah teres dikenakan maintenance fee sedangkan cukai pintu perlu juga dibayar?Pemaju siap boleh potong bekalan air lagi dan tidak boleh melakukan sebarang renovation..?
salam…sy nk mta pandgn…
skang ni sy duduk di ppr….dan skang kerajaan mgalakkan utk mbelinya…harga RM35 K…tp sy ltakkn RM40K…rumah selesa mmandgkn kami berdua sahaja ttp kaw tidak slesa..dan tpat strategik…ada komuter…
adakah patut sy mbelinyer sbg plaburan akn dtg atau mcari rumah yg lebih selesa utk kluarga kami…
harap dpt mbantu….
Salam… saya sedang mencari apartment area sentul… kalau boleh sentul utama kondo… budget dlm area RM150-170k… ada sesiapa yang tau klu ada apartment untuk dijual ? terima kasih
Anda boleh ke cr d laman i properties..
Salam…
Saya sedang mencari apartment di sekitar keramat & ukay perdana
Jika ada yang sesuai harap maklumkan disini
jika anay berminat ada unit apt tkt 4 (cor lot)
3 bilik, 2 bilik tido, ada sekuriti, 807sqft
harga 110k (nego)
sy berminat…kt erea mana ek.. en mohd
kat area Ukay Perdana, apatment Sri Putri. jika berminat boleh tengok rumah dulu. tq
sri wira apart, up 2 selamat x kalo nk beli?
location dia cmne? ade risk landslide ke?
salam.sy juge tgh survey apmt area setiawangsa/keramat.berminat ngn mawar sari tp ade dgr org kate setahun nk tgu consent pkns.padahal lawyer deposit da lame setle.org kate parking susah n bekalan air pun kotor.betul ke mcm ni susah nk beli apmt?how bout apmt intan stiawangsa?
Sy ingin membeli condo d sentul utama..project d jangka siap jun 2011.soalan:Adakah pemaju sentul Murni banyak masalah?setahu sy project sebelum ni punya banyak masalah menyebabkan 16 tahun ter bengkalai..tolong sesiapa yg tahu mengenai pemaju Sentul Murni.t.kasih
Hye semua,..saya nk tnya pndapat korg smua…kalau kita beli apartment n monthly kita kena byr dlm rm850 tmsuk maintenance fee..kalo nk bg sewa kt org seeloknya brapa ek?risau gak terlalu mahal..kalau bg sewa kt org dlm rm1000 ok ke?
salam fizarina,
semuanya bergantung kepada lokasi.. lokasi..dan lokasi. Tidak timbul berapa banyak awak bayar loan installment sebenarnya. Ade je kondo yg monthlynya cuma dlm 850 tetapi disewa sehingga 1600-1700 bagi unit kosong (basic). semuanya bergantung kepada lokasi. Dan ada juga yg monthly loannya ialah RM1200 tetapi cuma dpt disewa sekitar 700 saja sebulan. Again.. its all about location…
just my 2 cents.
kyro
sebaiknya untuk investment – harga sewa tersebut at least 1% dari harga purchase
sape bole cdgkan saya apartment mana yg best area ampang n harga bwh rm200k?
untuk duduk sendiri atau investment? pemilihan harus dilakukan based one tujuan dan dari situ baru buat survey dan pemilihan unit
nak tya saya nak membeli rumah tpi ada masalah black list mcm mna cara nya kalau boleh membantu………………………gaji saya 2050rm