Tips-tips mengubahsuai rumah anda

Dekorasi

Dekorasi

Bosan dengan persekitaran dalam rumah anda? Mungkin inilah masa untuk menghias semula rumah anda. Anda perlu ada beberapa idea untuk mengubahsuai sebelum anda mengambil tindakan untuk mengubahsuai semula. Mungkin anda mahu mengubah daripada konsep tradisional kepada kontemporari. Walau apa pun tujuan anda, anda mungkin ingin melihat sama ada berbaloi atau tidak anda mengubah suai semula. Tanyakan pada diri anda beberapa soalan. Antaranya adakah terlalu banyak perabot di rumah anda, apakah jenis konsep yang anda ingin ketengahkan, adakah anda mahu konsep di dalam rumah anda kelihatan lebih bertenaga atau tenang? Sebaik sahaja anda sudah mendapat idea yang anda inginkan pada dekorasi rumah anda, mengubahsuai semula akan menjadi lebih mudah dan senang.

1) Lihat pada perubahan warna yang ingin dilakukan. Memilih untuk menukar warna adalah perkara yang mudah dan murah. Dengan menukar warna pada dinding rumah, rumah anda akan kelihatan lain dari sebelumnya. Contohnya dari suasana yang bosan kepada suasana yang lebih bertenaga.

2) Adakah anda ingin menukar tekstur dinding? Jika anda bijak memilih tekstur dinding dan warna, mengubahsuai semula perabot mungkin tidak perlu. Ini boleh menjimatkan wang anda kerana anda tidak perlu membeli perabot lain. Anda perlu membuat nota tentang langkah-langkah yang ingin dilakukan supaya anda tidak terlebih berbelanja serta dapat membantu anda menumpu pada barang yang anda ingin beli.

3) Belilah majalah dekorasi supaya dapat memberikan ilham tentang tips-tips pengubahsuian. Anda perlu beringat jika anda cuba untuk meniru betul-betul seperti yang terdapat pada majalah dekorasi, anda mungkin akan terlebih berbelanja. Oleh itu adalah lebih baik jika anda mengambil contoh gambar-gambar tersebut sebagai sumber inspirasi untuk menghias rumah anda. Cuba untuk mengubah suai perabot dengan meletakkan perabot tersebut di tempat lain. Ini dapat membuatkan suasana rumah anda kelihatan baru dan lain dari sebelumnya.

4) Pilihlah barangan, hiasan, perabot dan sebagainya mengikut keutamaan. Ini boleh memastikan anda memperoleh pada harga yang berbaloi. Sebelum anda membeli barangan baru, lihatlah dahulu persekitaran di dalam rumah anda. Selepas itu anda amatlah digalakkan untuk meninjau dahulu beberapa kedai perabot sebelum membuat keputusan untuk membeli perabot. Ini dapat membantu anda untuk mencari perabot yang sesuai dan pada harga yang berbaloi. Jika anda ingin lebih berjimat, anda bolehlah mencari barangan-barangan terpakai. Tidak semua barangan terpakai adalah buruk dan rosak. Jika anda pandai mencari barangan terpakai, anda dapat menghias rumah anda dengan cantik dan pada masa yang sama anda dapat berjimat. Barangan terpakai boleh dicari di kedai dan juga di internet.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Jum, Ogo 01, 2014 5:29:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mei 23rd, 2009 dan difailkan dibawah Deko Rumah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud