Tips Kepada Pelabur Hartanah Baru

Rumah & Pelabur

Rumah & Pelabur

Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk melabur didalam industri ini, ada baik jikalau anda fikirkan kembali faktor yang dapat membantu anda berjaya dari gagal didalam pelaburan ini.

Pelaburan hartanah amat berbeza dengan pelaburan di dalam ASB, Saham Amanah atau insuran. Satu faktor penting sebelum anda memulakan langkah sebagai pelabur adalah memahami adakah anda sebenarnya mampu untuk melabur. Hartanah adalah satu pelaburan yang membebankan kepada mereka yang mempunyai bajet kecil. Tidak salah untuk anda merancang atau mengambil pinjaman perumahan, tetapi sebelum anda lakukannya pastikan anda mampu untuk membayarnya kembali. Pelaburan ini satu komitmen yang tinggi oleh kerana itu anda harus selidiki dahulu adakah anda benar-benar mampu untuk melabur.

Mula-mula sekali, kenali dahulu apakah keperluan yang anda pelukan disini. Jika anda ingin melabur untuk keluarga, semak formaliti dari akhbar tempatan seperti jaringan jalan raya, air, elektrik dan adakah ia berhampiran dengan kedai, sekolah atau taman permainan?

Jika anda ingin memiliki hartanah untuk tujuan melabur dan menjualnya semula, jalan yang terbaik adalah dengan membuat kajian mengenai suasana kawasan. Buat kiraan mengenai hartanah terbabit adakah ia benar-benar mampu untuk menawarkan anda pulangan lumayan. Buat keputusan yang munasabah kerana tiada gunanya membeli hartanah murah jika tiada permintaan pada masa akan datang.

Salah satu cara untuk mengelak dari terperangkap dan membuat keputusan yang salah adalah dengan melantik agensi hartanah yang berpengalaman sebelum mula melabur didalam idustri ini. Agen hartanah yang anda pilih harus mempunyai pengalaman mengenai pasaran tempatan dan tahu akan tren terbaru pasaran hari ini. Dapatkan khidmat nasihat dari mereka, kerana mereka memang bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.

Kebanyakkan mereka yang melabur didalam hartanah membuat banyak kesilapan kerana mereka terburu-buru tanpa mengenal pasti keseluruhan aspek industri. Anda harus benar-beanr memahami dan mengenali potensi hartanah berikut agar ia tidak menjadikan pelaburan ini sebagai bebanan pada hidup anda.

Membeli hartanah adalah seperti membeli sebuah syarikat perniagaan. Anda harus perhatikan potensi akan pasaran hartanah yang akan anda jual, sejarah lampau hartanah tersebut, fasiliti yang telah terbina dan bakal ada di kawasan kejiranan dan bagaimana bentuk pinjaman yang anda perlukan.

Popularity: 1%

Dikirim Oleh c-mi on Apr 13th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Tinggalkan ulasan anda